PENGUMUMAN DARIPADA: JABATAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI
SUBJEK: MAKLUMAN PENAMATAN SEWAAN TALIAN IPVPN UMS
 
 
 
Dimaklumkan bahawa talian IPVPN tersebut akan ditamatkan Secara rasminya pada 30 April 2019 :
1. Talian IPVPN Kampus Antarabangsa UMSKAL ke Kampus Induk UMS.
2. Talian IPVPN Kolej Sri Angkasa ke Kampus Induk UMS.
3. Talian IPVPN Kolej Taman Kingfisher ke Kampus Induk UMS.
4. Talian IPVPN Kolej Taman Mutiara, Labuan ke Kampus Induk UMS.
5. Talian IPVPN Kolej Usia 1 Borneo ke Kampus Induk UMS.
6. Talian IPVPN Pusat Dialisis, Kingfisher ke Kampus Induk UMS.
7. Talian IPVPN Poliklinik UMS ke Kampus Induk UMS.
 
Sehubungan itu, capaian akses sistem dalaman UMS akan dilakukan secara Online melalui capaian Internet di lokasi yang tertera.

PENGUMUMAN DARIPADA : PUSAT PENGURUSAN ECOCAMPUS 
SUBJEK : MAKLUMAN BENGKEL KEMAHIRAN HASIL KRAFTANGAN KITAR SEMULA UMS
 
Sukacitanya dimaklumkan bahawa Pusat Pengurusan EcoCampus bersama Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Sesi 2018/2019 ( Exco Kebajikan dan Khidmat Mahasiswa ) akan menganjur bersama Bengkel Kemahiran Hasil Kraftangan Kitar Semula UMS seperti informasi di dalam poster yang dilampirkan.
 

PENGUMUMAN DARIPADA : FAKULTI SAINS MAKANAN DAN PEMAKANAN
SUBJEK : JEMPUTAN KE PAMERAN DAN PERTANDINGAN PERKEMBANGAN HASIL MAKANAN FSMP 2019
 
Jemputan ke Pameran dan Pertandingan Perkembangan Hasil Makanan FSMP 2019 dengan kerjasama Korporasi Pembangunan Desa (KPD)
 
 
Tarikh: 26 April 2019 (Jumaat)
Masa : 8.30 pagi - 12.30 tengahari
Tempat : Foyer Fakulti Sains Makanan dan Pemakanan
 
Aktiviti : Pameran hasil produk makanan berasaskan cendawan yang dibangunkan oleh pelajar FSMP.