Assalamualaikum w.b.t. dan Salam Sejahtera.
Y.Bhg. Prof./Datuk/Datin/Dr./Tuan/Puan,
Dengan segala hormat perkara di atas adalah dirujuk.
2. Untuk makluman Y.Bhg. Prof./Datuk/Datin/Dr./Tuan/Puan, MERCK adalah merupakan sebuah syarikat sains dan teknologi terkemuka dalam penjagaan kesihatan, sains hayat dan performance materials. Bersempena dengan majlis ulang tahun ke-350, MERCK ingin menawarkan satu siri geran penyelidikan bagi memupuk penyelidikan inovatif dalam bidang-bidang mencabar untuk kepentingan masa depan.
3. Untuk maksud tersebut, MERCK berhasrat untuk menyediakan beberapa geran penyelidikan yang bernilai sehingga EUR350,000 setahun bagi tempoh tiga (3) tahun dalam beberapa bidang yang ditawarkan dengan pilihan pelanjutan atau pengembangan projek.
4. Sehubungan itu, Y.Bhg. Prof./Datuk/Datin/Dr./Tuan/Puan adalah dipelawa untuk menghantar permohonan geran penyelidikan tersebut. Tarikh tutup permohonan (secara online) adalah sebelum 15 Ogos 2018 (Rabu). Disertakan bersama ialah dokumen berkaitan seperti di lampiran untuk rujukan Y.Bhg. Prof./Datuk/Datin/Dr./Tuan/Puan.
Sekian, terima kasih.