Pengumuman Daripada: Bahagian Perkhidmatan Akademik

 

Bahagian Perkhidmatan Akademik , Jabatan Pendaftar, sentiasa berusaha untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan kepada semua pelanggan, bagi mencapai tujuan tersebut tuan/puan dipohon untuk memberi maklum balas dan cadangan dengan melengkapkan borang soal selidik ini.
 
Berikut pautan Kod QR E-Rating:
 
Berikut pautan Kod QR Kajian Kepuasan Pelanggan:

 

Pengumuman Daripada: Pusat Kelestarian Libatsama Masyarakat 

 

Pihak PKLM amat mengalu-alukan komen dan cadangan semua warga UMS dan komuniti mengenai penyampaian perkhidmatan PKLM dengan mengisi KKP yang disediakan di pautan https://bit.ly/KajiankepuasanpelangganPKLM atau imbas kod QR yang disediakan.  
 
Kerjasama YBhg. Datuk/Prof./Dr./Tuan/Puan amatlah kami harapkan bagi menambahbaik mutu perkhidmatan PKLM.  
 
Kesudian YBhg. Datuk/Prof./Dr./Tuan/Puan untuk mengisi KKP ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan setinggi-tinggi terima kasih.  

 

Pengumuman Daripada: Pusat Islam UMS

 

BORANG SUMBANGAN BERBUKA PUASA (IFTAR) SEMPENA SAMBUTAN IHYA’ RAMADHAN 2026M/1447H PERINGKAT UMS 2026
 
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
 
2.    Sukacita dimaklumkan bahawa, Universiti Malaysia Sabah (UMS) melalui Pusat Islam UMS (PIUMS) akan mengadakan pelbagai aktiviti sepanjang bulan Ramadan sempena Sambutan Ihya’ Ramadan Peringkat UMS bagi tahun 2026. Pusat Islam UMS akan mengadakan Majlis Berbuka Puasa (Iftar) untuk pelajar, kakitangan dan masyarakat sekitar UMS di samping mengeratkan ukhuwah dan menyemarakan pengimarahan Masjid UMS yang dianggarkan seramai 200 jemaah akan menghadiri Majlis Iftar sepanjang bulan Ramadan dengan jumlah perbelanjaan RM2,000.00 setiap sehari.
 
3.    Sehubungan dengan itu, pihak kami dengan rendah hati ingin memohon jasa baik YBhg. Datuk/Prof./Dr./Tuan/Puan untuk mempertimbangkan sumbangan berbuka puasa sama ada dalam bentuk kewangan atau barangan (juadah berbuka puasa) bagi menjayakan Majlis Iftar sepanjang bulan Ramadan tahun ini.
 
4.    Bersama-sama dengan ini, disertakan borang sumbangan iftar dan poster untuk rujukan dan tindakan YBhg. Datuk/Prof./Dr./Tuan/Puan selanjutnya. Sebarang pertanyaan lanjut berkaitan dengan borang iftar bolehlah berhubung dengan Encik Binik Majuril di talian 088-320000-sambungan 203200/HP: 019-8737704/013-8728323.
 
Segala sumbangan yang diberikan amatlah kami hargai dan akan dimanfaatkan sepenuhnya untuk keperluan program berbuka puasa tersebut. Semoga sumbangan pihak YBhg. Datuk/Prof./Dr./Tuan/Puan ini menjadi amal jariah yang berpanjangan dan mendapat ganjaran pahala yang berganda di sisi Allah SWT.
 
مَنْ فَطَّرَ صَائِمًا كَانَ لَهُ مِثْلُ أَجْرِهِ غَيْرَ أَنَّهُ لاَ يَنْقُصُ مِنْ أَجْرِ الصَّائِمِ شَيْئًا
Siapa memberi makan orang yang berpuasa, maka baginya pahala seperti orang yang berpuasa tersebut, tanpa mengurangi pahala orang yang berpuasa itu sedikit pun juga.” HR. Tirmidzi no. 807, Ibnu Majah no. 1746, dan Ahmad 5/192
 
 
Sekian.