MAKLUMAN DARIPADA:  PUSAT KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN UMS

SUBJEK:   TINDAKAN SEMASA JEREBU

 

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Pusat Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan ingin berkongsi maklumat berkenaan tindakan yang perlu diambil semasa jerebu.

Oleh yang demikian, warga kampus  adalah dinasihatkan agar menjaga  kesihatan diri dan keluarga. Disarankan supaya menggunakan penutup mulut (mask) yang bersesuaian semasa berada di luar bagi mengelakkan masalah kesihatan respiratori memandangkan cuaca semasa yang berjerebu, khususnya kepada mereka yang mempunyai masalah pernafasan seperti Asma, batuk atau selsema yang berterusan. Sekiranya terdapat sebarang masalah kesihatan, segera mendapatkan rawatan di Pusat Rawatan Warga atau mana-mana pusat rawatan berhampiran. Keselamatan dan kesihatan anda warga kampus menjadi keutamaan kami.

Sekian, Terima Kasih.

PENGUMUMAN DARIPADA: PUSAT PENYELIDIKAN DAN INOVASI
 
YBhg. Prof./Datuk/Datin/Dr./Tuan/Puan,
 
TAWARAN SKIM GERAN PENYELIDIKAN UMS (SGPUMS) FASA 1/2016
1) SKIM PENSYARAH LANTIKAN BARU (SPLB)
2) SKIM PENYELIDIKAN BIDANG KEUTAMAAN (SPBK)
 
Dengan segala hormat perkara di atas adalah dirujuk.
 
Sukacita dimaklumkan bahawa, Permohonan bagi Skim Geran Penyelidikan UMS (SGPUMS) akan mula dibuka pada 1 April – 2 Mei 2016 sebelum jam 5.00 Petang.  Skim ini terbahagi kepada dua iaitu Skim Pensyarah Lantikan Baru (SPLB) dan Skim Penyelidikan Bidang keutamaan (SPBK) untuk ditawarkan kepada penyelidik yang berkelayakan mengikut kriteria seperti berikut:
 
1.             Skim Penyelidikan Pensyarah Lantikan Baru (SPLB)
  • Bidang Sastera dan Sains Sosial : RM10,000.00 sahaja
  • Bidang Sains : RM20,000.00 sahaja
1.2 Tempoh maksima jangkamasa projek adalah 2 tahun sahaja dan ditawarkan hanya sekali sahaja sepanjang perkhidmatan pemohon.
 
1.3 Baru menyertai UMS atau dilantik sebagai pensyarah gred DS51 dan ke bawah;
  • Baru balik dari melanjutkan pengajian PhD dengan syarat belum pernah mengetuai sebarang projek penyelidikan (universiti/kebangsaan/antarabangsa) sepanjang perkhidmatan sebelumnya;
  • Tempoh perkhidmatannya tidak melebihi dari 2 tahun selepas tarikh melapor diri.
 
2.             Skim Penyelidikan Bidang Keutamaan (SBK)
 
2.1 Skim ini bertujuan untuk membantu penyelidik atau kumpulan penyelidik untuk memulakan sesuatu projek penyelidikan keutamaan yang bernilai strategik kepada universiti. Siling peruntukan untuk skim ini berjumlah RM 30,000.00 sahaja. Tempoh maksima jangkamasa projek adalah 2 tahun sahaja.
 
2.2 Bukan dalam kategori SPLB 1.3 (i), (ii), (iii) di atas;
  • Keutamaan diberi kepada pensyarah Gred DS54 dan ke bawah; dan
  • Tidak mengetuai sebarang projek penyelidikan semasa permohonan.
 
Pemohon hendaklah menghantar permohonan menggunakan Borang PPI/SGPUMS/1 melalui F/P/I/U masing-masing. Pemohon hanya dibenarkan menghantar satu permohonan sahaja sama ada SPLB atau SPBK dalam satu fasa. Sebarang pertanyaan mengenai perkara tersebut, sila berhubung terus dengan Urusetia, Seksyen Penyelidikan, PPI seperti berikut:
 
NAMA URUSETIA
NO. SAMB.
EMEL
Puan Mary Kinsui
4146
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Puan Norni Lagung
1034
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Puan Norainie Awot
1034
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
 
Sekian, terima kasih.
 
