PENGUMUMAN DARIPADA:     SEKSYEN KUALITI JABATAN BENDAHARI
PEGAWAI DIHUBUNGI:     HAJI FIRDAUS ABDULLAH Ext: 1333 /YUSLINAH ALMUDDIN Ext: 1443 / NOOR RAZILAH ABDUL RAHMAN Ext: 4183
SUBJEK:     PROSEDUR TERKINI BAGI MS ISO 9001:2008 SISTEM PENGURUSAN HARTA BENDA UMS
 
PROSEDUR TERKINI BAGI MS ISO 9001:2008 SISTEM
PENGURUSAN HARTA BENDA UMS
 
YBrs. Prof. / Dr. / Tuan / Puan,
 
Adalah dimaklumkan bahawa, dokumen bagi Prosedur-Prosedur MS ISO 9001:2008 Sistem Pengurusan Harta Benda UMS telah dikemaskini mengikut perubahan dan garis panduan semasa universiti. Pihak YBrs. Prof. / Dr. / Tuan / Puan bolehlah memuat turun prosedur tersebut pada pautan http://www.ums.edu.my/msiso/harta_benda_2017/untuk simpanan serta rujukan JFPIU masing-masing.
 
Ini adalah sebagai persediaan memastikan UMS mematuhi dan mengamalkan Sistem Pengurusan Kualiti mengikut standard MS ISO 9001:2008 bagi skop Sistem Pengurusan Harta Benda UMS. .
 
Kerjasama dan komitmen daripada pihak JFPIU dalam hal ini amat dihargai.
 
Sekian dan terima kasih.
 

PENGUMUMAN DARIPADA:      PUSAT PENYELIDIKAN DAN INOVASI (PPI)
PEGAWAI DIHUBUNGI:      URUS SETIA PENYELIDIKAN , samb; 613826/613808/613802
SUBJEK:     MAKLUMAN PERMOHONAN UNTUK MENDAPATKAN GERAN BANTUAN PENYELIDIKAN PASCASISWAZAH (UMSGreat) FASA 2/2017

Assalamualaikum w.b.t. & Salam Sejahtera.
 
Y.Bhg. Prof./Datuk/Datin/Dr./Tuan/Puan,
 
Sebagaimana yang Y.Bhg. Prof./Datuk/Datin/Dr./Tuan/Puan telah sedia maklum, permohonan untuk Geran Bantuan Penyelidikan Pascasiswazah (UMSGreat) Fasa 2/2017 telahpun dibuka bermula pada 21 Ogos 2017 (Isnin).
 
Sehubungan itu, jasa baik Y.Bhg. Prof./Datuk/Datin/Dr./Tuan/Puan adalah dipohon untuk mengemukakan permohonan mengikut format yang diberikan, dan mengemukakan permohonan yang telah lengkap kepada Pusat Penyelidikan dan Inovasi (PPI) dalam tempoh tiga (3) minggu atau pada 15 September 2017 (Jumaat).
 
Disertakan bersama ialah Garis Panduan UMSGreat berserta borang permohonan untuk rujukan dan perhatian Y.Bhg. Prof./Datuk/Datin/Dr./Tuan/Puan. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, pihak Urus Setia (u.p.: Pn. Zainoriah Matnoor / Cik Norshaniera Stee) bolehlah dihubungi di talian telefon (samb.) 613826 / 613808.
 
Sekian, terima kasih.