PENGUMUMAN DARIPADA
: PERSATUAN STAF AKADEMIK DAN IKHTISAS UMS
SUBJEK
: MESYUARAT AGUNG PSAUMS KE-1
Prof./Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan/Cik
 
Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.
Sukacita dimaklumkan bahawa Mesyuarat Agung PSAUMS Ke-1 akan diadakan pada ketetapan berikut:
 
Tarikh     : 17/2/2016 (Rabu)
        Masa       : 8.30 pagi
        Tempat   : Galeri Majlis, Aras 3, Bangunan Canselori
 
Sehubungan dengan itu, mohon agar semua ahli PSAUMS dapat hadir ke mesyuarat tersebut. Bagi kakitangan yang bukan ahli dan berminat untuk menjadi ahli adalah dialu-alukan untuk hadir ke mesyuarat ini. Borang Keahlian akan diedarkan semasa pendaftaran. 
 
Bersama-sama ini disertakan agenda mesyuarat dan borang cadangan usul untuk tindakan Prof./Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan/Cik selanjutnya. Prof./Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan/Cik dipohon untuk memberikan maklumbalas sebelum atau pada 10 Februari 2016 (Rabu) melalui email Setiausaha Agung JK Penaja di Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya..
Kehadiran semua ahli PSAUMS amatlah diharapkan bagi membuat pemilihan AJK baru PSAUMS dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
 
DR RAZAK MOHD ALI LEE
Setiausaha Agung Penaja PSAUMS

 

PENGUMUMAN DARIPADA: PUSAT PENYELIDIKAN DAN INOVASI
URUSETIA PPI: PN. MARY KINSUI (4146, Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.)
YBhg. Prof./Datuk/Datin/Dr./Tuan/Puan,
 
PENUTUPAN SEMENTARA PERMOHONAN SKIM GERAN PENYELIDIKAN UMS FASA 1/2016
1) SKIM PENSYARAH LANTIKAN BARU (SPLB)
2) SKIM PENYELIDIKAN BIDANG KEUTAMAAN (SPBK)
 
Dengan segala hormat perkara di atas adalah dirujuk.
 
Adalah dimaklumkan bahawa permohonan bagi Skim Geran Penyelidikan UMS (SGPUMS) bagi fasa 1/2016 akan ditutup buat sementara waktu sehingga suatu tarikh yang akan dimaklumkan kemudian. Ini bertujuan untuk memberi laluan kepada proses permohonan geran- geran penyelidikan daripada Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) iaitu geran penyelidikan LRGS, FRGS, PRGS dan TRGS yang kini sedang dibuka dan boleh dipohon secara atas talian iaitu melalui sistem MyGRANTS.
Sebarang pertanyaan lanjut mengenai perkara di atas, sila berhubung terus dengan Urusetia
Penyelidikan PPI seperti berikut:
 Puan Mary Kinsui Samb. 4146 Emel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
 Puan Norainie Awot Samb. 1034 Emel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Sekian, harap maklum.

PENGUMUMAN DARIPADA
: PUSAT PENYELIDIKAN DAN INOVASI
SUBJEK
: TAWARAN SKIM GERAN PENYELIDIKAN PEMBANGUNAN PROTOTAIP (PRGS) FASA 1/2016
 
Salam Sejahtera,
 
Tuan/Puan,
 
Adalah dimaklumkan bahawa pihak kementerian Pendidikan Tinggi telah mengumumkan pembukaan geran penyelidikan Jangka Panjang (LRGS) bagi Fasa 1/2016.
 
Segala perhatian dan kerjasama pihak tuan/puan dalam perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
 
 
 

PENGUMUMAN DARIPADA
: PUSAT PENYELIDIKAN DAN INOVASI
SUBJEK
: TAWARAN SKIM GERAN PENYELIDIKAN PEMBANGUNAN PROTOTAIP (PRGS) FASA 1/2016
 
Salam Sejahtera,
 
Tuan/Puan,
 
Adalah dimaklumkan bahawa pihak kementerian Pendidikan Tinggi telah mengumumkan pembukaan geran penyelidikan Pembangunan Prototaip (PRGS) bagi Fasa 1/2016.
 
Segala perhatian dan kerjasama pihak tuan/puan dalam perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
 

PENGUMUMAN DARIPADA
: PUSAT PENYELIDIKAN DAN INOVASI
SUBJEK
: TAWARAN SKIM GERAN PENYELIDIKAN TRANSDISIPLINARI (TRGS) FASA 1/2016
Salam Sejahtera,
 
Tuan/Puan,
 

Adalah dimaklumkan bahawa pihak kementerian Pendidikan Tinggi telah mengumumkan pembukaan geran penyelidikan Transdisiplinary (TRGS) bagi Fasa 1/2016.

 

Segala perhatian dan kerjasama pihak tuan/puan dalam perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
 

IKUTI KAMI @

CAPAIAN PANTAS

  •  Direktori Kakitangan
  • Direktori Kepakaran
  • Portal Kakitangan
  •  Portal Pelajar
  •  SmartUMS
  •  E-Respon
  •  VirtualTour@UMS
  •  UMS Institutional Repository
  •  Tempahan Ruang

PAUTAN LAIN

  •  Peta UMS
  • Data Terbuka
  • Portal Kerajaan Negeri Sabah
  • Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
  • MAMPU
  • Portal Kerajaan Malaysia (MyGov)
  • UMS Investment Holdings Sdn. Bhd.