Oleh Feria Lee

KHAMIS, 01 OKTOBER  – Kelab Suri Rumah dan Staf Wanita (KESUMBA)Universiti Malaysia Sabah (UMS) dengan kerjasama Klinik Kesihatan Likas baru-baru ini mengadakan Kempen Pemeriksaan Kesihatan dan Pap Smear.

Ketua Puteri KESUMBA, Nurul Izza Md Nordin berkata, kempen tersebut telah memberi pemeriksaan am kesihatan termasuk ujian tekanan darah tinggi, ujian gula dalam darah dan pemeriksaan BMI.

 “Seperti yang kita sedia maklum kanser serviks merupakan kanser pembunuh nombor dua dalam kalangan wanita selepas kanser payudara, sehubungan itu kempen ini bertujuan memberi kesedaran tentang bahaya kanser tersebut sekali gus menggalakkan mereka datang untuk membuat pemeriksaan,” katanya.

Beliau yang juga penyelaras kempen berkenaan turut memaklumkan kesemua ahli KESUMBA mengambil peluang mengadakan pemeriksaan pada klinik sementara yang dibuka di Teratak KESUMBA UMS.

Pemeriksaan kesihatan itu telah dibuka dari pukul 9.00 pagi sehingga 3.00 petang. (SS)

KHAMIS, 01 Oktober - Unit Penyelidikan Minyak Sawit Lestari (SPOR), Fakulti Sains dan Sumber Alam (FSSA) Universiti Malaysia Sabah (UMS) menganjurkan bengkel Ganoderma Boninense baru-baru ini.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan SPOR UMS,  bengkel tersebut bertujuan untuk berkongsi kepakaran kepada masyarakat luar, terutamanya dalam bidang perusahaan kelapa sawit.

Menurut kenyataan itu lagi, semua peserta bengkel turut diperkenalkan dengan produk GanoKit iaitu alat yang dicipta SPOR bagi mengesan kewujudan kulat pada pokok kelapa sawit.

Bengkel sehari yang diadakan di Bilik Seminar FSSA itu turut disertai beberapa peserta dari Semenanjung Malaysia dan Hong Kong.

Pada bengkel tersebut, para peserta turut berkesempatan mendengar ceramah daripada  Ketua SPOR, Profesor Madya Dr. Chong Khim Phin. -ZMD

Sumber : SPOR

KHAMIS, 01 Oktober - Unit Penyelidikan Minyak Kelapa Sawit (SPOR), Fakulti Sains dan Sumber Alam (FSSA) Universiti Malaysia Sabah (UMS) menganjurkan bengkel Ganoderma Boninense baru-baru ini.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan SPOR UMS,  bengkel tersebut bertujuan untuk berkongsi kepakaran kepada masyarakat luar, terutamanya dalam bidang perusahaan kelapa sawit.

Menurut kenyataan itu lagi, semua peserta bengkel turut diperkenalkan dengan produk GanoKit iaitu alat yang dicipta SPOR bagi mengesan kewujudan kulat pada pokok kelapa sawit.

Bengkel sehari yang diadakan di Bilik Seminar FSSA itu turut disertai beberapa peserta dari Semenanjung Malaysia dan Hong Kong.

Pada bengkel tersebut, para peserta turut berkesempatan mendengar ceramah daripada  Ketua SPOR, Profesor Madya Dr. Chong Khim Phin. -ZMD

Sumber : SPOR

Oleh Salbinous Saribun

RABU, 30 SEPTEMBER - Universiti Malaysia Sabah (UMS) terus  mengukuhkan usaha pengantarabangsaan apabila mengadakan kerjasama pendidikan dengan Harbin No. 10 Highschool, China.

Kerjasama tersebut dicapai melalui satu lawatan kerja ke sekolah itu yang diketuai Naib Canselor UMS, Prof. Datuk Dr. Mohd Harun Abdullah, kelmarin.

Datuk Harun kemudiannya memaklumkan, kerjasama yang terjalin merupakan satu pencapaian yang membanggakan khususnya dalam menarik lebih ramai  pelajar antarabangsa ke UMS.

“Melalui kata sepakat yang dicapai, sekolah tinggi ini akan menghantar pelajar-pelajar mereka  melanjutkan pengajian dalam pelbagai bidang di UMS.

“Ia dilihat mampu memberi impak besar dalam program pengantarabangsaan seperti yang ditekankan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Tinggi Malaysia (Pendidikan Tinggi) khususnya dalam meningkatkan kemasukkan pelajar-pelajar dari luar negara,” tambahnya lagi.

Jalinan kerjasama itu turut disaksikan Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi Malaysia, Datuk Mary Yap Kain Ching dan Pengerusi Lembaga Pengarah UMS, Tun Zaki Tun Azmi.

Hadir sama, Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa, Prof. Dr. D Kamarudin D Mudin, dan Pemangku Pengarah Pusat Hal Ehwal Antarabangsa UMS, Molly Donna Awang Sham.