Magnin Blog

Publish your news and thoughts with all.

Popular Articles

Recent Stories

   Jalinan kerjasama FKAL-KAPENAS

Jalinan kerjasama FKAL-KAPENAS

Mesyuarat penutupan bagi projek penyelidikan dan penerbitan buku hasil kerjasama antara Fakulti Kewangan Antarabangsa Labuan (FKAL), Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL) dan Kesatuan Kakitangan Petroliam Nasional Berhad (KAPENAS) Wilayah Persekutuan Labuan telah berlangsung dengan jayanya pada 16 April 2025.

Mesyuarat yang diadakan di diadakan di Bilik Mesyuarat Eksekutif Tingkat 13. UMSKAL itu telah dipengerusikan oleh Ketua Penyelidik bagi projek berkenaan, Dr. Sharinah Puasa.

Projek ini pada asalnya ditawarkan oleh KAPENAS kepada FKAL sebagai satu inisiatif memperkukuh jaringan strategik antara institusi pendidikan dan pihak industri.

Projek penyelidikan telah bermula pada Jun 2024 dan tamat pada Disember 2024, sebelum diteruskan dengan fasa penerbitan buku bermula Januari hingga Mac 2025.

Hasil projek ini telah membuahkan dapatan penyelidikan yang sarat dengan informasi, analisis mendalam serta data yang relevan dengan konteks semasa industri.

Dr. Sharinah berkata, projek ini bukan sahaja berjaya menghasilkan penemuan penyelidikan yang bernilai tinggi dari segi kandungan ilmiah, malah penerbitan buku yang terhasil membolehkan ilmu yang dikaji dapat dikongsi dan dimanfaatkan oleh khalayak yang lebih luas.

Kerjasama erat antara FKAL dan KAPENAS WP Labuan turut mendapat pujian kerana komitmen tinggi yang ditunjukkan oleh kedua-dua pihak sepanjang tempoh pelaksanaan projek.

Hubungan profesional yang kukuh serta semangat kolaborasi yang ditampilkan telah menjadi asas utama kejayaan keseluruhan projek ini.

Mesyuarat ini juga menjadi simbolik kepada kejayaan pelaksanaan projek secara menyeluruh, menandakan bahawa kesemua fasa – daripada penyelidikan hingga penerbitan – telah berjaya dilaksanakan dan disempurnakan sepenuhnya.

Inisiatif ini dilihat sebagai langkah penting dalam merapatkan jurang antara dunia akademik dan industri, serta memperkukuh sinergi dalam usaha menghasilkan penyelidikan yang relevan, praktikal dan berorientasikan masa depan.

Turut bersama Dr Sharinah Puasa ialah empat Pensyarah Kanan FKAL iaitu Dr Nurhamiza Mumin, Dr Rini Suryati Sulong, Dr Emily Yapp dan Dr Anath Rau Krishnan.

Manakala KAPENAS WP Labuan diketuai Presidennya, Omar Kamaruddin.

Turut hadir Timbalan Presiden, Romiedie Lukas, Setiausaha, Mansyur Lakasa, Bendahari, Khairil Effi Kamil, Timbalan Setiausaha,  Denise Gregory dan Ahli Jawatankuasa, Shahril Haji Raffiee.

Kakitangan UMSKAL Terima Sumbangan Ramadan

Kakitangan UMSKAL Terima Sumbangan Ramadan

24 MAC 2025 – Majlis Penyampaian Sumbangan Ramadan 2025 diadakan di Bilik Eureka Bangunan Menara, UMSKAL.
 
Sumbangan berupa wang tunai dan kurma disampaikan oleh Pengarah Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL), Profesor Madya Dr. Mohamad Rizal Abdul Hamid.
 
Turut hadir Ketua Pentadbiran UMSKAL, Zamri Haji Mohamad Tuah.
 
