Pengumuman Daripada: Bahagian Sumber Manusia, Jabatan Pendaftar, UMS

 

Garis Panduan Pelaksanaan Pemberian Awal Award Wang Tunai Gantian Cuti Rehat Di Universiti Malaysia Sabah (.pdf)

 

 

SUBJEK :

📍 HEBAHAN PEMAKAIAN PEKELILING PERKHIDMATAN SUMBER MANUSIA PERSARAAN DAN FAEDAH PERSARAAN VERSI 1.0 (2022) DI UNIVERSITI MALAYSIA SABAH

📍PELAKSANAAN PEMBERIAN AWAL AWARD WANG TUNAI GANTIAN CUTI REHAT DI UNIVERSITI MALAYSIA SABAH

 

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera YBhg. Datuk/Prof./Dr./Tuan/Puan,

 

1. Sukacita dimaklumkan bahawa,  pemakaian Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia (PPSM) - Persaraan Dan Faedah Persaraan Versi 1.0 (2022) telah diluluskan oleh Lembaga Pengarah Universiti (LPU) Bil. 2/2022 (104) pada 28 Februari 2022. Kelulusan ini adalah berkaitan pengumpulan cuti rehat sehingga maksimum 160 hari dan penebusan awal award gantian cuti rehat (GCR) sebanyak 80 hari bagi kakitangan yag layak serta memenuhi syarat.

 

2. Sehubungan itu, dimajukan bersama ini infografik berkenaan pemakaian pekeliling dan syarat-syarat penebusan awal GCR. Turut dikongsikan adalah pautan kepada pekeliling dan garis panduan untuk rujukan selanjutnya:

 

✅ Garis Panduan dan Borang Pemberian Awal Award Wang Tunai Gantian Cuti Rehat

https://drive.google.com/drive/u/0/folders/1e51hqgC3OiRfFZIorvedpub30ILF1YuZ

 

✅ Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia (Pencen) versi 1.0 (tahun 2022)

https://docs.jpa.gov.my/docs/myppsm/PPSM/PP/pencen/

 

Kerjasama pihak YBhg. Datuk/Prof./Dr./Tuan/Puan adalah dipohon untuk memanjangkan hebahan ini di peringkat JAFPIB masing-masing.

 

Sekian, terima kasih.

 

Sebarang pertanyaan lanjut:

Unit Cuti dan Kehadiran, Seksyen Perkhidmatan

💻📨 e-mel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

🌶️📲 Hotline BSM: https://wa.me/6088329068

 

Pengumuman Daripada: Perpustakaan UMS

 

 

[2 HARI LAGI]: PROGRAM JOM BACA BERSAMA 10 MINIT TAHUN 2022

 

Assalamualaikum dan salam sejahtera Tuan/Puan,

 

Sertai kami dalam Program Jom Baca Bersama 10 Minit peringkat Universiti Malaysia Sabah bersempena dengan Program Cintai Ilmu Tahun 2022 yang akan diadakan pada ketetapan berikut:

 

🗓️ 21 April 2022 (Khamis)

🕥 10:20 Pagi

Medium penyertaan melalui 📲

Webex : https://bit.ly/jombaca2022

 

Sekiranya tidak dapat mengikuti secara langsung, penyertaan dilanjutkan secara offline melalui pautan berikut:

https://forms.gle/T2tKFCyKhXsR8x1A9

 

Live: FB Perpustakaan Universiti Malaysia Sabah & FB Universiti Malaysia Sabah

 

Semua dijemput hadir. Terima kasih😀

 

#JomBaca2022

#BangkitBacaSyukur

#MalaysiaMembaca

#SabahMembaca

#UMSMembaca

#ProgramCintaiIlmu2022

#PerpustakaanUMS