PENGUMUMAN DARIPADA: FAKULTI KEMANUSIAAN, SENI DAN WARISAN
SUBJEK: PERSIDANGAN SEJARAH MALAYSIA DAN BORNEO 2016
Asalamualaikum dan salam sejahtera YBhg Dato/Datuk/Prof/Prof Madya/Dr/tuan/puan.
 
Suka cita dimaklumkan bahawa pihak Program Sejarah, Fakulti Kemanusiaan, Seni dan Warisan Universiti Malaysia Sabah dengan kerja sama Unit Penyelidikan Arkeologi Borneo (UPAB), Universiti Malaysia Sabah akan menganjurkan Persidangan Sejarah Malaysia dan Borneo 2016 (PSMB2016) pada tarikh 17-18  Mei 2016.
 
Persidangan ini bertemakan ‘Memelihara Tradisi dan Mempromosi Inovasi’. Ia bertujuan melestarikan pengajian sejarah sebagai cabang ilmu yang sangat relevan dengan generasi masa kini dan masa hadapan walaupun skop masa kajiannya adalah berkenaan dengan masa yang lalu.  Fokus bidang kawasan yang dipilih ialah Sejarah Malaysia dan Borneo yang juga merangkumi Brunei dan Kalimantan.
 
Selanjutnya, persidangan ini akan membolehkan para pembentang kertas kerja dan peserta berbincang, berkongsi dan bertukar idea tentang hasil penyelidikan dan peranan mereka dalam usaha memperkasakan kewibawaan tradisi sambil mempromosikan inovasi dalam aspek kemanusiaan masyarakat Malaysia secara lestari demi manfaat generesi masa kini dan hadapan. Ia juga mempelawa para pelajar pasca siswazah untuk membentangkan kajian mereka sebagai kertas kerja persidangan. Seterusnya kertas kerja yang terpilih akan diterbitkan sebagai esei dalam siri penerbitan jurnal atau buku di UMS.
 
Justeru itu, abstrak dan kertas kerja boleh dihantar ke emel Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.. Bersama-sama ini disertakan broser persidangan untuk makluman Dato/Datuk/Prof/Prof Madya/Dr/tuan/puan.
 
Semoga penyertaan YBhg Dato/Datuk/Prof/Prof Madya/Dr/tuan/puan akan memeriahkan lagi persidangan ini.
 
Sekian, terima kasih.

 

Sekretariat
Persidangan Malaysia-Borneo (PSMB2016)
Universiti Malaysia Sabah

PENGUMUMAN DARIPADA
: JABATAN HAL EHWAL PELAJAR
SUBJEK
: BORANG PENCALONAN MAHEPA 2016 - EDARAN KEPADA SETIAP FAKULTI DAN KOLEJ-KOLEJ KEDIAMAN
 
Assalamualaikum YBrs. Prof / Prof Madya /Dr / Encik / Puan
 
Dengan hormat perkara di atas dirujuk.
 
Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni akan mengadakan MAHEPA 2016 Pada Mei 2016.
 
Sehubungan itu, mohon kerjasama Prof/Prof.Madya/Dr/Encik/Puan agar dapat memaklumkan serta mengedarkan Borang Pencalonan Anugerah MAHEPA 2016 ini kepada para pelajar di fakulti/pejabat. Tarikh tutup penghantaran adalah pada atau sebelum 30hb Mac 2016 (Rabu) jam 5:00 petang. Sebarang pertanyaan mohon rujuk kepada urusetia iaitu En. Harun Tambiri dan Mohd Faizal marjus di Bahagian Pembangunan Pelajar atau di talian 088-320 000 samb. 4195 / 4222.
 
Kerjasama dan keperhatinan Prof/Prof.Madya/Dr/Encik/Puan amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
 

IKUTI KAMI @

CAPAIAN PANTAS

  •  Direktori Kakitangan
  • Direktori Kepakaran
  • Portal Kakitangan
  •  Portal Pelajar
  •  SmartUMS
  •  E-Respon
  •  VirtualTour@UMS
  •  UMS Institutional Repository
  •  Tempahan Ruang

PAUTAN LAIN

  •  Peta UMS
  • Data Terbuka
  • Portal Kerajaan Negeri Sabah
  • Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
  • MAMPU
  • Portal Kerajaan Malaysia (MyGov)
  • UMS Investment Holdings Sdn. Bhd.