Pengumuman Daripada : Pusat Penyelidikan Dan Inovasi
Subjek : Pelawaan Cadangan Projek Geran; Digital Society Research Grant (DSRG)
Pegawai Dihubungi : Urusetia Penyelidikan (103145)
Y.Bhg. Prof./Datuk/Datin/Dr./Tuan/Puan,
PELAWAAN CADANGAN PROJEK; DIGITAL SOCIETY RESEARCH GRANT (DSRG)
Dengan hormatnya perkara tersebut di atas adalah dirujuk.
Sukacita dimaklumkan bahawa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah membuat pelawaan cadangan projek di bawah geran Digital Society Research Grant (DSRG) yang telah mula dibuka pada 3 Julai 2020. Objektif bagi geran ini ditawarkan adalah untuk membangunkan asas yang diperlukan untuk mempromosikan dan meningkatkan pemahaman berhubung faktor-faktor yang boleh mempengaruhi penggunaan dan menyumbang kepada penggunaan teknologi serta perkhidmatan digital dengan berdasarkan focus area yang ditetapkan.
Sehubungan itu Y.Bhg. Prof./Datuk/Datin/Dr./Tuan/Puan adalah dipelawa untuk membuat permohonan berdasarkan takwim dan butiran seperti yang dinyatakan di jadual berikut;
DIGITAL SOCIETY RESEARCH GRANT (DSRG)
BIL | PERKARA/ TINDAKAN PEMOHON | PAUTAN/ RUJUKAN | TARIKH |
1 | Memuat turun Garis Panduan dan Borang Permohonan DSRG | https://www.mcmc.gov.my/en/grants/digital-society-research-grant-2020-call-for-propo
Hard copy turut dilampirkan bersama pelawaan ini | Bermula 3 Julai 2020 |
2 | Mengemukakan permohonan kepada pihak SKMM, melalui emel; - Soft copy - Tajuk emel : DSRG Research Proposal | Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. | Bermula 3 Julai 2020 Sehingga 31 Disember 2020 |
3 | Penilaian Teknikal oleh SKMM setiap | Urus Setia SKMM | Setiap dua (2) bulan sekali. |
4 | Tempoh Maklumbalas oleh SKMM | Urus Setia SKMM | Satu (1) minggu selepas penilaian |
Pihak PPPI juga memohon jasa baik dan kerjasama Y.Bhg. Prof./Datuk/Datin/Dr./Tuan/Puan agar dapat memanjangkan pelawaan ini kepada kumpulan akademik di fakulti/ pusat/ institut masing-masing.
Segala komitmen dan kerjasama Y.Bhg. Prof./Datuk/Datin/Dr./Tuan/Puan berhubung perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
Sekian, dan terima kasih.
Daripada;
PUSAT PENGURUSAN PENYELIDIKAN DAN INOVASI