PENGUMUMAN DARIPADA
: PUSAT ISLAM UNIVERSITI MALAYSIA SABAH
SUBJEK
: KELAS AL-QURAN DAN IQRA’ (WANITA) ANJURAN SEKRETARIAT HELWA​
 
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
 
Y. Bhg. Datuk/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan/Saudara/Saudari,
 
HEBAHAN KELAS AL-QURAN DAN IQRA’ (WANITA) ANJURAN SEKRETARIAT HELWA, PUSAT ISLAM UNIVERSITI MALAYSIA SABAH  
 
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
 
02. Sukacita dimaklumkan bahawa Sekretariat HELWA, Pusat Islam UMS akan menganjurkan KELAS AL-QURAN DAN IQRA’ (WANITA) SIRI 1/2016 pada ketetapan seperti maklumat berikut:
 
TARIKH : BULAN MAC – BULAN JUN 2016
HARI : SETIAP HARI SELASA DAN KHAMIS
MASA : 11.30 PAGI – 12.30 TENGHARI
TEMPAT : MASJID UMS (SILA RUJUK JADUAL KELAS SEPERTI DI LAMPIRAN)
             
03. Penyertaan program ini adalah terbuka kepada semua kakitangan UMS serta masyarakat sekitar Kota Kinabalu. Sehubungan dengan itu, kerjasama Y. Bhg. Datuk/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan/Saudara/Saudari adalah dipohon agar dapat memanjangkan perkara ini kepada kakitangan di bawah seliaan Y. Bhg. Datuk/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan/Saudara/Saudari untuk menggalakkan penyertaan.
 
04. Bersama-sama dengan surat ini, disertakan jadual dan borang penyertaan program tersebut seperti di Lampiran. Sebarang pertanyaan lanjut bolehlah menghubungi Ustazah Salinah Ramlee H/P : 019-8421030 / Pej. : 088-320000 - Samb. 2730.
 
Segala kerjasama dan keprihatinan pihak Y. Bhg. Datuk/Datin /Prof./Dr./Tuan/Puan/Saudara/Saudari berhubung perkara ini kami dahului dengan ucapan ribuan terima kasih. Semoga usaha seumpama ini akan dapat memberikan ilmu yang bermanfaat kepada kita di dunia dan akhirat, Insya-Allah.
 
Sekian.
 

PENGUMUMAN DARIPADA
: UNIT PENGURUSAN BAKAT , SEKSYEN KEMAJUAN KERJAYA, BAHAGIAN SUMBER MANUSIA, JABATAN PENDAFTAR
SUBJEK
: IKLAN KEKOSONGAN JAWATAN TIMBALAN NAIB CANSELOR DI UNIVERSITI SULTAN ZAINAL ABIDIN (UniSZA)
  i)  TIMBALAN NAIB CANSELOR (PENYELIDIKAN DAN INOVASI)
  ii) TIMBALAN NAIB CANSELOR (HAL EHWAL PELAJAR DAN ALUMNI)
 
YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Prof./Dr.,
 
IKLAN KEKOSONGAN JAWATAN TIMBALAN NAIB CANSELOR DI UNIVERSITI SULTAN ZAINAL ABIDIN (UniSZA)
i)  TIMBALAN NAIB CANSELOR (PENYELIDIKAN DAN INOVASI)
ii) TIMBALAN NAIB CANSELOR (HAL EHWAL PELAJAR DAN ALUMNI)
 
Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
 
2. Sukacita dimaklumkan bahawa pihak Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) mempelawa kakitangan akademik yang berminat bagi mengisi kekosongan jawatan:
            i)          Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi)
            ii)         Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni)
di Universiti tersebut dengan mengemukakan bersama Curriculum Vitae (CV) yang terkini dan dokumen sokongan lain yang berkaitan.
 
3. Bersama ini dilampirkan maklumat lanjut (Lampiran) untuk makluman dan perhatian YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Prof./Dr. Tarikh tutup permohonan adalah pada 31 Mac 2016 (Khamis).
 
Sekian.
 

IKUTI KAMI @

CAPAIAN PANTAS

  •  Direktori Kakitangan
  • Direktori Kepakaran
  • Portal Kakitangan
  •  Portal Pelajar
  •  SmartUMS
  •  E-Respon
  •  VirtualTour@UMS
  •  UMS Institutional Repository
  •  Tempahan Ruang

PAUTAN LAIN

  •  Peta UMS
  • Data Terbuka
  • Portal Kerajaan Negeri Sabah
  • Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
  • MAMPU
  • Portal Kerajaan Malaysia (MyGov)
  • UMS Investment Holdings Sdn. Bhd.