Magnin Blog

Publish your news and thoughts with all.

Popular Articles

Recent Stories

Masa depan yang lebih baik untuk penduduk Labuan

Masa depan yang lebih baik untuk penduduk Labuan

Dalam usaha memperkukuh pembangunan di Wilayah Persekutuan Labuan, Kerajaan Persekutuan telah memperuntukkan RM50 juta di bawah Belanjawan 2025.

Menariknya, daripada jumlah ini, RM32.917 juta akan digunakan untuk tujuh projek utama yang memfokuskan kepada peningkatan infrastruktur dan pengurusan alam sekitar.

Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying, menjelaskan bahawa projek-projek ini termasuk menaik taraf Jambatan Patau-Patau 1, pembinaan sel pelupusan sisa sanitari dan penambahbaikan loji rawatan air larut resap.

Inisiatif-inisiatif ini bukan sahaja mencerminkan komitmen kerajaan untuk memperbaiki infrastruktur, tetapi juga menunjukkan usaha berterusan dalam menangani cabaran alam sekitar di Labuan.

Pensyarah Kanan Fakulti Kewangan Antarabangsa Labuan (FKAL), UMS Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL), Dr. Jaludin Janteng (gambar) berkata, peruntukan ini adalah satu langkah penting dalam memastikan pembangunan infrastruktur yang mampan untuk penduduk Labuan.

Katanya, menaik taraf Jambatan Patau-Patau 1 adalah langkah penting kerana jambatan ini menjadi nadi kepada komuniti setempat.

Penambahbaikan ini bukan sahaja meningkatkan keselamatan pengguna tetapi juga menyokong aktiviti ekonomi harian.

Seterusnya, projek pembinaan sel pelupusan sisa sanitari adalah langkah tepat bagi menangani isu pengurusan sisa pepejal di pulau ini.

Labuan memerlukan pengurusan sisa yang lebih sistematik untuk melindungi alam sekitar dan kesihatan penduduknya.

Penambahbaikan loji rawatan air larut resap turut memainkan peranan penting dalam memastikan sumber air bersih terjaga.

Loji rawatan ini akan meningkatkan keupayaan Labuan dalam menyediakan air bersih, yang sangat penting untuk komuniti dan sektor perniagaan.

Usaha ini juga membuka peluang pekerjaan baru dalam sektor pengurusan air dan teknologi hijau, yang seterusnya dapat merangsang pertumbuhan ekonomi tempatan.

Dengan adanya infrastruktur yang lebih baik, Labuan dapat menarik lebih banyak pelaburan dan menyokong pembangunan mampan di kawasan ini.

Projek-projek ini bukan sahaja menyelesaikan cabaran semasa, tetapi juga memainkan peranan penting dalam membina masa depan yang lebih baik untuk penduduk Labuan.

Ia adalah langkah penting ke arah pembangunan yang lebih mampan.

“Peruntukan ini diharap dapat dilaksanakan secara berkesan untuk menyelesaikan cabaran infrastruktur dan alam sekitar di Labuan, sekaligus memperkukuh kedudukan Labuan sebagai sebuah wilayah persekutuan yang berdaya maju.

“Peruntukan ini dijangka dapat meningkatkan kualiti hidup penduduk dengan menyediakan kemudahan asas yang lebih baik dan perkhidmatan awam yang lebih efisien,’katanya.

Beliau berkata dengan sokongan kewangan yang kukuh, Labuan dapat terus berkembang sebagai pusat ekonomi yang dinamik dan menarik lebih banyak pelaburan domestik dan antarabangsa.

Tamat.

Karnival STI Madani UMSKAL 2024 Lakar Rekod Baharu, Pengunjung Paling Ramai

Karnival STI Madani UMSKAL 2024 Lakar Rekod Baharu, Pengunjung Paling Ramai

TAHNIAH UMSKAL  Penganjuran KARNIVAL STI MADANI & TAMU GADANG UMSKAL 2024 PERINGKAT WP LABUAN telah merekodkan 19,720 orang pengunjung. (16,989 fizikal) dan (2,731 online).

Syabas kepada semua yang terbabit.

Terima kasih dan sekalung penghargaan kepada semua yang menjayakan program 4 hari itu.

Terima kasih MOSTI, Perbadanan Labuan dan UMS.

7 – 10 November 2024.

Hingga Berjumpa Lagi 2025.

Tamat.

KarnivaL STI Madani 2024 Peringkat Labuan Berlangsung Meriah

KarnivaL STI Madani 2024 Peringkat Labuan Berlangsung Meriah

PENGANJURAN program Karnival STI Madani 2024 dan Tamu Gadang Universiti Malaysia Sabah (UMS) Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL) adalah merupakan inisiatif di bawah program Minggu Sains Negara (MSN), program pembudayaan STI Perdana oleh MOSTI khusus buat warga Wilayah Persekutuan Labuan.

Pelaksanaan Karnival STI Madani 2024 yang dilaksanakan bersekali dengan program Tamu Gadang dengan kerjasama UMSKAL memberi peluang kepada penggerak dan pengamal STI tempatan untuk mengetengahkan idea, teknologi dan inovasi mengikut keperluan masyarakat setempat.

