Pengumuman Daripada: Institut Penyelidikan Marin Borneo

 

Salam sejahtera,
Makluman penutupan sementara Akuarium dan Muzium Marin pada 29 JUN 2024 (SABTU) bagi memberikan laluan bagi kerja-kerja persiapan program Ocean Celebration 2024 (OC24) Open Day.
 
Tarikh tutup:
29 JUN 2024 (SABTU) (Cuti Peristiwa - Persediaan OC24 Open Day)

Tarikh dibuka semula:
30 JUN 2024 (AHAD)
 
Sekiranya memerlukan maklumat lanjut, boleh berhubung dengan pihak kami di talian 088-320000 samb. 213305 (Kaunter Tiket) dan lawati Laman Facebook https://www.facebook.com/UMSAkuarium/.
 
Sekian, terima kasih dan harap maklum.

 

Pengumuman Daripada: Pusat Pengurusan NR dan Fasiliti Perumahan Pelajar

 

 

Salam Sejahtera dan Salam Malaysia Madani,


Makluman kepada semua mahasiswi ums terutama pelajar Non Residen sekitar kota kinabalu, satu Kursus Asas Mempertahankan diri akan dilaksanakan anjuran  Pusat Pengurusan NR dan Fasiliti Perumahan Pelajar. Untuk perincian maklumat, sila rujuk poster yang dilampirkan. Terima Kasih.
 

 

Pengumuman Daripada: Pusat Komunikasi Korporat

 

 

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

YBhg. Dato' Seri/Datuk/Dato'/Datin/Prof. Dr./Prof. Madya Dr./Dr./Tuan/Puan/Encik/Cik,
 
 
JEMPUTAN MENYERTAI PERSIDANGAN KEBANGSAAN EKSPLORASI PENDIDIKAN (PKEP) 2024
 
Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.
 
2.        Sukacita dimaklumkan bahawa Pejabat Karang Mengarang akan menganjurkan Persidangan Kebangsaan Eksplorasi Pendidikan (PKEP) 2024 yang bertemakan "Meneraju Pendidikan Menerusi Kecerdasan Buatan" pada 8-10 Oktober 2024 di Hotel Casuarina Meru, Ipoh Perak.
 
3.        Untuk makluman persidangan ini akan diadakan secara fizikal sepanjang tiga (3) hari. Antara topik yang bakal dibincangkan dalam persidangan ini adalah seperti berikut:
  • Trend terkini dalam Pendidikan
  • Reka Bentuk Kurikulum Pendidikan
  • Pendidikan Berasaskan Teknologi
  • Inovasi dalam Pendidikan
  • Revolusi Teknologi Pendidikan dalam Pembentukan Kesejahteraan Masyarakat
  • Etika dalam Pendidikan Berasaskan Kecerdasan Buatan
4.        Sehubungan itu, Sekretariat PKEP 2024 amat berbesar hati mengalu-alukan penyertaan ahli akademik, ahli profesional, penyelidik, pendidik dan pelajar untuk menghantar wakil ke persidangan ini. Kertas kerja persidangan berpeluang diterbitkan dalam jurnal terbitan UPSI yang diindeks oleh Scopus/ESCI/DOAJ/Mycite dan prosiding dengan e-ISSN. Sila layari laman sesawang https://pkep.upsi.edu.my/ untuk akses maklumat-maklumat terkini PKEP 2024. Sebarang pertanyaan, boleh berhubung dengan pihak urus setia persidangan Dr. Laili Farhana binti Md Ibharim (017-554 0815) atau Puan Nor Azura binti Mustafa Bakri (019-877 7973). Sila imbas kod QR pada poster untuk maklumat lanjut.
 
Kerjasama dan perhatian YBhg. Dato' Seri/Datuk/Dato'/Datin/Prof. Dr./Prof. Madya Dr./Dr./Tuan/Puan/Encik/Cik  didahului dengan ucapan jutaan terima kasih.

 

Pengumuman Daripada: Pusat Pengurusan OKU

 

PERKONGSIAN KESEDARAN KESIHATAN PENYAKIT KELAMIN
 
Penceramah       : AP Dr. Mohd Nazri Mohd Daud, FPSK, UMS
Tarikh                 : 25 Jun 2024 (Selasa)
Masa                  : 2.30 petang
Medium                 : FB Laman Pusat Pengurusan OKU UMS
Pautan            : https://www.facebook.com/share/WS5i8PefHPdTJ5Y6/
 
      
Sekian, terima kasih.

 

Pengumuman Daripada: Fakulti Sains Makanan dan Pemakanan

 

Sukacita dimaklumkan bahawa FOOD FESTIVAL FSMP 2024 kembali lagi dan akan diadakan pada ketetapan berikut :   

 

🗓️ Tarikh: 27 JUN 2024 (Khamis) 

⏰ Masa: 8:00 pagi - 4:00 petang 

📍 Tempat: Foyer & Parkir FSMP   

 

Pelbagai aktiviti menarik akan dijalankan! 😍 Antara aktiviti tersebut ialah:   

 

🍤 Pameran & Pertandingan Food Product Development dan Food Innovation   

🍨 Tamu Dessert oleh Exco Keusahawanan    

🍜 Pameran Agensi Luar   

🚚 Food Truck & Gerai Jualan Pelbagai Makanan dan Minuman  dan banyak lagi!   

 

Mari beramai-ramai memeriahkan FOOD FEST FSMP 2024 🔥   

 

✨JUMPA ANDA DI SANA ! 🥳✨   

 

IKUTI KAMI @

CAPAIAN PANTAS

  •  Direktori Kakitangan
  • Direktori Kepakaran
  • Portal Kakitangan
  •  Portal Pelajar
  •  SmartUMS
  •  E-Respon
  •  VirtualTour@UMS
  •  UMS Institutional Repository
  •  Tempahan Ruang

PAUTAN LAIN

  •  Peta UMS
  • Data Terbuka
  • Portal Kerajaan Negeri Sabah
  • Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
  • MAMPU
  • Portal Kerajaan Malaysia (MyGov)
  • UMS Investment Holdings Sdn. Bhd.