Ikrar LabuanISNIN, 07 SEPTEMBER - Pelbagai program prasiswazah yang ditawarkan di Universiti Malaysia Sabah (UMS) telah menghasilkan graduan-graduan berdaya saing bagi mengisi pelbagai peluang kerjaya dalam pasaran kerja.

Naib Canselor UMS, Prof. Datuk Dr. Mohd. Harun Abdullah berkata, kebiasaannya, kesesuaian program yang diikuti dilihat sebagai antara punca kepada kesulitan menentukan kerjaya selepas bergraduat.

Namun  katanya, pada zaman globalisasi dan liberalisasi yang berteraskan ICT, dunia tanpa sempadan ini, alasan tersebut tidak boleh lagi dianggap sebagai teori yang dominan.

“Apa sahaja bidang kursus atau program yang anda ikuti sepanjang pengajian, sebenarnya mempunyai masa depan yang sangat cerah.

“Walau bagaimanapun ia terpulang dengan kebijaksanaan individu tersebut mengaplikasikannya dengan pasaran kerja atau peluang kerjaya yang sentiasa luas menanti,” katanya.

Selain itu juga, Datuk Harun berkata, kewujudan UMS di negara ini memberikan keunikan dalam penawaran program-program pengajian yang diwujudkan.

“Oleh itu, semasa mengikuti pengajian di UMS, bertekad dan berusahalah menjadi seorang yang terbaik antara rakan-rakan anda yang terbaik. Be the best of the best!,“ ujar beliau dalam ucapannya pada Majlis Pengenalan Pegawai Utama Universiti dan Majlis Ikrar dan Aku Janji Mahasiswa Baharu UMS Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL).

Teks ucapan beliau dibacakan Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof. Madya Dr. Ismail Ali.

Turut hadir, Pemangku Pendaftar UMS, No’man Datuk Ahmad; Pemangku Bendahari, Zallifah Shadan; Pengarah UMS-Kampus Antarabangsa Labuan, Prof. Madya Dr. Murnizam Halik dan Dekan Fakulti Kewangan Antarabangsa Labuan, Prof. Madya Dr. Syed Nasirin Syed Zainol Abidin. -SS

Sumber: Azri Onn

Oleh Salbinous Saribun

sustainable cities rideISNIN, 07 SEPTEMBER - Universiti Malaysia Sabah (UMS) menjadi destinasi utama acara berbasikal yang melibatkan 600 peserta anjuran SustainableCities dan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) kelmarin.

Acara tersebut yang memerlukan setiap peserta mengayuh basikal sejauh 31 kilometer memulakan kayuhan seawal jam 6.00 pagi di Padang Merdeka Kota Kinabalu menuju ke Tanjung Aru.

Para peserta kemudiannya meneruskan kayuhan ke UMS sebelum kembali semula ke Padang Merdeka bagi menamatkan acara.

Pada program tersebut, UMS turut menghantar lima penyertaan sebagai tanda sokongan terhadap acara yang dikenali Sustainable Cities Ride 2015.

Di UMS, staf Pusat Sukan menjadi urusetia bagi memastikan acara tersebut berlangsung dengan jayanya.

Hadir sama, Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar (HEP), Azmi Jumat.

silat hanafi guiness1JUMAAT, 04 SEPTEMBER - Seramai 13 alumni, 16 pelajar dan seorang staf Universiti Malaysia Sabah (UMS) mengharumkan nama universiti apabila menjadi antara 12,393 pesilat seluruh negara yang mencipta rekod dalam Guinness World Records ‘Largest Silat Lesson’ Silat Cekak Pusaka Hanafi di Stadium Merdeka baru-baru ini.

Ketua Kontijen UMS, Radika Kalbie berkata, para peserta universiti menunjukkan semangat yang tinggi membawa nama universiti bagi melakar sejarah bertaraf antarabangsa itu.

“Acara ini bukan setakat menunjukkan penyertaan pesilat paling ramai di dunia tetapi sebagai satu usaha memartabatkan seni silat negara,” ujarnya ketika dihubungi media.

Beliau menambah, pencapaian itu juga sekali gus menunjukkan bahawa silat masih lagi relevan dalam kehidupan moden apatah lagi rata-rata pesilat yang turut menjayakan acara itu adalah golongan remaja dan belia.

Jelas beliau, ciptaan Guinness World Records itu  sangat mencabar kerana pelbagai syarat ketat perlu dipatuhi.

“Namun, semua peserta UMS serta pesilat-pesilat lain dapat memenuhi segala syarat-syarat tersebut sehingga disahkan sebagai satu ciptaan rekod baharu,” tambahnya lagi.

Selain menyasarkan untuk mencipta rekod dunia, kejayaan itu juga adalah bersempena dengan sambutan Hari Kebangsaan 2015, dan juga sambutan 50 tahun seni silat cekak di negara ini.

Kejayaan itu yang diketuai Pewaris Mutlak Silat Cekak Pusaka Hanafi, Dr Md Radzi Hanafi turut disaksikan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin yang mewakili Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. –SS

Sumber: Persatuan Silat Cekak Pusaka Hanafi UMS