Pengumuman Daripada: Jabatan Teknologi Maklumat & Komunikasi

 

Dimaklumkan bahawa capaian ke beberapa sistem aplikasi UMS di tutup sementara bagi memberi ruang kepada kerja-kerja penyelenggaraan pelayan di Pusat Data JTMK. Penyelenggaraan dijalankan mengikut ketetapan berikut:

Tarikh : 14-15 Januari 2021 (Khamis-Jumaat)
Masa   : 8.00 Malam – 7.00 pagi
Lokasi : Pusat Data, JTMK

Sistem Aplikasi yang terlibat :

  1. Portal Web UMS
  2. UMS Live Helper
  3. Sistem OER
  4. Sistem Kukuro
  5. Website Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi
  6. Website Fakulti Komputer Informatik


Segala kesulitan amat kami kesali.

 

Peringatan daripada JTMK:

  1. Atas isu keselamatan, sila abaikan emel yang meminta Password Webmail UMS anda.
  2. Sila berhubung dengan Pihak JTMK jika tidak pasti kesahihan email berkenaan.

Pengumuman Daripada: Bahagian Perkhidmatan Akademik

 

YBrs. Prof. Datuk Dr./Prof. Dr./Prof. Madya Dr./Dr./Tuan/Puan,  

 

MAKLUMAN KALENDAR TAKWIM AKADEMIK BAGI PROGRAM PENGAJIAN DIPLOMA DAN PROGRAM PENGAJIAN IJAZAH SARJANA MUDA (PRASISWAZAH) SESI AKADEMIK 2021/2022

 

Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.

 

Sukacita dimaklumkan bahawa Kalendar Takwim Akademik Sesi 2021/202 boleh dilayari dan dicetak melalui laman web berikut:-

DIPLOMA
http://bpa.ums.edu.my/index.php/ms/pelajar-semasa/takwim-akademik/sesi-2021-2022

PRASISWAZAH
http://bpa.ums.edu.my/index.php/ms/pelajar-semasa/takwim-akademik/prasiswazah-sesi-2021-2022

 

Sebarang pertanyaan berhubung dengan Kalendar Takwim ini bolehlah berhubung terus dengan En. Gahzali Bin Nurillah, melalui emel Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. dan Pn. Ramni Awang, emel Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya..

 

Sekian, terima kasih.