KOTA KINABALU – Universiti Malaysia Sabah (UMS) menerusi penglibatan Kelab Sukarelawan Pacuan Empat Roda UMS (UMS4WDVC) akan memberikan komitmen penuh terhadap sukan permotoran lasak seperti penganjuran Borneo Safari International Off-Road Challenge 2022 kali ke-30.
Naib Canselor UMS, Profesor Datuk Dr. Kasim Hj. Mansor berkata UMS sentiasa menyokong penglibatan persatuan atau pertubuhan yang berdaftar dengan UMS membantu dan bekerjasama dengan penganjur dari luar.
“Kelab Sukarelawan Pacuan Empat Roda UMS sememangnya aktif membantu penganjur luar yang menganjurkan pertandingan, menyertai misi kemanusiaan serta menganjurkan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) yang memerlukan kenderaan pacuan empat untuk masuk ke kawasan pedalaman yang mempunyai akses jalan raya yang terhad.
“Selain itu, kelab ini juga berkolaborasi dengan fakulti dan jabatan yang mempunyai kepakaran dalam pelbagai disiplin ilmu dan kepakaran ini akan dikongsikan dengan komuniti yang memerlukan,” katanya ketika ditemui semasa sesi pelepasan pasukan Medik UMS yang akan menyertai Borneo Safari 2022 yang berlangsung di lobi Bangunan Canselori baru-baru ini.
Tambah Datuk Kasim, pasukan Medik UMS dianggotai seramai 30 peserta yang terdiri daripada 3 doktor perubatan, 3 pembantu perubatan, 6 jururawat dan selebihnya pemandu, pembantu pemandu dan sukarelawan.
Beliau turut berpesan agar semua peserta Medik UMS menjaga keselamatan dan kesihatan diri sepanjang 8 hari bertugas di Borneo Safari.
Untuk rekod, UMS 4WDVC telah dijemput untuk menjadi pasukan perubatan rasmi Borneo Safari sejak tahun 2014 dan terlibat memberikan konsultasi perubatan dan memantau pertandingan Special Stage (SS) serta bertindak merawat sebarang kecederaan yang berlaku terhadap peserta semasa pertandingan tersebut berlangsung.
Pasukan Medik UMS akan diketuai oleh Profesor Dr. Shahril Yusof, Presiden UMS 4WDVC yang juga bertindak sebagai Event Doctor Borneo Safari 2022.




KOTA KINABALU: Sebanyak 171 pelajar B40 di Sabah menerima surat tawaran melanjutkan pengajian ke Universiti Malaysia Sabah (UMS) melalui Ambilan Saluran Khas B40 UMS sesi akademik 2022/2023.
KOTA KINABALU: Para penyelidik Universiti Malaysia Sabah (UMS) terus menunjukkan pencapaian membanggakan apabila berjaya merangkul dua pingat emas, satu perak dan satu gangsa dalam penyertaan Malaysian Road Conference Invention & Innovation (MRC-IIE) 2022, baru-baru ini.
KOTA KINABALU: Universiti Malaysia Sabah (UMS) received a shot in the arm with RM2 million funding from the Sabah government to boost its research.