Pengumuman Daripada: Pusat Pengurusan Strategik

 

Assalamu Alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,
 
Salam sejahtera YBrs.Prof./Prof.Madya/Dr./Tuan/Puan,
 
Pusat Pengurusan Strategik (Strategi@UMS), Universiti Malaysia Sabah membuka peluang latihan industri bagi tahun 2026 kepada graduan dan pelajar tahun akhir!
 
Jawatan:
Intern Analitik Data & Pembangunan Sistem
 
Tempoh Latihan:
✅ Minimum 3 bulan (mengikut keperluan institusi)  
✅ Tempoh latihan: Mac hingga Disember 2026
 
Kelayakan:
✔ Pelajar tahun akhir / graduan ijazah Sarjana Muda  
✔ Bidang: Sains Data, Sains Komputer, Teknologi Maklumat atau berkaitan  
✔ (Kelebihan): Asas Python / SQL / Power BI / Excel / Pembangunan Sistem (PHP, MVC Framework)
 
Manfaat:
✅ Pengalaman praktikal dalam analitik data strategik universiti  
✅ Penglibatan terus dalam projek dashboard, sistem sokongan keputusan dan pengurusan data  
✅ Bimbingan oleh pakar profesional dan akademik
 
Cara Permohonan:
📌 Klik pautan ini atau imbas QR kod:  
 
Tarikh Tutup Permohonan:
📅 20 Februari 2026
 
Jangan lepaskan peluang ini untuk meningkatkan kemahiran dan pengalaman anda!
 
 

 

Pengumuman Daripada: Bahagian Pendidikan dan Zakat, Pusat Islam UMS

 

FREE MARKET PUSAT ISLAM UMS SIRI 1/2026
 
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,
 
Pusat Islam Universiti Malaysia Sabah (UMS) dengan penuh rasa kesyukuran menjemput warga UMS dan seluruh masyarakat untuk bersama-sama memeriahkan Free Market Pusat Islam UMS Siri 1/2026 yang dianjurkan sempena Solat Hajat Imtihan Perdana, Majlis Khatam Al-Quran serta Sambutan Israk Mikraj Tahun 2026.
 
🛍️ Pelbagai barangan PERCUMA untuk anda!
✅ Kasut
✅ Pakaian
✅ Beg
✅ Barangan terpakai
 
📅 Tarikh: 15 Januari 2026 (Khamis)
🕓 Masa: 4.00 petang – 8.00 malam
📍 Tempat: Masjid UMS
 
📌 Masuk adalah PERCUMA dan barangan adalah terhad. Siapa cepat, dia dapat!
 
 ✨ Ambil sekadar perlu, kongsi rezeki bersama.
🤝 Ayuh hadir dan manfaatkan peluang ini!
 
#FreeMarketUMS
#KongsiRezeki
#UMSBrainOfBorneo
#UMSshare

 

Pengumuman Daripada: Bahagian Pendidikan dan Zakat, Pusat Islam UMS

 

KEMPEN INFAK SAHAM AKHIRAT 
Pusat Islam Universiti Malaysia Sabah (UMS)
 
Rebutlah peluang menabung saham akhirat melalui Infak Pusat Islam UMS yang dilaksanakan secara potongan gaji melalui HR Online.
 
 Sumbangan infak anda akan dimanfaatkan bagi:
▪️ Pembelian barang dan peralatan keperluan masjid
▪️ Pembelian keperluan bagi tujuan naik taraf fasiliti masjid
▪️ Pembangunan dan penyelenggaraan kemudahan masjid
 
📖 Sabda Nabi SAW:
“Sedekah dapat menghapus dosa sebagaimana air memadamkan api.”
(Riwayat Tirmidzi)
 
📲 Cara menyertai:
HR Online v4.0 → Menu → Pusat Islam UMS → Infak → Infak Saham Akhirat
 
📞 Sebarang pertanyaan, hubungi:
Hotline Pusat Islam UMS
☎️ 088-320624
 
 Sedikit daripada kita, besar nilainya di sisi Allah.
Jom berinfak dan jadikan ia saham akhirat berterusan.
 
#JomInfak
#InfakSahamAkhirat
#UMSBrainOfBorneo
#UMSshare