PENGUMUMAN DARIPADA : PUSAT PENYELIDIKAN DAN INOVASI
 
YBhg. Datuk/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan,
 
TAWARAN GERAN BANTUAN PENYELIDIKAN PASCASISWAZAH (UMSGreat) FASA 2/2016
 
Sukacita dimaklumkan bahawa pihak Pusat Penyelidikan dan Inovasi (PPI) akan menawarkan Geran Bantuan Penyelidikan Pascasiswazah (UMSGreat) yang kini sedang dibuka sehingga 30 September 2016 [Jumaat] Sebelum jam 5.00 petang.
 
Sebagai makluman, UMSGreat merupakan geran khas yang disediakan untuk pelajar pascasiswazah mod penyelidikan sepenuh masa untuk menjalankan penyelidikan khususnya bagi pelajar pascasiswazah di bawah seliaan pensyarah (penyelia) yang tidak mempunyai sebarang geran penyelidikan serta mempunyai pelajar-pelajar seliaan yang berkelayakan mengikut kriteria berikut:
 
a.      Pelajar dari dalam negara atau dari luar negara;
b.      Pelajar sarjana atau PhD secara penyelidikan yang baharu mendaftar atau sedang mengikuti pengajian secara sepenuh masa di Pusat Pengajian Pascasiswazah, UMS   dengan  syarat yang disebutkan di perkara (c) dan (d);
c.       Pelajar sarjana (bidang Sains dan Sains Sosial) boleh mengemukakan permohonan tidak lebih daripada dua semester daripada tarikh mendaftar;
d.      Pelajar PhD (bidang Sains dan Sains Sosial) boleh mengemukakan permohonan tidak lebih daripada tiga semester daripada tarikh mendaftar;
e.       Pelajar tersebut telah menunjukkan kemajuan dalam penyelidikan dan mencapai milestone yang telah ditetapkan;
f.        Pelajar tersebut belum menerima sebarang bantuan kewangan bagi tujuan penyelidikannya dari mana-mana agensi;
g.      Pensyarah (penyelia) belum mendapat mana-mana geran penyelidikan bagi tajuk kajian pelajar yang diselia;
h.       Bagi pensyarah (penyelia) yang mempunyai lebih daripada seorang pelajar, permohonan boleh dibuat bagi setiap pelajar di bawah seliaannya tertakluk kepada pelajar berkenaan memenuhi kriteria tersebut di atas.
 
Permohonan mestilah menggunakan borang permohonan UMSGreat dengan menyertakan salinan borang penilaian pembentangan proposal pelajar pascasiswazah di peringkat Fakulti/Institut.
 
Siling peruntukan UMSGreat untuk pelajar sarjana dan pelajar PhD adalah seperti berikut :
 
PERINGKAT PENGAJIAN
PENGKHUSUSAN
JUMLAH BANTUAN (RM)
Sarjana
Sains
10,000.00
Sains Sosial
5,000.00
PhD
Sains
15,000.00
Sains Sosial
7,000.00
 
Bersama ini disertakan Garis Panduan UMSGreat dan borang permohonan untuk perhatian dan tindakan selanjutnya. Sebarang pertanyaan mengenai perkara tersebut, sila berhubung terus dengan Urusetia, Seksyen Penyelidikan, PPI seperti berikut:
 
NAMA URUSETIA
NO. SAMB.
EMEL
Puan Zainoriah Matnoor
4146
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Puan Norainie Awot
1034
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Puan Norapidawati Mohd Yunus
1063
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
 
Sekian, terima kasih.
 

PENGUMUMAN DARIPADA: PUSAT PENYELIDIKAN DAN INOVASI
 
YBhg. Prof./Datuk/Datin/Dr./Tuan/Puan,
 
TAWARAN SKIM GERAN PENYELIDIKAN UMS (SGPUMS) FASA 2/2016
1) SKIM PENSYARAH LANTIKAN BARU (SPLB)
2) SKIM PENYELIDIKAN BIDANG KEUTAMAAN (SPBK)
 
Dengan segala hormat perkara di atas adalah dirujuk.
 
