
CERAMAH UMUM GEMPA BUMI DI RANAU, SABAH
(Masuk adalah percuma)
JUMAAT, 26 JUN –Ketua Bahagian Perhubungan Korporat, Universiti Malaysia Sabah (UMS), Azmi Jumat dipilih sebagai Presiden Persatuan Pegawai Pengurusan dan Profesional Bukan Akademik UMS (PPUMS) berkuatkuasa kelmarin.
Beliau diundi menang tanpa bertanding pada proses pemilihan ahli jawatankuasa tertinggi sempena Mesyuarat Agung Tahunan PPUMS ke-9 di sebuah hotel di Kota Kinabalu.
Pada pemilihan itu menyaksikan ramai muka baharu diberi kepercayaan menyandang jawatan tertinggi pada kali ini.
Mereka ialah Timbalan Ketua Pegawai Sains Institut Penyelidikan Bioteknologi, Yusup Laupe (Timbalan Presiden); Penolong Pendaftar Kanan Pusat Pengajian Pascasiswazah, Alna Tugon (Setiausaha) dan Penolong Pendaftar Pusat Hal Ehwal Antarabangsa, Mohd Khairuddin Ahmad selaku Penolong Setiausaha.
Jawatan Bendahari pula disandang Penolong Bendahari Kanan Jabatan Bendahari, Siti Aisah Ismail yang juga menang tanpa bertanding.
Turut dijalankan proses pemilihan 10 exco PPUMS di samping simbolik penyerahan tugas antara mantan Presiden, Zawawi Tiyunin kepada Azmi.
Majlis perasmian penutupan disempurnakan Naib Canselor UMS, Prof. Datuk Dr. Mohd Harun Abdullah dengan dihadiri Ketua Pustakawan, Dg Rukiah Ag Amit dan Pemangku Pendaftar UMS, No’man Datuk Hj Ahmad. -SS
Foto: Musaab Umair
Bahagian Media dan Citra
Mesyuarat yang bermula pukul 10.00 pagi itu turut dihadiri Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Prof. Dr. Shahril Yusof dan Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar), Prof. Madya Dr. Ismail Ali, Pemangku Pendaftar, No’man Datuk Haji Ahmad dan Pengarah UMSKAL, Prof. Madya Dr. Murnizam Haji Halik.
Turut hadir Pemangku Bendahari, Zallifah Shadan, Ketua Pustakawan, Dg Rukiah Amit, Dekan-dekan dan ketua-ketua jabatan di UMS.
Terdahulu, Mohd Harun mendengar taklimat pembangunan yang disampaikan oleh Dr. Murnizam dan melawat tapak-tapak projek pembangunan di kolej-kolej kediaman serta kemudahan sukan.
Pada sebelah petang, Mohd Harun akan meluangkan masa menghadiri Majlis Berbuka Puasa Naib Canselor Bersama Kakitangan di ruang legar, Bangunan Menara. –SS
Bahagian Media dan Citra
Sumber: Azri Onn
JUMAAT, 26 JUN- Naib Canselor, Prof. Datuk Dr Mohd Harun Abdullah memuji Persatuan Pegawai Pengurusan dan Profesional Bukan Akademik UMS (PPUMS) kerana sentiasa aktif dalam menjalankan aktiviti.
Katanya, persatuan itu dilihat paling maju ke hadapan antara semua persatuan yang ada di universiti.
"Syabas dan tahniah kepada ahli-ahli PPUMS yang sentiasa memberi komitmen dan terus memastikan persatuan ini bergiat aktif dan sentiasa bersama-sama mengangkat martabat UMS,” ujarnya.
Tambah beliau, PPUMS tidak pernah mengajukan isu kenaikan pangkat kepada universiti, tetapi lebih kepada menjaga kebajikan para ahli.
“Saya sangat tertarik dengan peranan yang dimainkan PPUMS khususnya dalam kalangan ahli jawatankuasa tertinggi... harapan saya mereka yang terpilih pada kali ini akan meneruskan legasi kecemerlangan terdahulu,” jelas Datuk Harun pada ucapan perasmian penutupan Mesyuarat Agung Tahunan PPUMS kali ke-9.
Beliau turut berpesan agar semua ahli persatuan terus mengamalkan budaya kerja yang baik dan memelihara hubungan akrab sesama pekerja sekali gus mengukuhkan sistem penyampaian kepada pelanggan.
Datuk Harun kemudiannya turut menyampaikan sijil penghargaan kepada barisan kepimpinan PPUMS Sesi 2013/2015, selain bersama-sama para ahli persatuan itu menikmati juadah berbuka puasa.-SS
Foto: Musaab Umair
Bahagian Media dan Citra
Terma Pengguna | Penafian | Dasar Privasi | Polisi Keselamatan | Dasar Hak Cipta | Paparan Terbaik 1366x768