Pengumuman Daripada: Perpustakaan UMS 

 

Anda bakal graduan?
Perpustakaan UMS kini menggunakan aplikasi Boost untuk memudahkan anda membuat pembayaran denda.
Sila rujuk kaedah penggunaan aplikasi Boost seperti yang dipaparkan.
Sebarang pertanyaan sila hubungi WhatsApp kami ditalian 088-320232.
 
P/S: Jangan lupa juga untuk mengembalikan buku yang dipinjam untuk mengelakkan anda membuat bayaran ganti rugi ?
Sekian terima kasih.☺

 

Pengumuman Daripada: Pusat Islam UMS

 

Assalamualaikum wbt.
HEBAHAN PROGRAM USRAH NURANI SIRI 1/2021 ANJURAN BERSAMA SEKRETARIAT HELWA PIUMS & BIRO HAL EHWAL AGAMA DAN KEBAJIKAN KESUMBA
?Tajuk: AURAT WANITA...TANGGUNGJAWAB SIAPA?
?Penceramah: DR. SARIP ADUL, PENGARAH PUSAT ISLAM UMS
? Tarikh : 20 Januari 2020 (Rabu)
⏰ Masa : 9.00 Pagi – 10.30 Pagi
? Tempat : Melalui Kaedah Atas Talian (http://ums-edu-my.webex.com/meet/pusatislam)
✅Terbuka untuk semua
✅ E-Sijil
✅Mata IDP/MySDP disediakan
 
LAYARI LAMAN WEB PUSAT ISLAM UNIVERSITI MALAYSIA UNTUK MAKLUMAT PROGRAM-PROGRAM YANG DIANJURKAN DI www.ums.edu.my/piums

 

Pengumuman Daripada: Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi

Dimaklumkan bahawa capaian ke Sistem SmartV3 E-Learning UMS akan mengalami sedikit gangguan sementara disebabkan kerja-kerja penyelenggaraan pelayan di Pusat Data JTMK. Penyelenggaraan dijalankan mengikut ketetapan berikut:

Tarikh : 19 Januari – 20 Januari 2021
Masa : 9.00 Malam (19 januari 2021) Hingga 7.00 Pagi (20 Januari 2021)
Lokasi : Pusat Data, JTMK

Segala kesulitan amat kami kesali.

Peringatan daripada JTMK:

1. Atas isu keselamatan, sila abaikan emel yang meminta Password Webmail UMS anda.
2. Sila berhubung dengan Pihak JTMK jika tidak pasti kesahihan email berkenaan.

 

Pengumuman Daripada: Pusat Kecemerlangan Pengajaran Dan Kualiti Akademik (PKPKA)

PEMAKLUMAN: Pejabat Pusat Kecemerlangan Pengajaran dan Kualiti Akademik telah beroperasi sepenuhnya di Aras 6, Blok Utara, Bangunan Canselori  bermula 19 Januari 2021. Walau bagaimanapun sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), semua perkhdmatan berkaitan adalah secara atas talian /virtual sahaja.