Pengumuman Daripada
: Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi
Subjek
: Panduan Pengaktifan SmartLogin (Auto-Login) Pada Rangkaian WIFI UMS-STAFF Kampus Induk UMS
 
Panduan Pengaktifan SmartLogin (Auto-Login) Pada Rangkaian WIFI UMS-STAFF Kampus Induk UMS
 
Rangkaian WIFI UMS-STAFF Kampus Induk UMS dilengkapi fungsi SmartLogin (Auto-Login) bagi membolehkan Notebook, Smartphone dan Tablet anda Auto-Login melalui rangkaian WIFI UMS-STAFF. Namun begitu, fungsi SmartLogin tersebut perlu diaktifkan terlebih dahulu pada peralatan anda. Berikut dilampirkan panduan pengaktifan SmartLogin pada peralatan anda.
 
Sebarang keterangan lanjut, sila hubungi Helpdesk JTMK ditalian : 
613100 (Ext No)
010-932 0234 (WhatsApp)
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. (email)
 

Pengumuman Daripada
: Pusat Sukan UMS
Subjek
: Program Rekreasi "Tabata Burn Workout"
 
Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
 
Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Sukan UMS akan mengadakan Program Rekreasi "Tabata Burn Workout" pada ketetapan berikut;
Tarikh: 9 Ogos 2017 (Rabu)
Tempat: Kompleks Sukan UMS
Masa: 5.00 Petang

 

Penyertaan adalah terbuka kepada seluruh warga universiti. Setiap peserta dikehendaki berpakaian sukan dan membawa air mineral dan penyertaan adalah percuma. Sebarang pertanyaan sila hubungi Pusat Sukan (088-320 000, samb: 3158) atau En. Ramlan (014-8926342, samb: 3588).
 
Sekian.
 

Pengumuman Daripada
: Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi
Subjek
: Pengaktifan Servis EDUROAM di UMS
 
JTMK telah mengaktifkan perkhidmatan  WIFI secara roaming untuk kegunaan penyelidik dan komuniti pendidikan UMS dan luar.  Servis ini boleh dicapai secara rasminya pada 1 Ogos 2017.
 
Perkhidmatan ini boleh digunakan di mana-mana universiti di dalam dan luar negara dengan menggunakan katanama dan katalaluan daripada universiti/institusi masing-masing.
 
Apa itu EDUROAM?
Servis capaian internet yang selamat secara roaming.untuk penyelidik dan komuniti pendidikan di dalam UMS, Universiti di dalam dan luar negara.
 
Cara capaian :
 
Katanama (Username): username@domain (eg. 'Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.')
 
Katalaluan (Password): katalaluan (password) sama yang digunakan dalam universiti masing-masing
 
Untuk rujukan senarai institusi yang terlibat di seluruh dunia dan maklumat lanjut berkenaan perkhidmatan EDUROAM boleh lawati halaman sesawang https://www.eduroam.org (luar Negara) dan https://mon.eduroam.my/ (Dalam Negara). Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut boleh hubungi kami di Helpdesk JTMK.