PENGUMUMAN DARIPADA : JABATAN BENDAHARI UMS
SUBJEK : VERIFIKASI DAN PENDAFTARAN PERKAKASAN GERAN BRING YOUR OWN DEVICE (BYOD)
PEGAWAI DIHUBUNGI: SEKSYEN PERKHIDMATAN KAKITANGAN
 
Y.Bhg Prof/ Datuk/ Datin/Dr/ Tuan/puan,
 
Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
 
2.         Merujuk kepada Garis Panduan Pelaksanaan Geran BYOD serta surat tawaran geran,  perkakasan BYOD serta bukti pembelian Perkakasan BYOD termasuk resit asal, salinan invois dan salinan waranti hendaklah diserahkan  kepada pihak Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (JTMK) bagi pengesahan teknikal perkakasan BYOD dalam tempoh satu (1) bulan dari tarikh geran BYOD diterima bagi tujuan memastikan peranti yang digunakan mempunyai kawalan keselamatan dan direkodkan. 
 
3.         Sekiranya penerima geran gagal mengemukakan perkakasan serta dokumen-dokumen berkaitan dalam tempoh tersebut, maka kemudahan Pembiayaan BYOD tersebut akan dianggap sebagai terbatal dan dengan itu, penerima geran dikehendaki membayar semula (reimburse) kemudahan Pembiayaan BYOD tersebut kepada Universiti secara sekali gus. 
 
4.         Kegagalan untuk membayar semula (reimburse) yang berkenaan akan serta-merta memberikan hak kepada Universiti melalui Jabatan Bendahari UMS, tanpa perlu memberi notis terlebih dahulu kepada penerima geran untuk mengambil langkah-langkah bagi mendapatkan pembayaran semula (reimbursement) yang berkenaan, termasuk dan tidak terhad kepada penahanan dan/atau pemotongan gaji dan/atau elaun bulanan sehinggalah kesemua jumlah Kemudahan Pembiayaan BYOD tersebut dibayar semula sepenuhnya kepada Universiti;
 
5.         Sehubungan itu, kerjasama semua penerima geran BYOD adalah dipohon untuk membuat verifikasi dan pendaftaran perkakasan di kaunter helpdesk, JTMK selewat-lewatnya pada 30 April 2019 (Selasa).
Pertanyaan lanjut berkaitan isu ini bolehlah berhubung melalui emel  di alamat: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
 
Sekian, terima kasih.  

PENGUMUMAN DARIPADA : PUSAT PERUMAHAN PELAJAR DAN HOSPITALITI
SUBJEK: SEMINAR KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN DI KOLEJ KEDIAMAN SEMPENA SAMBUTAN HARI OSH SEDUNIA PERINGKAT UNIVERSITI MALAYSIA SABAH
 
Salam sejahtera,
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
 
2.       Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Perumahan Pelajar & Hospitaliti (PPPH) akan menganjurkan Seminar Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Di Kolej Kediaman Sempena Sambutan Hari OSH Sedunia Peringkat Universiti Malaysia Sabah yang akan diadakan pada 30 April 2019 (Selasa).
 
3.       Sehubungan itu, pihak kami memohon agar dapat membuat hebahan kepada semua warga UMS menerusi emel. Bersama ini dilampirkan poster hebahan untuk dihebahkan.
 
Segala kerjasama dan perhatian Tuan/Puan dalam perkara ini amatlah kami harapkan dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian, terima kasih.