Pengumuman Daripada: Jabatan Pendaftar, UMS
Subjek: Pekeliling Pendaftar Bil. 12 Tahun 2017: Penguatkuasaan waktu bekerja bukan pejabat perintah-perintah am bab G
 
Y.Brs. Prof./Datin/Dr./Tuan/Puan,
 
PEKELILING PENDAFTAR BIL. 12 TAHUN 2017: PENGUATKUASAAN WAKTU BEKERJA BUKAN PEJABAT PERINTAH-PERINTAH AM BAB G
 
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
 
2.       Bersama ini disertakan Pekeliling Pendaftar Bilangan 12 Tahun 2017 yang jelas maksudnya mengenai perkara tersebut di atas untuk makluman dan tindakan lanjut pihak Y.Brs. Prof./Datin/Dr./Tuan/Puan.
 
3.       Mohon perkara ini dimaklumkan kepada semua kakitangan di J/F/P/I/U/B masing-masing. Pekeliling tersebut boleh dicapai melalui laman web Jabatan Pendaftar (http://www.ums.edu.my/pendaftar/).
 
Segala perhatian dan kerjasama dari pihak Y.Brs. Prof./Datin/Dr./Tuan/Puan, dalam perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Pengumuman Daripada: Pusat Islam UMS
Subjek: Jemputan Ke Majlis Sambutan Aidiladha Dan Ibadah Korban Peringkat Universiti Malaysia Sabah 1438H/2017M
ATURCARA
SOLAT SUNAT AIDILADHA
PERINGKAT UNIVERSITI MALAYSIA SABAH 1438H/2017M
TARIKH   :  1HB SEPTEMBER 2017 (JUMAAT)
                                    TEMPAT :  MASJID UMS
 
6.30 pagi: Ketibaan Jemaah
6.45 pagi: Ketibaan Pegawai-pegawai Kanan/Utama Universiti     
7.15 pagi: Ketibaan YBrs. Prof. Dr. D. Kamarudin D Mudin, Naib Canselor UMS
7.30 Pagi: Taklimat Solat Sunat Aidiladha
                : Solat Sunat Aidiladha & Khutbah
                : Bersurai
 
ATURCARA
 PELAKSANAAN IBADAH QURBAN DAN JAMUAN AIDILADHA
PERINGKAT UNIVERSITI MALAYSIA SABAH 1438H/2017M
TARIKH   :  1HB  SEPTEMBER 2017 (JUMAAT)
TEMPAT :  PERKARANGAN MASJID UMS
 
                                                8.30 pagi: Ketibaan Petugas/Pemilik Qurban/Media
                                                               : Ketibaan Pegawai-pegawai Kanan/Utama Universiti  
                                                               : Ketibaan YBrs. Prof. Dr. D. Kamarudin D Mudin, Naib Canselor UMS   
                                                9.00 pagi: Jamuan/Sarapan Pagi
                                                               : Acara penyembelihan dimulakan
                                                               : Gotong-royong pelapahan
                                                               : Agihan daging qurban
                                                11.30 pagi: Jamuan Aidiladha
                                                12.30 tghr: Solat Jumaat
                                                    1.30 ptg: Majlis dijangka selesai
 
 

PENGUMUMAN DARIPADA:     JABATAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI, UMS
SUBJEK:     SOAL SELIDIK PERKHIDMATAN TANPA WAYAR, KAMPUS INDUK UNIVERSITI MALAYSIA SABAH
 
Perkhidmatan rangkaian tanpa wayar telah selesai dinaiktaraf di Jabatan/Fakulti/Pusat/Institut/Unit dan Dewan-dewan Kuliah kampus Induk Universiti Malaysia Sabah. Sehubungan dengan itu, kajian prestasi perkhidmatan rangkaian oleh semua pengguna adalah diperlukan Soal selidik perkhidmatan rangkaian tanpa wayar kampus boleh dicapai melalui URL berikut :
 
Terima kasih atas perhatian dan kerjasama yang diberikan.
  • Pegawai dihubungi: En Kamis Yusof samb. 613043
 

Pengumuman daripada          : Pusat Penyelidikan dan Inovasi (PPI)
Pegawai Dihubungi                : Urus Setia Penyelidikan, samb; 613825/613808/613802
Subjek                                     : Jemputan untuk mengemukakan permohonan bagi projek penyelidikan dibawah kerjasama teknikal dalam bidang sains dan teknologi antara kerajaan Malaysia dengan kerajaan Jepun bagi tahun kewangan 2018
 
Assalamualaikum w.b.t. dan Salam Sejahtera.
 
Y.Bhg. Prof./Datuk/Datin/Dr./Tuan/Puan,
 
Sukacita dimaklumkan bahawa Kerajaan Jepun telah memanjangkan permohonan kepada Kerajaan Malaysia untuk menyertai kerjasama teknikal dalam bidang sains dan teknologi bagi tahun kewangan 2018. Program ini diadakan adalah bertujuan untuk mewujudkan platform kerjasama antarabangsa di kalangan negara-negara membangun bagi menangani isu global dalam bidang tersebut. 
 
Sehubungan itu, Y.Bhg. Prof./Datuk/Datin/Dr./Tuan/Puan adalah dijemput untuk mengemukakan permohonan bagi projek penyelidikan di bawah kerjasama teknikal tersebut kepada PPI sebelum atau pada 13 September 2017 (Rabu). Disertakan bersama perkara-perkara seperti berikut untuk makluman dan tindakan Y.Bhg. Prof./Datuk/Datin/Dr./Tuan/Puan:
 
  1. surat makluman pembukaan permohonan SATREPS;
  2. borang permohonan (Lampiran A); dan
  3. Garis Panduan Kerjasama Teknikal (Needs Survey Guidance) SATREPS (Lampiran B).
 
Jasa baik Y.Bhg. Prof./Datuk/Datin/Dr./Tuan/Puan adalah dipohon untuk mengemukakan satu (1) soft copy dalam format .pdf dan dua (2) hard copy kepada PPI bagi permohonan yang telah lengkap diisi.
 
Sekian, terima kasih.

PENGUMUMAN DARIPADA: FAKULTI KOMPUTERAN DAN INFORMATIK
SUBJEK: CERAMAH : HOW TO DO HIGH IMPACT SATELLITE INTERNET RESEARCH
 
Sukacita dimaklumkan bahawa Fakulti Komputeran dan Informatik akan mengadakan TALK : HOW TO DO HIGH IMPACT SATELLITE INTERNET RESEARCH  pada bulan September ini. Sasaran Talk yang dianjurkan ni adalam semua Kakitangan Akademic, Postgraduate & Undergraduate Student.  
 
Tarikh: 7 September 2017 (Khamis)
Masa: 10-11 am
Lokasi: Bilik Seminar Fakulti Komputeran dan Informatik