Hadir sama Timbalan Ketua Pegawai Psikologi UMS merangkap Ketua Sektor Hal Ehwal Pelajar UMSKAL, Nur Iman Reedzal dan Ketua Sektor Pentadbiran dan Sumber Manusia UMSKAL, Mas Adi Alimin.
 
Ketua-ketua Sektor juga hadir memberikan sokongan moral.
 
Pada majlis itu, seramai 22 kakitangan menerima sumbangan berkenaan.
 
Penerima dipilih berdasarkan kriteria tertentu melalui Sektor Pentadbiran & Sumber Manusia UMSKAL dan dana diperoleh daripada Tabung Amanah Penjanaan UMSKAL dan Tabung Masjid Al Hikmah UMSKAL.
 
Program ini mencerminkan keprihatinan warga kampus dalam menyemarakkan semangat kebersamaan sempena Ramadan.
 
Semoga sumbangan itu menceriakan kakitangan sempena Ramadan pada tahun ini.

Sesi Bersama Penilai Luar Memperkukuh Kualiti Program Akademik FKI

Sesi Bersama Penilai Luar Memperkukuh Kualiti Program Akademik FKI

Sesi Bersama Penilai Luar Memperkukuh Kualiti Program Akademik FKI

18 FEBRUARI 2025 - Fakulti Komputeran dan Informatik (FKI), Universiti Malaysia Sabah (UMS) menganjurkan Sesi Bersama Penilai Luar dan Penasihat Luar Program Pascasiswazah.

Dekan FKI, UMS, Profesor Madya Ts Dr. Mohd Hanafi Ahmad Hijazi berkata sesi itu diadakan bagi memperkukuh kualiti program akademik di peringkat Sarjana dan Doktor Falsafah.

Sesi ini bertujuan mendapatkan input serta pandangan daripada Penilai Luar dan Penasihat Luar terhadap kurikulum program pascasiswazah yang ditawarkan oleh FKI.

Maklum balas yang diberikan amat penting dalam memastikan kesesuaian kurikulum program dengan keperluan industri, perkembangan pengetahuan dan teknologi semasa, serta standard program komputeran oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).

Pihak FKI mengucapkan setinggi penghargaan kepada semua penilai dan penasihat luar yang hadir untuk program sesi bersama penilai luar dan penasihat luar program pascasiswazah FKI.

Pihak Fakulti yakin kepakaran panel penasihat yang dilantik akan memberikan pandangan dan penasihatan yang akan dapat membantu Fakulti menambahbaik kandungan, perlaksanaan dan penyampaian program pengajian pascasiswazah Fakulti bagi memenuhi keperluan pemegangtaruh, terutamanya industri dan juga keleruan akreditasi daripada MQA.

Turut hadir Timbalan Dekan FKI, Dr, Noralisa Mohd Tuah yang menyampaikan pengenalan FKI.

Sesi yang berlangsung di Bilik Mesyuarat Spectrum FKI dan Bilik Seminar Kiansam, UMS Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL) itu dihadiri oleh staf akademik FKI, ahli Seksyen Pascasiswazah dan Antarabangsa FKI, alumni serta wakil industri dan pakar luar dalam bidang komputeran.

Mereka terdiri daripada Penasihat Luar Program Pascasiswazah Penyelidikan (Sains Komputer): [Industri] Danial Jumat (Managing Director, CWorks Sabah Sdn. Bhd.). [Akademik] Prof. Madya Dr. Ang Tan Fong (Universiti Malaya) dan [Alumni] Dr. Sumiati Suparmin (Kolej Vokasional Likas).

Penasihat Luar Program Pascasiswazah Kerja Kursus (Sains Komputer): [Industri] Mazrie Mahat (CEO, Synxsoft). [Akademik] Prof. Madya Ts. Dr. Zulkefli Mansor (Universiti Kebangsaan Malaysia) dan [Alumni] Mohd Yeozree Izwan Jemil.

