Pengumuman Daripada: Pusat Pengurusan Penyelidikan Dan Inovasi
Subjek: Makluman Penggunaan Aplikasi Whatsapp Pusat Pengurusan Penyelidikan Dan Inovasi (PPPI) Secara Rasmi

Y.Bhg. Prof./Datuk/Datin/Dr./Tuan/Puan,

MAKLUMAN PENGGUNAAN APLIKASI WHATSAPP PUSAT PENGURUSAN PENYELIDIKAN DAN INOVASI (PPPI) SECARA RASMI.

Dengan hormatnya saya ingin merujuk kepada perkara di atas.

  1. Sukacita dimaklumkan bahawa pihak PPPI kini telah mula menguatkuasakan penggunaan sistem aplikasi WHATSAPP secara rasmi bagi tujuan urusan dan hal ehwal berkaitan kaunter perkhidmatan dan fungsian utama PPPI khususnya berhubung penyelidikan dan inovasi.
  2. Sehubungan dengan itu, Y.Bhg. Prof./Datuk/Datin/Dr./Tuan/Puan dengan ini dialu-alukan untuk menghubungi pihak PPPI melalui aplikasi Whatsapp ini berdasarkan butiran berikut;

WHATSAPP: 088-320 127

WAKTU BEROPERASI: 9:00 PAGI - 3:00 PETANG (HARI BEKERJA)

  1. Walau bagaimanapun, waktu operasi bagi kaunter perkhidmatan PPPI masih berjalan seperti biasa iaitu;

KAUNTER PERKHIDMATAN: PEJABAT PPPI

WAKTU BEROPERASI

: ISNIN - KHAMIS
8:30 pagi - 12:30 tengahari
2:00 petang - 4:30 petang

: JUMAAT
8:30 pagi - 11:30 pagi
2:00 petang - 4:30 petang

Bersama ini disertakan poster aplikasi Whatsapp berkenaan untuk perhatian Y.Bhg. Prof./Datuk/Datin/Dr./Tuan/Puan, dan kerjasama Y.Bhg. Prof./Datuk/Datin/Dr./Tuan/Puan berhubung perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian.

Daripada;

PUSAT PENGURUSAN PENYELIDIKAN DAN INOVASI

Pengumuman Daripada: Bahagian Sumber Manusia, Jabatan Pendaftar
Subjek: Pemakluman Sistem Hronline Ver4.0 Telah Dibaikpulih

Adalah dimaklumkan bahawa, Sistem Hronline Ver4.0 (https://registrar.ums.edu.my) telah dibaikpulih dan kini telah beroperasi semula seperti biasa berkuatkuasa mulai pada 14 Julai 2020 (Selasa), jam 7.30 Pagi.

Sehubungan itu, masalah teknikal Sistem Kehadiran Universiti (STARS) dan Sistem Kehadiran Bahagian Kesalamatan (SKBK) bagi ketidakpatuhan kehadiran pada 13/7/2020 (Isnin) akan terbatal secara automatik.

Segala kesulitan amatlah dikesali.

Sekian dimaklumkan dan terima kasih.

Pengumuman Daripada: Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi
Subjek: Pelawaan Cadangan Projek:

  1. Global Effort On COVID-19 (GECO) Health - Call Specification
  2. UKRI GCRF/ NEWTON Fund Agile Response Call To Address COVID-19

Pegawai Dihubungi: Urusetia Penyelidikan (103145)

Y.Bhg. Prof./Datuk/Datin/Dr./Tuan/Puan,

Dengan hormatnya saya ingin merujuk kepada perkara di atas.

  1. Sukacita dimaklumkan bahawa National Institute fpr Health Research (NIHR) dan UK Research and Innovation (UKRI) telah mempelawa negara-negara membangun untuk mengemukakan cadangan projek tersebut di atas. Objektif bagi projek (1) di atas adalah bagi memahami wabak dan mengurangkan kesan dari sudut kesihatan dalam konteks negara berpendapatan rendah dan sederhana. Manakala objektif bagi projek (2) adalah bagi menangani dan mengurangkan kesan dari sudut kesihatan, sosial, ekonomi, budaya dan persekitaran Covid-19.
  2. Sehubungan dengan itu Y.Bhg. Prof./Datuk/Datin/Dr./Tuan/Puan adalah dipelawa untuk menyertai projek di atas berdasarkan penjadualan yang ditetapkan seperti berikut;

GLOBAL EFFORT ON COVID-19 (GECO) HEALTH - CALL SPECIFICATION

BIL

PERKARA/ TINDAKAN PEMOHON

PAUTAN/DOKUMEN

TARIKH

1

Melengkapkan borang Permohonan

Borang permohonan dilampirkan

Sebelum

10 Ogos 2020

Atau

28 September 2020

2

Menghantar borang permohonan

-       Dalam bentuk PDF (1 fail sahaja)

Mohon rujuk kertas pelawaan untuk syarat tambahan penyediaan dokumentasi permohonan.

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya..


