PENGUMUMAN DARIPADA : BAHAGIAN KESELAMATAN UNIVERSITI MALAYSIA SABAH
SUBJEK : SOAL SELIDIK: TAHAP KEPUASAN PELANGGAN TERHADAP PERKHIDMATAN BAHAGIAN/JABATAN KESELAMATAN UNIVERSITI AWAM
 
PEGAWAI YANG BOLEH DIHUBUNGI:
1. INSP/PB RAKAM SINGH A/L KARAM SINGH – 5144
2. INSP/PB MASSALINRI BIN MOHD. TAHIR – 1786
3. SM/PB YUZRI BIN JANIN – 5139
 
SOAL SELIDIK: TAHAP KEPUASAN PELANGGAN TERHADAP PERKHIDMATAN BAHAGIAN/JABATAN KESELAMATAN UNIVERSITI AWAM
 
 
YBhg. Prof. Datuk Dr./Prof./Dr./Tuan/Puan,
 
1.     Sukacita dimaklumkan bahawa Jawatankuasa Pengarah Keselamatan Universiti Awam (JPKUA) sedang melaksanakan kajian kepuasan pelanggan terhadap perkhidmatan keselamatan yang disediakan oleh Universiti Awam.
 
2.     Sehubungan itu, dengan penuh takzim, dijemput seluruh warga Universiti Malaysia Sabah untuk menilai perkhidmatan yang diberikan oleh Bahagian Keselamatan UMS dalam usaha memastikan perkhidmatan keselamatan yang terbaik diberikan kepada warga universiti.
 
3.     Pihak YBhg. Prof. Datuk Dr./Prof./Dr./Tuan/Puan boleh mengisi borang soal selidik yang dibuka sehingga 12 Julai 2018 dengan melayari pautan berikut:
 
SOAL SELIDIK: TAHAP KEPUASAN PELANGGAN TERHADAP PERKHIDMATAN BAHAGIAN/JABATAN KESELAMATAN UNIVERSITI AWAM https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLScyin_3fLGCSlC9QiIE4O7jPhS_r8ee5ZdsPE3LIpsZTPEHkg/viewform
 
Perhatian dan kerjasama YBhg. Prof. Datuk Dr./Prof./Dr./Tuan/Puan berhubung perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
 
Sekian, Harap Maklum.
 
 
 
 

PENGUMUMAN DARIPADA   :     PUSAT PENYELIDIKAN DAN INOVASI

SUBJEK    :     PELAWAAN 2ND CALL FOR PROPOSALS BAGI DANA ASEAN SCIENCE, TECHNOLOGY AND INNOVATION (ASTIF)

 

YBrs. Prof./ Dr./ Tuan/ Puan,                                                                                          

Dengan segala hormatnya merujuk perkara di atas.

 

Dimaklumkan bahawa, pihak MOSTI selaku Focal Point bagi ASEAN Committee on Science and Technology (ASEAN COST) telah menghebahkan peluang permohonan dana ASEAN Science, Technology and Innovation Fund (ASTIF) bernilai sehingga USD50k. Dana ASTIF merupakan dana tahunan yang diselaraskan oleh Bahagian Antarabangsa dan bidang keutamaan yang ditawarkan bagi dana ASTIF pada tahun ini adalah seperti berikut:

 

  • Energy and water
  • Food and biotechnology
  • Biomedical and healthcare
  • Climate change adaption and mitigation
  • ICT applications
  • Relevant enabling innovation for science and technology

 

Sehubungan itu, YBrs. Prof./ Dr./ Tuan/ Puan adalah dialu-alukan untuk memohon dana tersebut. Permohonan hendaklah dikemukakan terus kepada Sekretariat ASEAN – http://astnet.asean.org/astif/ dan disalin kepada Sekretariat ASEAN COST Kebangsaan menerusi e-mel: (Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. & Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.) serta pihak PPI (Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. & Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.) pada atau sebelum 31 Julai 2018 (Selasa) dengan mengisi template project proposal dan dokumen sokongan tambahan (bajet dan workplan). Projek yang disenarai pendek seterusnya memerlukan penglibatan penyelidik/ saintis/ jurutera sebagai pembentang dalam Mesyuarat ASEAN COST yang akan dimaklumkan oleh pihak MOSTI kelak. Keputusan permohonan akan dimaklumkan kepada pemilik projek yang berjaya oleh Sekretariat ASEAN pada atau sebelum 30 November 2018.

 

Bersama ini dilampirkan brosur hebahan serta template berkaitan untuk makluman serta rujukan lanjut. Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, boleh berhubung terus dengan:

 

            Urusetia MOSTI:

            Pn. Noorahayu binti Yahya

            Tel        : 03 – 8885 8741

            E-mel   : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 

Seksyen Inovasi, PPI:

No. Samb. : 613803/ 613806/ 613809/ 613815

 

Sekian, terima kasih.

enlightenedLampiran

 

PENGUMUMAN DARIPADA: PUSAT PENGURUSAN ECO CAMPUS
SUBJEK: JEMPUTAN MENYERTAI WASTE TO ART COMPETITION 2018 ANJURAN PERBADANAN PENGURUSAN SISA PEPEJAL DAN PEMBERSIHAN AWAM (SWCorp)
 
Sukacita dimaklumkan bahawa Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal  dan Pembersihan Awam (SWCorp) sedang melaksanakan Waste to Art Competition 2018 yang mana merupakan penjenamaan semula 3R Sculpture Competition yang telah dilaksanakan pada tahun 2017. Objektif pertandingan ini adalah bagi meningkatkan kesedaran dan persepsi masyarakat mengenai potensi barangan terpakai atau terbuang.
 
Pihak SWCorp mempelawa penyertaan dari UMS. Pertandingan ini bermula pada 01 Jun 2018 dan tarikh tutup penyertaan adalah pada 31 Julai 2018. Maklumat lanjut dan borang penyertaan boleh dicapai melalui laman sesawang http://www.swcorp.gov.my/wastetoart/