PENGUMUMAN DARIPADA: PUSAT E-PEMBELAJARAN, UMS

SUBJEK: SOAL SELIDIK TAHAP PENGGUNAAN TEKNOLOGI UNTUK MENINGKATKAN PEMBELAJARAN DI UNIVERSITI MALAYSIA SABAH

 
YBhg. Datuk/Prof/Dr/Tuan/Puan,
 
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
 
Adalah dimaklumkan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) telah melaksanakan Dasar e-Pembelajaran Negara 2.0 untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran serta memperkasakan amalan e-Pembelajaran di kalangan pelajar dan pensyarah.
 
Universiti Malaysia Sabah sedang dalam usaha untuk menilai kesediaan kakitangan akademik untuk menjadi pengamal e-Pembelajaran. Satu soalselidik telah diwujudkan bagi tujuan ini.  Sehubungan dengan itu, mohon kerjasama  YBhg. Datuk/Prof/Dr/Tuan/Puan untuk memaklumkan kepada semua kakitangan akademik  untuk mengisi soalselidik tersebut dengan klik pautan ini : https://www.surveymonkey.com/r/2J69FZB
 
Semua kakitangan akademik DIWAJIBKAN untuk melengkapkan soalselidik tersebut selewat-lewatnya pada 2 Mac 2018.  Soalselidik ini bertujuan untuk menilai tahap dan kesediaan kakitangan akademik dalam penggunaan teknologi bagi tujuan meningkatkan keberkesanan pembelajaran pelajar di UMS.  Maklumbalas tersebut juga akan digunakan dalam beberapa siri bengkel yang akan diadakan untuk  mengemaskini garis panduan e-Pembelajaran di UMS.
 
Sokongan dan perhatian daripada YBhg. Datuk/Prof/Dr/Tuan/Puan mengenai perkara di atas amat dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
 
Sekian.
 
Yang Ikhlas,
PROF. DR. RASID MAIL
Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa)
b.p  Naib Canselor

PENGUMUMAN DARIPADA: FAKULTI KOMPUTERAN DAN INFORMATIK

SUBJEK: JADUAL KUTIPAN SUMBANGAN FREEMARKET 2018 MENGIKUT FAKULTI

Program Free Market 2018 akan dianjurkan pada 10 Mac 2018 di tempat letak kenderaan Blok B, Fakulti Kejuruteraan.

​Bagi yang ingin menyumbang barangan untuk Free Market 2018, anda boleh menghantar barangan tersebut (baru/terpakai - masih berfungsi, kondisi baik) ke lokasi-lokasi berikut:

27 Februari (Selasa)
1) FSSA 2.30pm
2) PPIB 3.00pm
3) PPST 3.30pm

28 Februari (Rabu)
1) FPP (Blok Psikologi) 2.30pm
2) FPP (Blok Pendidikan) 3.00pm
3) FKJ (Blok B Aras 4) 3.30pm

1 Mac (Khamis)
1) FKSW (Sains Sosial) 2.30pm
2) FKSW (Seni) 3.00pm
3) FPEP 3.30pm

6 Mac (Selasa)
1) FPSK 2.30pm
2) FSMP 3.00pm
3) FSSA (Kompleks Perhutanan) 3.30pm

Wakil-wakil kami akan berada di sana bagi mengumpul barangan sumbangan Free Market 2018. Walaubagaimanapun, kami sangat mengalu-alukan penyertaan anda di tapak Free Market (Tempat letak kenderaan, Blok B, Fakulti Kejuruteraan) pada 10 Mac 2018 nanti.

Jumpa anda di sana!