UKRI GCRF/ NEWTON FUND AGILE RESPONSE CALL TO ADDRESS COVID-19

BIL

PERKARA/ TINDAKAN PEMOHON

PAUTAN/DOKUMEN

TARIKH

1

Melengkapkan borang Permohonan

Borang permohonan dilampirkan

Sebelum

31 Julai 2020

2

Menghantar borang permohonan

-       Dalam bentuk PDF (1 fail sahaja)

Mohon rujuk kertas pelawaan untuk syarat tambahan penyediaan dokumentasi permohonan.

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.  


Perhatian dan kerjasama Y.Bhg. Prof./Datuk/Datin/Dr./Tuan/Puan berhubung perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian, dan terima kasih.

GLOBAL EFFORT ON COVID-19 [GECO] (.pdf)

UKRI GCRF NEWTON FUND AGILE TO COVID-19 (.pdf)

GCRF Newton Fund - COVID-19 call Proposal Form V2 (.docx)

GECO_application_form (.docx)

Daripada;

PUSAT PENGURUSAN PENYELIDIKAN DAN INOVASI

Pengumuman Daripada: Pusat Pengurusan Penyelidikan & Inovasi
Subjek: Jemputan Menyertai Sesi Perkongsian Ilmu Dalam Penerbitan Jurnal Berimpak Bertajuk Secrets Of Good Scientific Paper Writing And Successful Publishing, Siri 2 Universiti Malaysia Sabah Secara Atas Talian

Y.Bhg. Prof./Datuk/Datin/Dr./Tuan/Puan,

JEMPUTAN MENYERTAI SESI PERKONGSIAN ILMU DALAM PENERBITAN JURNAL BERIMPAK BERTAJUK SECRETS OF GOOD SCIENTIFIC PAPER WRITING AND SUCCESSFUL PUBLISHING, SIRI 2 UNIVERSITI MALAYSIA SABAH SECARA ATAS TALIAN.

Dengan segala hormat perkara di atas adalah dirujuk.

  1. Adalah dimaklumkan bahawa, Sesi Perkongsian Ilmu Dalam Penerbitan Jurnal Berimpak, UMS bertajuk Secrets of Good Scientific Paper Writing and Successful Publishing, Siri 2 yang akan disampaikan oleh speaker jemputan iaitu YBhg. Prof. Dato’ Ir. Dr. Abdul Rahman Mohamed, FASc., Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) Universiti Sains Malaysia, akan diadakan pada ketetapan berikut;

Tarikh: 17 Julai 2020 (Jumaat)
Masa: 10:00 pagi - 12:00 tengahari
Kaedah: Cisco Webex melalui pautan: https://ums-edu.webex.com/ums-edu/j.php?MTID=mf67ca9993a53e7f5b7b9bc622964a208

  1. Sehubungan itu, pihak PPPI dengan segala hormatnya menjemput YBrs. Prof. Datuk/ Prof./ Prof.Madya Dr./ Dr./ Tuan/ Puan untuk bersama-sama menyertai sesi perkongsian tersebut di atas. Kerjasama YBrs. Prof. Datuk/ Prof./ Prof. Madya Dr./ Dr./ Tuan/ Puan juga adalah dipohon agar dapat mewar-warkan jemputan ini kepada kumpulan kakitangan akademik di bawah seliaan masing-masing.
  2. Sekiranya pihak YBrs. Prof.Datuk/ Prof./ Prof.Madya Dr./ Dr./ Tuan/ Puan mempunyai sebarang soalan berkaitan dengan tajuk sesi perkongsian yang ingin diajukan kepada speaker berkenaan, mohon agar pihak YBrs. Prof.Datuk/ Prof./ Prof.Madya Dr./ Dr./ Tuan/ Puan dapat mengemukakannya kepada pihak urusetia iaitu Pn. Alizah Fadzlur melalui emel Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.  sebelum atau selewat-lewatnya pada 14 Julai 2020 (Selasa).
  3. Kerjasama YBrs. Prof.Datuk/ Prof./ Prof.Madya Dr./ Dr./ Tuan/ Puan, dalam perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian.

Yang ikhlas,

PUSAT PENGURUSAN PENYELIDIKAN DAN INOVASI

 

Pengumuman Daripada: Bahagian Sumber Manusia, Jabatan Pendaftar
Subjek: Pemakluman Gangguan Capaian Sistem Hronline Ver4.0

Tarikh: 13 Julai 2020 (Isnin)

Masa: Bermula 7.30 Pagi

Dimaklumkan bahawa, terdapat gangguan capaian ke Sistem Hronline Ver4.0 (https://registrar.ums.edu.my) menyebabkan semua fungsi dan aplikasi (STARS, SKB, LNPT, dan lain-lain) dalam sistem berkenaan tidak dapat digunakan buat masa ini.

Pihak teknikal dalam proses untuk memperbaiki masalah tersebut dan pemakluman dari masa ke semasa berhubung perkara ini akan dimaklumkan kepada semua pengguna.

Segala kesulitan amatlah dikesali.

Sekian dan terima kasih.