Pengumuman Daripada
: Bahagian Keselamatan Universiti Malaysia Sabah
Subjek
: Makluman Penutupan Sementara Perkhidmatan Kaunter Kad
Pegawai Dihubungi
: Insp/ Pb Rakam Singh A/L Karam Singh Samb. 5144
: Puan Marliana John Samb. 1783
 
MAKLUMAN PENUTUPAN SEMENTARA PERKHIDMATAN KAUNTER KAD
 
Adalah dimaklumkan bahawa Bahagian Keselamatan telah memperoleh dua (2) unit mesin pencetak kad yang baharu untuk kad pelajar, staf dan pekerja kontrak.
 
Sehubungan itu, Kaunter Kad akan ditutup bermula 12 Oktober 2016 sehingga 15 Oktober 2016 bagi memberi laluan kepada cetakan kad bagi pelajar, staf dan pekerja kontrak yang telah mengambil gambar serta menyerahkan data permohonan.
 
Kaunter Kad akan beroperasi semula seperti sedia kala pada 18 Oktober 2016
 
Waktu operasi Kaunter Kad bermula jam 8.00 Pagi hingga 4.00 Petang (Isnin Hingga Jumaat). Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada Pejabat Bahagian Keselamatan Di Talian 088-320111.
 
Sebarang kesulitan berhubung perkara ini amat dikesali dan disusuli permohonan maaf.
 
Perhatian dan kerjasama berhubung perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
 
Sekian, Harap Maklum.

Pengumuman Daripada
: Perpustakaan UMS
Subjek
: Program Budaya Ilmu 2016
 
PROGRAM BUDAYA ILMU 2016
TARIKH    :   04 OKTOBER HINGGA 04 NOVEMBER 2016
TEMPAT  :   UNIVERSITI MALAYSIA SABAH
 
 
 
AKTIVITI PROGRAM BUDAYA ILMU 2016

BIL

AKTIVITI

TEMPAT

TARIKH

SASARAN PESERTA

1

Pesta Buku Borneo

Perpustakaan UMS

12-14 Oktober 2016

Semua Warga Kampus

2

Outreach Program ke FSMP

FSMP

05 Oktober 2016

Fakulti FSMP

3

Perpustakaan Bersama Pelajar Antarabangsa

Perpustakaan UMS

15 Oktober 2016

 

Pelajar Antarabangsa

4

Pameran Kesenian

Perpustakaan UMS

17 – 21 Oktober 2016

Semua Warga Kampus

5

Bengkel Hands-On Perpustakaan Digital PNM

  • Bilik Komputer, FPSK
  • Makmal Saham, FPEP

18 Oktober 2016

100 orang

(50 – Bilik Komputer FPSK, 50 – Makmal Saham FPEP)

6

Bengkel Hands-On Perpustakaan Digital PNM

  • One MegaLab, Perpustakaan
  • Makmal Saham, FPEP

19 Oktober 2016

100 Penyertaan Luar UMS

7

Publishing Workshop  “Accelerates Wider Outreach for Interdisciplinary Research”

Topic 1 – Embark on the Scholarly Communication

                 Journey with Springer – Presented Hazman  Aziz

Topic 2 –  Digital Marketplace: Increase the

                 Professional Visibility on Social Media –  

                 Presented Elaine Low

 

Perpustakaan UMS

20 Oktober 2016

100 Penyertaan

 

8

Latihan Pangkalan Data :

How to Start your research using SpringerLink Database

Perpustakaan

20 Oktober 2016

50 Penyertaan

9

Bengkel Penulisan Ilmiah 2016  : Tesis ke Buku

Oleh Penerbit UMS

Galeri Majlis, Bangunan Caselori

20 Oktober 2016

100 orang penyertaan

10

Bicara Si Cilik

Perpustakaan

25 Oktobr 2016

Pusat Minda Lestari UMS

11

Bicara Sarjana

Perpustakaan

01 – 03 November 2016

Semua Warga Kampus

12

Bacaan Kegemaran Saya

Perpustakaan

31 Oktober 2016

Semua Warga Kampus

13

Pameran Buku dan ICT           

Perpustakaan

31 Oktober -

4 November2016

Semua Warga Kampus

Pengumuman Daripada
: Sekretariat Kesenian, Kebudayaan dan Warisan India Malaysia (SEKWIM)
Subjek
: Program Fiesta Cahaya & Malam Muhibah 2016
 
Sukacita dimaklumkan bahawa mahasiswa-mahasiswi Sekretariat Kesenian, Kebudayaan, dan Warisan India Malaysia (SEKWIM), Universiti Malaysia Sabah dengan Kerjasama Persatuan India Sabah akan menganjurkan program Fiesta Cahaya & Malam Muhibah 2016. Ketetapan program ini seperti yang berikut:
 
PROGRAM
: FIESTA CAHAYA & MALAM MUHIBAH 2016
MASA
: 6.00 PM - 10.30 PM
TARIKH
: 15 OKTOBER 2016 (SABTU)
TEMPAT
: AUDITORIUM YAYASAN SABAH
 

IKUTI KAMI @

CAPAIAN PANTAS

  •  Direktori Kakitangan
  • Direktori Kepakaran
  • Portal Kakitangan
  •  Portal Pelajar
  •  SmartUMS
  •  E-Respon
  •  VirtualTour@UMS
  •  UMS Institutional Repository
  •  Tempahan Ruang

PAUTAN LAIN

  •  Peta UMS
  • Data Terbuka
  • Portal Kerajaan Negeri Sabah
  • Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
  • MAMPU
  • Portal Kerajaan Malaysia (MyGov)
  • UMS Investment Holdings Sdn. Bhd.