Universiti Malaysia Sabah (UMS) akan membangunkan Hotel UMS dan Makmal Pengajaran Hospitaliti Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Perakaunan (FPEP) sebagai satu bentuk kemudahan penginapan dalam kampus.
Menurut Naib Canselor UMS, Prof. Datuk Dr. Kasim Hj. Mansor, projek pembangunan Hotel UMS dan Makmal Pengajaran Hospitaliti FPEP itu telah diluluskan oleh Lembaga Pengarah Universiti sejak 28 Disember 2020.
“Sehingga kini, jumlah peruntukan yang telah diperuntukkan bagi membiayai projek ini adalah sebanyak RM10 juta daripada peruntukan Rizab Kumpulan Wang Pembangunan Universiti.
“Ini jelas membuktikan komitmen universiti dalam memastikan penyampaian pengajaran dan pembelajaran universiti yang bertaraf dunia selaras dengan inisiatif Bidang Keberhasilan Utama (KRA) 2 dalam Pelan Strategik UMS 2023-2027,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika menyempurnakan majlis pecah tanah hotel tersebut di kampus UMS.
Dalam pada itu, ketika ditemui pemberita selepas majlis tersebut, Kasim memaklumkan pembangunan hotel berkonsepkan Boutique Hotel itu akan menjadi tempat untuk para pelajar melakukan amali dan latihan praktikal yang berkaitan dengan industri perhotelan dan pelancongan.
Beliau turut menjangkakan pembinaan hotel UMS yang akan bermula tahun ini dijangka siap dalam tempoh dua tahun dan menempatkan sebanyak 18 buah bilik.
Terdahulu, Dekan FPEP, Prof. Madya Dr. Mohd Rahimie Abd Karim dalam ucapannya berkata, pembinaan hotel tersebut akan meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran khususnya bagi FPEP melalui pendekatan experimental learning dan hands-on kepada pelajar.
“Apabila siap kelak, Hotel UMS dan Makmal Pengajaran Hospitaliti ini akan mendedahkan pelajar kepada operasi sebenar sebuah hotel komersial merangkumi perkhidmatan operasi pejabat, perkhidmatan bilik, pengemasan rumah, pengurusan acara, perkhidmatan makanan dan minuman (F&B) dan lain-lain perkhidmatan,” ujar beliau.
Turut hadir pada majlis tersebut ahli lembaga pengarah UMS, Datuk Hj. Aliasgar Hj. Basri dan Norali Ag Damit; Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UMS, Prof. Ir. Dr. Rosalam Sarbatly; Pendaftar UMS, Luqman Ridha Anwar; dan Ketua Pustakawan UMS, Md. Sazali Md. Salleh.



Seramai 100 orang pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dari seluruh negara terpilih untuk menyertai Ini Warisan Kita: Misi Sukarelawan ke Sabah 2024.
Pusat Kajian Bencana Alam (NDRC), Universiti Malaysia Sabah (UMS) menerima kunjungan delegasi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang terdiri daripada peserta aktiviti Asean Emergency Operations Centre (EOC) Network, National Emergency Operations Centre Exercise (NEOCX) dan Sepanggar Simulation Exercise (SSE) 2024, baru-baru ini.
Universiti Malaysia Sabah has signed a Letter of Intent (LoI) through a collaboration involving three faculties, namely the Faculty of Computing and Informatics (FKI), the Faculty of Science and Natural Resources (FSSA), and the Faculty of Social Sciences and Humanities (FSSK), with GAC Shipping (Malaysia) Sdn. Bhd recently.
Pasukan petugas dari Hospital Universiti Malaysia Sabah (HUMS) dengan kerjasama Kelab Suri Rumah dan Staf Wanita UMS (KESUMBA) telah mengadakan program perkhidmatan kesihatan sebagai menyantuni komuniti di Pulau Mantanani, Kota Belud.