 

PENGUMUMAN DARIPADA              : PUSAT PENYELIDIKAN DAN INOVASI
 
YBhg. Datuk/Datin./Prof./Dr./ Tuan/ Puan,
 
PERINGATAN MESRA: PEMAKLUMAN PEMBUKAAN PERMOHONAN DANA SCIENCEFUND, TECHNOFUND DAN INNOFUND KEMENTERIAN SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI (MOSTI) TAHUN 2016
 
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
 
Sukacita dimaklumkan bahawa bagi tahun 2016, permohonan Dana Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) iaitu Sciencefund, Technofund dan Innofund akan dibuka mengikut empat (4) kitaran seperti jadual berikut:
 
KITARAN
TEMPOH PERMOHONAN
PEMAKLUMAN KEPUTUSAN
1
1 hingga 20 Januari 2016
Minggu terakhir Mac 2016
2
1 hingga 20 April 2016
Minggu terakhir Jun 2016
3
1 hingga 20 Julai 2016
Minggu terakhir September 2016
4
1 hingga 20 Oktober 2016
Minggu terakhir Disember 2016
 
Semua permohonan boleh dibuat secara online melalui sistem eSciencefund http://ernd.mosti.gov.my/ eScience (Dana Sciencefund) dan eDana http://edana.gov.my (Technofund dan Innofund). Kedua-dua sistem tersebut boleh dicapai melalui laman web rasmi MOSTI di www.mosti.gov.my.
  
Sehubungan itu, penyelidik dipelawa untuk membuat permohonan mengikut tempoh permohonan yang ditetapkan seperti di jadual kitaran. Sistem tersebut tidak akan membenarkan sebarang penghantaran permohonan yang dibuat di luar tempoh permohonan dan sebarang rayuan untuk melanjutkan tempoh permohonan tidak akan dilayan. Sekiranya penyelidik menghadapi masalah teknikal semasa mengisi borang secara online, mohon agar dapat menghubungi Urusetia di pihak MOSTI seperti berikut:
 
URUSETIA
NO. TELEFON
ALAMAT E-MEL
Pn. Kaliammah A/P Asaithambee
03-8885 8155
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
 
Pn. Nurul Hasniza Binti Kamaruddin
03-8885 8852
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
 
En. Mohammad Harri Bin Hamdan
03-8885 8842
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
 
En. Mohd. Hafidzul Bin Abd. Lah Halim
03-8885 8145
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
 
 
Kerjasama YBhg. Datuk/Datin./Prof./Dr./Tuan/Puan dalam hal ini adalah amat dihargai dan sebarang pertanyaan lanjut, bolehlah berhubung terus dengan urusetia PPI iaitu:
 
JENIS DANA
URUSETIA
NO. SAMB.
ALAMAT E-MEL
Sciencefund
Puan Mary Kinsui
4146
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
 
Puan Norni Lagung
1034
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
 
Puan Norainie Awot
1034
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
 
Technofund dan Innofund
Puan Rozaidah Amir Hussein
1631
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
 
Cik Masrina Maujar
1034
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
 
 
Sekian, terima kasih.

PENGUMUMAN DARIPADA: JABATAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI
SUBJEK: MAKLUMAN GANGGUAN CAPAIAN RANGKAIAN WIRELESS KAMPUS

 

MAKLUMAN GANGGUAN CAPAIAN RANGKAIAN WIRELESS KAMPUS

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

Dimaklumkan bahawa terdapat gangguan capaian rangkaian wireless di lokasi-lokasi berikut:

  1. Bangunan JTMK
  2. Bangunan Canselori
  3. Perpustakaan
  4. Fakulti Psikologi dan Pendidikan (FPP)
  5. Dewan Kuliah Pusat (DKP Lama)
  6. Kolej Tun Mustapha
  7. Kolej Tun Fuad
  8. Kolej Kediaman E
  9. Kolej Kediaman USIA
  10. Kolej Kediaman Sri Angkasa
  11. Kolej Kingfisher  

Pihak JTMK sedang menunggu penggantian perkakasan yang rosak dan dijangka pulih pada 5 April 2016

Segala kesulitan amatlah dikesali.

IKUTI KAMI @

CAPAIAN PANTAS

  •  Direktori Kakitangan
  • Direktori Kepakaran
  • Portal Kakitangan
  •  Portal Pelajar
  •  SmartUMS
  •  E-Respon
  •  VirtualTour@UMS
  •  UMS Institutional Repository
  •  Tempahan Ruang

PAUTAN LAIN

  •  Peta UMS
  • Data Terbuka
  • Portal Kerajaan Negeri Sabah
  • Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
  • MAMPU
  • Portal Kerajaan Malaysia (MyGov)
  • UMS Investment Holdings Sdn. Bhd.