Sementara itu, Penilai Luar Program Pascasiswazah Penyelidikan (Teknologi Maklumat): Prof. Ts. Dr. Azham Hussain dari Universiti Utara Malaysia (UUM) merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada pihak pengurusan Universiti Malaysia Sabah, khususnya UMSKAL, atas layanan mesra serta kerjasama yang diberikan sepanjang sesi penilaian program pascasiswazah ini.

Beliau amat menghargai komitmen pihak universiti dalam memastikan kecemerlangan akademik dan kualiti pendidikan tinggi.

Hasil daripada perbincangan dan sesi yang telah diadakan, jelas bahawa UMSKAL memiliki potensi besar dalam memperkasa program pascasiswazah serta melahirkan graduan yang berdaya saing.

Saya berharap hubungan akademik dan kolaborasi antara UUM dan UMS akan terus kukuh demi manfaat bersama.

FKI Mantapkan Kolaborasi.

Pensyarah FKAL Tingkatkan Kemahiran Pengajaran

Pensyarah FKAL Tingkatkan Kemahiran Pengajaran

Seramai 10 orang pensyarah Fakulti Kewangan Antarabangsa Labuan (FKAL), Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL) telah menghadiri Bengkel “Train-The-Trainers (TTT) HRD Corp Certified Course” pada 3 hingga 7 Februari 2025.

Bengkel lima hari itu dikendalikan oleh Dominic Jay Anak Donny Ruing daripada GEM Consultancy Sdn Bhd.

Penyelaras Program, Dr. Salumah Nain, berkata objektif utama bengkel itu adalah untuk meningkatkan kemahiran pengajaran kepada para pensyarah, memahami teori dan konsep berkaitan pembelajaran dewasa (Adult Learning Principles).

Beliau yang juga Penyelaras UMS Flexible Education Centre (UMSFLEC) FKAL berkata bengkel itu juga dapat menyediakan Rancangan Sesi Pengajaran (Competency Based training Program) yang kompeten kelak.

Dekan FKAL, Prof. Madya Dr. Geoffrey Harvey Tanakinjal merakamkan penghargaan kepada UMSFLEC atas inisiatif dan tajaan yang diberikan kepada pensyarah-pensyarah FKAL.

Beliau turut menyeru agar semua peserta terus menyumbang kepada pembangunan UMS dan masyarakat, khususnya di W.P. Labuan.

Pengiktirafan ke atas Dr Ricky Chia Chee Jiun, Dr. Nurshila Ahmad dan Samsulbahri Mohd Nasir yang dinobatkan sebagai Pembentang Terbaik.

Manakala Dr. Jaludin Janteng, Dr. Haneffa Muchlis Gazali dan Dr. Salumah Nain menerima anugerah "Best Energizer" atas suntikan idea dan semangat yang membara sepanjang bengkel.

Turut menyertai bengkel itu ialah Dr Mohd Ashari Bakri, Dr Imran Mehboob Shaikh, Md Hafizi Ahsan dan Joehan Joehari William.

Sementara itu, Timbalan Pengarah Kewangan UMSFLEC, Zallifah Shadan, yang menyempurnakan majlis penutupan program itu mengucapkan tahniah kepada semua peserta yang telah berjaya melepasi penilaian.

Beliau yakin bahawa mereka akan menjadi jurulatih terakreditasi UMS yang berdedikasi dalam bidang kepakaran masing-masing.

Zallifah juga percaya kumpulan ini berupaya menyumbang secara signifikan kepada kualiti latihan yang boleh ditawarkan oleh UMS sama ada kepada umum mahupun rakan kerjasama strategik selepas ini.

Bengkel ini bukan sahaja memberikan ilmu dan kemahiran yang berharga kepada para peserta, malah menjadi platform untuk memperkukuhkan lagi jaringan kerjasama dan memupuk semangat kecemerlangan dalam kalangan pensyarah FKAL.

Semoga Bermanfaat.

Hubungi Kami

UMS Kampus Antarabangsa Labuan
Jalan Sungai Pagar
87000 WP Labuan

+(60) 87 - 503 000
adminkal[at]ums.edu.my