Pengumuman Daripada: Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa

 

Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa ingin mendapatkan maklum balas berkenaan kajian kepuasan pelanggan bagi meningkatkan mutu perkhidmatan kami dari semasa ke semasa. 
 
Pihak kami memohon maklum balas daripada YBrs. Prof./Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan untuk melengkapkan soal selidik kajian kepuasan pelanggan melalui imbasan kod QR di poster bagi meningkatkan mutu & kualiti perkhidmatan kami.

 

Pengumuman Daripada: Pusat Pengurusan Inovasi dan Pengkomersialan

 

📅 Takwim Permohonan Perlindungan Harta Intelek UMS 2026
 
Dimaklumkan bahawa permohonan perlindungan harta intelek UMS dibuka sepanjang tahun dan dibahagikan kepada empat (4) sukuan bagi melancarkan proses kelulusan, peruntukan kewangan serta pendaftaran di Pejabat Harta Intelek Malaysia (MyIPO). Pemohon adalah dinasihatkan untuk memastikan permohonan dikemukakan dalam tempoh yang ditetapkan dan lengkap, kerana permohonan yang lewat atau tidak lengkap akan diproses pada sukuan seterusnya.
 
🗓️ Sukuan & Tarikh Proses:

• Sukuan 1: 1 November 2025 – 31 Januari 2026 | Proses: Februari 2026
• Sukuan 2: 1 Februari 2026 – 30 April 2026 | Proses: Mei 2026
• Sukuan 3: 1 Mei 2026 – 31 Julai 2026 | Proses: Ogos 2026
• Sukuan 4: 1 Ogos 2026 – 31 Oktober 2026 | Proses: November 2026
 
👉 Permohonan boleh dibuat melalui: https://iics.ums.edu.my
 
* Tertakluk kepada perubahan semasa / Subject to change

 

Pengumuman Daripada: Bahagian Pendidikan dan Zakat, Pusat Islam UMS

 

Kota Kinabalu, 20 Januari 2026 - Pusat Islam Universiti Malaysia Sabah (PIUMS) telah menganjurkan Majlis Serahan Baucar Program Back to School 2026 sebagai inisiatif kebajikan berfokus bagi membantu meringankan beban persediaan persekolahan anak-anak dalam kalangan asnaf kakitangan Universiti Malaysia Sabah (UMS).
 
Penganjuran program ini mencerminkan komitmen berterusan PIUMS selaku Ejen Amil Bahagian Zakat dan Fitrah Majlis Ugama Islam Sabah (BZF, MUIS) bagi pihak Universiti Malaysia Sabah dalam melaksanakan pengurusan serta agihan zakat secara sistematik, telus dan berimpak tinggi, selaras dengan peranan PIUMS sebagai institusi yang bertanggungjawab terhadap kebajikan warga Universiti yang memerlukan. Melalui pelaksanaan program ini, seramai 62 orang kakitangan UMS telah menerima manfaat daripada bantuan yang disalurkan.
 
Majlis serahan baucar ini telah disempurnakan oleh YBrs. Dr. Sarip Adul, Pengarah Pusat Islam Universiti Malaysia Sabah, bersama Pn. Noorisah binti Taljid, Ketua Bahagian Pendidikan dan Zakat sebagai simbol komitmen PIUMS dalam memastikan kebajikan asnaf warga UMS terus terpelihara.
 
Seiring dengan itu, PIUMS menyeru seluruh warga Universiti Malaysia Sabah, khususnya kakitangan UMS agar bersama-sama menunaikan tanggungjawab zakat melalui Kaunter Zakat Harta Pusat Islam UMS serta memilih Skim Potongan Zakat Berjadual (PZB). Penyertaan dalam skim ini boleh dilaksanakan secara dalam talian melalui Sistem HROnline UMS atau secara fizikal di Kaunter Zakat Harta Pusat Islam UMS bagi memastikan sumbangan zakat dapat diurus dan disalurkan secara berterusan, terancang dan berkesan kepada golongan asnaf yang memerlukan.
 
Pihak PIUMS merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Bahagian Zakat dan Fitrah Majlis Ugama Islam Sabah (BZF, MUIS) dan seluruh warga UMS atas kerjasama serta sokongan berterusan dalam menjayakan program ini melalui komitmen dan penyertaan dalam agihan zakat. Diharapkan inisiatif ini dapat memberikan manfaat yang berpanjangan serta menyumbang secara signifikan kepada kesejahteraan komuniti universiti secara menyeluruh.
 
“Berzakat membawa berkat, bersama membangun asnaf”
 
#membangunbersamaasnaf
#menyantuniasnaf
#zakatmembawaberkat
#UMSBrainOfBorneo
#UMSshare

 

Pengumuman Daripada: Jabatan Pembangunan dan Penyelenggaraan

 

 

ADALAH DIMAKLUMKAN BAHAWA KERJA PENYELENGGARAAN JALAN DI JALAN BANJARAN (BERHAMPIRAN SIMPANG KKTPAR SEHINGGA SIMPANG KE FPSK/HUMS & GATE KE-3) AKAN DILAKSANAKAN. BAGI MENJAMIN KESELAMATAN PENGGUNA JALAN DAN MELANCARKAN KERJA-KERJA PENYELENGGARAAN PENGGUNA JALAN DINASIHATKAN UNTUK SENTIASA BERHATI-HATI SERTA MEMATUHI SEGALA ARAHAN DAN PAPAN TANDA KESELAMATAN BAGI MENGELAKKAN KEJADIAN YANG TIDAK DIINGINI. SEGALA KESULITAN AMAT DIKESALI.

TARIKH MULA: 26 JANUARI 2026 SEHINGGA 01 FEBRUARI 2026

SEKIAN DAN HARAP MAKLUM.