Program pada 8 – 9 November 2024 itu menyasarkan penyertaan 6,000 orang pengunjung yang terdiri daripada pelajar sekolah, Institusi Pengajian Tinggi dan belia tempatan.

Majlis perasmian disempurnakan oleh Timbalan Menteri Sains, Teknologi & Inovasi, Dato' Haji Mohammad Yusof Apdal yang mewakili Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Chang Lih Kang di Dewan Utama UMSKAL pada 9 November 2024.

Turut hadir Ahli Parlimen Labuan, Dato’ Indera Dr. Haji Suhaili Abdul Rahman, Ketua Setiausaha Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, Dato' Ts. Dr. Haji. Aminuddin Hassim, Setiausaha Tetap Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi, Sabah, Datuk Mohd Hanafiah Mohd Kassim, Timbalan Naib Canselor, Akademik dan Antarabangsa, Universiti Malaysia Sabah, Profesor Dr. Shahril Yusof, Timbalan Pengerusi Perbadanan Labuan, Simsudin Sidek dan Pengarah UMSKAL, Prof Madya Dr Mohamad Rizal Abdul Hamid.
Terima kasih MOSTI, UMS dan Perbadanan Labuan.

Terima kasih kepada semua jabatan dan agensi kerajaan, swasta dan NGO.

Sekalung penghargaan kepada semua warga UMSKAL.

Tamat.

Fakulti Kewangan Antarabangsa Labuan (FKAL) Anjurkan Pameran dan Demonstrasi Stock Trading Competition (STC)

Fakulti Kewangan Antarabangsa Labuan (FKAL) Anjurkan Pameran dan Demonstrasi Stock Trading Competition (STC)

8-9 November 2024, Labuan– Fakulti Kewangan Antarabangsa Labuan (FKAL), Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan hari ini telah menganjurkan Pameran dan Demonstrasi FKAL Stock Trading Competition bertempat di SmartClassroom. Ianya bersempena dengan Karnival STI Madani 2024 dan Tamu Gadang UMSKAL Peringkat Wilayah Persekutuan Labuan.

Acara yang pertama kali diadakan ini bertujuan untuk memberi peluang kepada pelajar untuk menimba pengalaman praktikal untuk memahami dan mempelajari selok-belok perdagangan di pasaran saham. Ianya juga dapat mengasah kemahiran analisis, pengurusan risiko, dan pemikiran kritis dalam kalangan pelajar.

Pameran dan demonstrasi FKAL Stock Trading Competition ini telah direalisasikan oleh Fasilitator yang terdiri daripada kalangan pelajar tahun akhir bagi Program Ijazah Sarjana Muda Perniagaan Anrabangsa (Kewangan Antarabangsa) dengan Kepujian seramai 18 orang dan Ijazah Sarjana Muda Pemasaran Antarabangsa seramai 2 orang dan  Program Ijazah Sarjana Muda Kewangan Antarabangsa (Ekonomi Kewangan) dengan Kepujian seramai 2 orang dengan bimbingan daripada empat orang Mentor iaitu Dr. Aminah Shari, Dr. Siti Nur Aqilah Ab. Wahab, Dr. Emily Yapp Hon Tshin dan Cik Minah Japang.

Demonstrasi ini turut disertai oleh para pelajar daripada kalangan Tahun 1 hingga 6 bagi sekolah rendah, Tingkatan 1 hingga 5 bagi sekolah menengah dan Kolej Vokasional sekitar Labuan. Sebanyak 28 pelajar dari Sekolah Kebangsaan Kerupang, 32 pelajar   dari Sekolah Kebangsaan Tanjung Aru, 35 pelajar dari Sekolah Menengah Mutiara, 35 pelajar dari Sekolah Menengah Pantai, 44 pelajar Sekolah Menengah St. Anthony, 25 pelajar Sekolah Menengah Labuan, 22 pelajar Sekolah Menengan Rancha-Rancha dan 29 pelajar Kolej Vokasional Labuan telah mengikuti dan mengambil bahagian dalam pameran dan demonstrasi ini.

Semua peserta demonstrasi menunjukkan minat yang mendalam pada dagangan saham ini, malah dalam masa yang singkat mereka sudah mahir dan mampu mendapat pulangan pelaburan yang positif hasil bimbingan daripada Mentor dan fasilitator.  

Selari dengan hasrat Dekan Fakulti Kewangan Antarabangsa Labuan (FKAL), Prof Madya Dr. Geoffrey Harvey Tanakinjal berharap agar program ini dapat melibatkan penyertaan daripada sekolah-sekolah, IPTA, IPTS, industri dan komuniti pada masa hadapan. Pihak penganjur bercadang untuk menambah ketegori sekolah bagi penganjuran Stock Trading Competition 2025 pada masa akan datang.

Dengan penganjuran pameran dan demonstrasi Stock Trading Competition ini, FKAL berharap akan terus memberi inspirasi kepada golongan muda untuk belajar tentang pelaburan dan memasuki pasaran saham dengan cara yang efektif melalui pertandingan sebegini pada masa hadapan.

Tamat.

Hubungi Kami

UMS Kampus Antarabangsa Labuan
Jalan Sungai Pagar
87000 WP Labuan

+(60) 87 - 503 000
adminkal[at]ums.edu.my