PENGUMUMAN DARIPADA : PUSAT PENGURUSAN STRATEGIK DAN AKADEMIK
SUBJEK: KLINIK iCGPA


KUMPULAN SASARAN:
1. TIMBALAN DEKAN AKADEMIK SEMUA FAKULTI & PPIB
2. KETUA-KETUA PROGRAM SEMUA FAKULTI
3. PENSYARAH (PROGRAM YANG TERLIBAT DENGAN iCGPA)

 
PEGAWAI UNTUK DIHUBUNGI:-
Puan Junainah Ismail
088 320 000 sambungan 1054
 
Puan Bibah Ibeh
088 320 000 sambungan 1528
 
Tentatif Program:-
 
26 SEPT 2016 (Isnin)
MASA
AKTIVITI
8.30pg – 9.00pg
Pendaftaran peserta
9.00pg – 9.15pg
Kata-kata aluan YBhg. Prof. Dr. D. Kamarudin D. Mudin, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) UMS
9.15pg – 1.00tghr
Sesi 1: “CLO, T&L Strategies and Assesment – Constructive Alignment”
Pembentang:  YBrs. Prof. Madya Dr. Jaafar Jantan,  
Institut Kepimpinan dan Pembangunan (ILD), UiTM
 
1.00tghr – 2.30ptg
Makan tengahari/Rehat
2.30ptg – 5.00 ptg
Sesi 2: Samb: “CLO, T&L Strategies and Assesment – Constructive Alignment”
Pembentang:  YBrs. Prof. Madya Dr. Jaafar Jantan, 
                        Institut Kepimpinan dan Pembangunan (ILD), UiTM
 
5.00ptg
 
Dijangka bersurai
 
 
 
27 SEPT 2016 (Selasa)
MASA
AKTIVITI
8.30pg – 9.00pg
Pendaftaran peserta
9.00pg – 9.15pg
Kata-kata aluan YBhg. Prof. Dr. D. Kamarudin D. Mudin, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) UMS
9.15pg – 1.00tghr
Sesi 1: Perkongsian amalan terbaik – Constructive Alignment
Pembentang:  YBrs. Dr. Mohd Rusllim Mohamed,  Pengarah, Pusat Inovasi dan Daya Saing Akademik, (UMP)
 
1.00tghr – 2.30ptg
Makan tengahari/Rehat
2.30ptg – 5.00 ptg
Sesi 2: Konsultasi Penjanaan Spider Web (Sistem)
Pembentang :  YBrs. Dr. Mohd Rusllim Mohamed,  Pusat Inovasi dan Daya
                           Saing Akademik (UMP)
 
5.00ptg
Dijangka bersurai
 

PENGUMUMAN DARIPADA : PUSAT PENYELIDIKAN DAN INOVASI
 
YBhg. Datuk/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan,
 
TAWARAN GERAN BANTUAN PENYELIDIKAN PASCASISWAZAH (UMSGreat) FASA 2/2016
 
Sukacita dimaklumkan bahawa pihak Pusat Penyelidikan dan Inovasi (PPI) akan menawarkan Geran Bantuan Penyelidikan Pascasiswazah (UMSGreat) yang kini sedang dibuka sehingga 30 September 2016 [Jumaat] Sebelum jam 5.00 petang.
 
Sebagai makluman, UMSGreat merupakan geran khas yang disediakan untuk pelajar pascasiswazah mod penyelidikan sepenuh masa untuk menjalankan penyelidikan khususnya bagi pelajar pascasiswazah di bawah seliaan pensyarah (penyelia) yang tidak mempunyai sebarang geran penyelidikan serta mempunyai pelajar-pelajar seliaan yang berkelayakan mengikut kriteria berikut:
 
a.      Pelajar dari dalam negara atau dari luar negara;
b.      Pelajar sarjana atau PhD secara penyelidikan yang baharu mendaftar atau sedang mengikuti pengajian secara sepenuh masa di Pusat Pengajian Pascasiswazah, UMS   dengan  syarat yang disebutkan di perkara (c) dan (d);
c.       Pelajar sarjana (bidang Sains dan Sains Sosial) boleh mengemukakan permohonan tidak lebih daripada dua semester daripada tarikh mendaftar;
d.      Pelajar PhD (bidang Sains dan Sains Sosial) boleh mengemukakan permohonan tidak lebih daripada tiga semester daripada tarikh mendaftar;
e.       Pelajar tersebut telah menunjukkan kemajuan dalam penyelidikan dan mencapai milestone yang telah ditetapkan;
f.        Pelajar tersebut belum menerima sebarang bantuan kewangan bagi tujuan penyelidikannya dari mana-mana agensi;
g.      Pensyarah (penyelia) belum mendapat mana-mana geran penyelidikan bagi tajuk kajian pelajar yang diselia;
h.       Bagi pensyarah (penyelia) yang mempunyai lebih daripada seorang pelajar, permohonan boleh dibuat bagi setiap pelajar di bawah seliaannya tertakluk kepada pelajar berkenaan memenuhi kriteria tersebut di atas.
 
Permohonan mestilah menggunakan borang permohonan UMSGreat dengan menyertakan salinan borang penilaian pembentangan proposal pelajar pascasiswazah di peringkat Fakulti/Institut.
 
Siling peruntukan UMSGreat untuk pelajar sarjana dan pelajar PhD adalah seperti berikut :
 
PERINGKAT PENGAJIAN
PENGKHUSUSAN
JUMLAH BANTUAN (RM)
Sarjana
Sains
10,000.00
Sains Sosial
5,000.00
PhD
Sains
15,000.00
Sains Sosial
7,000.00
 
Bersama ini disertakan Garis Panduan UMSGreat dan borang permohonan untuk perhatian dan tindakan selanjutnya. Sebarang pertanyaan mengenai perkara tersebut, sila berhubung terus dengan Urusetia, Seksyen Penyelidikan, PPI seperti berikut:
 
NAMA URUSETIA
NO. SAMB.
EMEL
Puan Zainoriah Matnoor
4146
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Puan Norainie Awot
1034
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Puan Norapidawati Mohd Yunus
1063
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
 
Sekian, terima kasih.
 

IKUTI KAMI @

CAPAIAN PANTAS

  •  Direktori Kakitangan
  • Direktori Kepakaran
  • Portal Kakitangan
  •  Portal Pelajar
  •  SmartUMS
  •  E-Respon
  •  VirtualTour@UMS
  •  UMS Institutional Repository
  •  Tempahan Ruang

PAUTAN LAIN

  •  Peta UMS
  • Data Terbuka
  • Portal Kerajaan Negeri Sabah
  • Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
  • MAMPU
  • Portal Kerajaan Malaysia (MyGov)
  • UMS Investment Holdings Sdn. Bhd.