Pengumuman Daripada: Pusat Pengurusan Strategik

Assalamu Alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,
Salam sejahtera YBrs.Prof./Prof.Madya/Dr./Tuan/Puan,
Dengan segala hormatnya, Pusat Pengurusan Strategik (Strategi@UMS) ingin memaklumkan bahawa Buku Laporan Sustainable Development Goals (SDG) UMS telah berjaya diterbitkan (e ISBN 978-967-26064-2-0). Laporan ini bukan sekadar sebuah dokumen, malah mencerminkan komitmen dan usaha kolektif warga kampus dalam menjadikan kelestarian sebagai sebahagian daripada budaya kerja, pembelajaran dan khidmat kepada masyarakat.
Setiap inisiatif, program dan kerjasama dalam laporan ini lahir daripada komitmen warga UMS — pensyarah, penyelidik, pelajar dan staf yang bersama-sama memacu pembangunan mampan di peringkat kampus, komuniti dan global.
Semoga Laporan SDG UMS menjadi rujukan untuk memperkukuh impak dan memperluas sumbangan kepada kelestarian sejagat.
Akses penuh Laporan SDG UMS 2024–2025: https://www.ums.edu.my/pps/index.php/sustainability/publication
Bersama ini dikepilkan poster hebahan untuk tindakan selanjutnya









