PENGUMUMAN DARIPADA: FAKULTI PERUBATAN DAN SAINS KESIHATAN (FPSK) UMS
SUBJEK: UCAPAN SALAM RAMADHAN & SELAMAT HARI RAYA FPSK 2019
 
Ucapan Salam Ramadhan & Selamat Hari Raya Aidilfitri 2019
Daripada: Dekan, Pengurusan & Warga Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan kepada seluruh warga UMS. Maaf Zahir & Batin

PENGUMUMAN DARIPADA: BAHAGIAN PENTADBIRAN DAN GOVERNAN, JABATAN PENDAFTAR
SUBJEK: GARIS PANDUAN PENGGUNAAN LOGO JUBLI PERAK (25 TAHUN) UMS
 
YBhg. Prof./Tuan/Puan,
 
PEMAKLUMAN GARIS PANDUAN PENGGUNAAN LOGO JUBLI PERAK (25 TAHUN) UMS
 
Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.
 
2.   Seperti dimaklumi, Pusat Pengurusan Strategik dan Komunikasi Korporat melalui surat nombor rujukan UMS/PPSKK1.5.1/100-16/1/5 bertarikh 21 Disember 2018 telah memaklumkan berkenaan Garis Panduan Penggunaan Logo Jubli Perak (25 Tahun) UMS.
 
3.  Sehubungan itu, Logo Jubli Perak UMS hendaklah digunakan dalam kepala surat rasmi serta semua bahan bercetak dan digital mengikut kesesuaian.
 
4.   Bersama ini disertakan Garis Panduan Logo Jubli Perak (25 tahun) UMS dan Pekeliling Pendaftar Bil. 10 Tahun 2018 untuk rujukan pihak YBhg. Prof./Tuan/Puan selanjutnya.
 
Segala perhatian dan kerjasama pihak YBhg. Prof./Tuan/Puan dalam perkara ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
 
Sekian.
 
Yang ikhlas,
 
[Surat ini adalah cetakan komputer dan tidak memerlukan tandatangan]
ZAIDIE @ MOHD ZAIDIE BIN ADILAI 
Ketua 
Bahagian Pentadbiran dan Governan 
 
No. Telefon : 088320000 Samb. 1034
Alamat E-mel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
 

PENGUMUMAN DARIPADA: JABATAN PEMBANGUNAN DAN PENYELENGGARAAN
SUBJEK: MAKLUMAN GANGGUAN BEKALAN AIR DI KAMPUS INDUK, UNIVERSITI MALAYSIA SABAH
PEGAWAI DIHUBUNGI: EN. MOHD ARI NAZRUL BIN ABDUL RAHMAN, TIMB KETUA JURUTERA KANAN, JPP. TALIAN EXT: 8989
 
Dimaklumkan kepada semua warga UMS bahawa terdapat ganguan bekalan sumber air untuk seluruh Kampus Induk Kota Kinabalu sejak kelmarin sehinggalah hari ini. Pemeriksaan & pemantauan pihak JPP sepanjang awal pagi ini mendapati, air yang dibekalkan oleh pihak Jabatan Bekalan Air Negeri Sabah (JANS) sangat minimum. Pemantauan bermula awal pagi ini mendapati, paras air pada takat 0 di tangki Jabatan Air.
 
Aduan telah dibuat oleh pihak JPP kepada pihak Jabatan Air berkaitan perkara ini, namun dimaklumkan bahawa, Ketiadaan air juga dialami oleh kawasan sekitar lain berhampiran UMS termasuk Kingfisher, Alam Mesra, Hospital Likas dan Sulaman. Pihak JPP dalam proses untuk mencari sumber alternatif untuk membekalkan air di tempat-tempat yang kritikal.
 
Segala kesulitan amatlah dikesali. Sebarang pertanyaan lanjut boleh berhubung terus kepada En. Mohd Ari Nazrul Bin Abdul Rahman, Timb Ketua Jurutera Kanan, JPP ditalian ext: 8989.
 

 

 
 
 

PENGUMUMAN DARIPADA: JAWATANKUASA INDUK PROMOSI EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA) UNIVERSITI MALAYSIA SABAH
SUBJEK: UMS KE ARAH PENSIJILAN SEMULA EKSA 2019
PEGAWAI DIHUBUNGI: ENCIK SAMSUIDIN NURDIN (013-854 7078) CIK NUR AMIR AZLIN BT AMIR (013-818 6261) PUAN NURUL IZZA BINTI MD NORDIN (013-850 0362) EN RAHMAT KASMIN (013-8540362)