Sempena dengan cuti umum hari raya aidilfitri pada 15 & 16 jun 2018, semua warga universiti (kakitangan dan pelajar) adalah dinasihatkan untuk mengambil langkah-langkah perlu untuk mengelakkan sebarang perkara yang tidak diingini berlaku sepanjang tempoh cuti umum tersebut.
Antara langkah yang perlu adalah seperti berikut :
Memastikan pintu-pintu bilik dan pejabat dikunci sebelum meninggalkan bilik atau pejabat.
Simpan barang-barang berharga di tempat yang selamat dan berkunci.
Sila maklumkan bahagian keselamatan sekiranya anda meninggalkan kenderaan di dalam kawasan universiti untuk tujuan pemantauan. Untuk makluman, bahagian keselamatan juga menyediakan perkhidmatan bagi meletakkan kenderaan di kawasan parkir pejabat keselamatan.
Laporkan dengan kadar segera kepada pihak keselamatan sekiranya anda terlihat atau mengesyaki terdapat aktiviti jenayah / orang yang mencurigakan di dalam kawasan kampus
Anda boleh datang terus ke pejabat keselamatan atau menghubungi pihak keselamatan di talian 088-320111
Kerjasama dan tindakan semua pihak berhubung perkara ini amatlah dihargai.