PENGUMUMAN DARIPADA: PUSAT PENGURUSAN DATA DAN MAKLUMAT

SUBJEK: SMART-HADIR: "IMPORTANT UPDATE"

 
Salam sejahtera,

Selaras dengan polisi SKMM (Personal Data Protection Act (PDPA) 2010), sila pastikan untuk menggunakan katanama login kepada SMART-HADIR menggunakan katanama awalan e-mel rasmi UMS (tanpa @ums.edu.my). Tiada perubahan ke atas katalaluan.

Ini adalah langkah peningkatan dan penambahbaikan ke atas keselamatan anda.

Sukacita dimaklumkan juga bahawa pihak PPDM telah mengemaskini versi aplikasi SMART-HADIR yang terkini. Sila pastikan anda menggunakan versi yang terkini melalui Google Play Store.

Sebarang pertanyaan boleh menghubungi:

- Masalah login / gagal login: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
- Masalah mengenai Smart-Hadir: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Sekian terima kasih.

PENGUMUMAN DARIPADA: JABATAN PENDAFTAR, UMS
SUBJEK: PEKELILING PENDAFTAR BILANGAN 3 TAHUN 2018: GARIS PANDUAN BAGI PEMBAYARAN YURAN KEAHLIAN BADAN PROFESIONAL/IKHTISAS UNIVERSITI MALAYSIA SABAH
 
YBhg. Datuk/Prof./Dr./Tuan/Puan,
 
PEKELILING PENDAFTAR BILANGAN 3 TAHUN 2018: GARIS PANDUAN BAGI PEMBAYARAN YURAN KEAHLIAN BADAN PROFESIONAL/IKHTISAS UNIVERSITI MALAYSIA SABAH
 
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
 
2.       Bersama ini disertakan Pekeliling Pendaftar Bilangan 3 Tahun 2018 yang jelas maksudnya mengenai perkara tersebut di atas untuk makluman dan tindakan lanjut pihak YBhg. Datuk/Prof./Dr./Tuan/Puan.
 
3.       Mohon perkara ini dimaklumkan kepada semua kakitangan di J/F/P/I/B masing-masing. Pekeliling tersebut boleh dicapai melalui laman web Jabatan Pendaftar (http://www.ums.edu.my/pendaftar/).
 
Segala perhatian dan kerjasama dari pihak YBhg. Datuk/Prof./Dr./Tuan/Puan, dalam perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.