PENGUMUMAN DARIPADA | : PUSAT PENYELIDIKAN DAN INOVASI |
SUBJEK | : PEMBUKAAN BAGI PENCALONAN ANUGERAH TOKOH PENYELIDIK (ATP) 2015 |
YBrs. Dato’/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan,
PEMBUKAAN BAGI PENCALONAN ANUGERAH TOKOH PENYELIDIK (ATP) 2015
Dengan hormat perkara di atas adalah dirujuk.
Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Penyelidikan dan Inovasi (PPI) sedang membuka pencalonan kepada semua kakitangan akademik yang berkelayakan dicalonkan untuk Anugerah Tokoh Penyelidik (ATP) bagi tahun 2015. Sebanyak tiga (3) kategori yang dibuka untuk pertandingan iaitu:
Anugerah Tokoh Penyelidik (ATP) Kategori Malim
Anugerah Tokoh Penyelidik (ATP) Kategori Penyelidik
Anugerah Tokoh Penyelidik (ATP) Kategori Penyelidik Muda
Calon-calon penyelidik yang memenuhi kriteria pencalonan bagi setiap kategori yang dipertandingkan hendaklah melengkapkan Borang Pencalonan ATP 2015. Bersama ini disertakan Garis Panduan Pencalonan Anugerah Tokoh Penyelidik (ATP) 2015 dan Borang Pencalonan ATP 2015 atau boleh juga dimuat turun melalui laman web PPI di
www.ums.edu.my/ppi.
Borang pencalonan yang telah dilengkapkan hendaklah diperakukan oleh Ketua Jabatan masing-masing dan dihantar ke pejabat ini selewat-lewatnya 29 Mac 2015 (Selasa). Sebarang maklumat lanjut, mohon hubungi urusetia berikut:
No. | Nama | No. Samb. Talian | Emel |
1 | Prof. Madya Dr. Noumie Surugau | 1065 | Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. |
2 | Pn. Rozaidah Amir Hussein | 1631 | Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. |
3 | Pn. Norni Lagung | 1034 | Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. |
4 | Pn. Norainie Awot | 1034 | Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. |
Sekian, terima kasih.