Sukacita dimaklumkan bahawa Skim Geran Penyelidikan UMS (SGPUMS) kini sedang dibuka untuk sepanjang tahun sehingga 30 Disember 2016 [Jumaat] sebelum jam 5.00 Petang. Skim ini terbahagi kepada dua iaitu Skim Pensyarah Lantikan Baru (SPLB) dan Skim Penyelidikan Bidang keutamaan (SPBK) untuk ditawarkan kepada penyelidik yang berkelayakan mengikut kriteria seperti berikut:
 
1.      Skim Penyelidikan Pensyarah Lantikan Baru (SPLB)
  • Bidang Sastera dan Sains Sosial : RM10,000.00 sahaja
  • Bidang Sains : RM20,000.00 sahaja
1.1 Tempoh maksima jangkamasa projek adalah 2 tahun sahaja dan ditawarkan hanya sekali sahaja sepanjang  perkhidmatan pemohon.
  • Baru menyertai UMS atau dilantik sebagai pensyarah gred DS51 dan ke bawah;
  • Baru balik dari melanjutkan pengajian PhD dengan syarat belum pernah mengetuai sebarang projek penyelidikan (universiti/kebangsaan/antarabangsa) sepanjang perkhidmatan sebelumnya;
  • Tempoh perkhidmatannya tidak melebihi dari 2 tahun selepas tarikh melapor diri.
 
2.             Skim Penyelidikan Bidang Keutamaan (SPBK)
 
2.1 Skim ini bertujuan untuk membantu penyelidik atau kumpulan penyelidik untuk memulakan sesuatu projek penyelidikan keutamaan yang bernilai strategik kepada universiti. Siling peruntukan untuk skim ini berjumlah RM 30,000.00 sahaja. Tempoh maksima jangkamasa projek adalah 2 tahun sahaja.
 
  • Bukan dalam kategori SPLB 1.3 (i), (ii), (iii) di atas;
  • Keutamaan diberi kepada pensyarah Gred DS54 dan ke bawah; dan
  • Tidak mengetuai sebarang projek penyelidikan semasa permohonan.
Pemohon hendaklah menghantar permohonan menggunakan Borang PPI/SGPUMS/1 melalui F/P/I/U masing-masing. Pemohon hanya dibenarkan menghantar satu permohonan sahaja sama ada SPLB atau SPBK dalam satu fasa. Sebarang pertanyaan mengenai perkara tersebut, sila berhubung terus dengan Urusetia, Seksyen Penyelidikan, PPI seperti berikut:
 
NAMA URUSETIA
NO. SAMB.
EMEL
Puan Zainoriah Matnoor
4146
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Puan Norainie Awot
1034
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Puan Norapidawati Mohd Yunus
1063
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
 
Dilampirkan bersama ini Garis Panduan SGPUMS dan Borang permohonan.
 
Sekian, terima kasih.
 

PENGUMUMAN DARIPADA: KOPERASI UNIVERSITI MALAYSIA SABAH BERHAD (KoUMS)
SUBJEK HEBAHAN:  MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KoUMS KALI KE-11
PEGAWAI DIHUBUNGI: EN. KUSNADI NURDIN
 
Sukacita dimaklumkan bahawa tarikh berlansungnya Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-11 KoUMS yang akan diadakan pada 27 September 2016 tahun ini.  
 
Sehubungan dengan itu, mohon kerjasama YBhg. Prof. Datuk, Datin, Dr. Tuan dan Puan untuk mengembalikan borang permohonan di Pejabat Koperasi UMS Berhad di Bangunan Jabatan Hal Ehwal Pelajar (Anjung Siswa) pada 19 September 2016 hari isnin atau faks terus di no faks 088320713.
 
Lampiran:

PENGUMUMAN DARIPADA : BAHAGIAN SUMBER MANUSIA, JABATAN PENDAFTAR
 
STATUS : PELAWAAN BAGI PENGESAHAN DALAM PERKHIDMATAN                   
 
Sukacita dimaklumkan bahawa, Jabatan Pendaftar mempelawa kakitangan berstatus tetap dan telah memenuhi kriteria Pengesahan Dalam Perkhidmatan dengan mengisi borang permohonan melalui http://www.ums.edu.my/pendaftar/V2/index.php/en/easy-access/borang-borang. Borang yang telah lengkap diisi hendaklah dikemukakan ke Jabatan Pendaftar selewat-lewatnya atau pada 13 Oktober 2016. 
 
Sekian, terima kasih.
 

IKUTI KAMI @

CAPAIAN PANTAS

  •  Direktori Kakitangan
  • Direktori Kepakaran
  • Portal Kakitangan
  •  Portal Pelajar
  •  SmartUMS
  •  E-Respon
  •  VirtualTour@UMS
  •  UMS Institutional Repository
  •  Tempahan Ruang

PAUTAN LAIN

  •  Peta UMS
  • Data Terbuka
  • Portal Kerajaan Negeri Sabah
  • Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
  • MAMPU
  • Portal Kerajaan Malaysia (MyGov)
  • UMS Investment Holdings Sdn. Bhd.