Pengumuman Daripada
: Universiti Malaysia Sabah
Subjek
: Jemputan Menghadiri Ops Jelajah Cyber 2.0 Edisi Sabah
 
Y.Bhg. Prof. Datuk/ Datin/ Prof. Dr./ Dr./ Tuan/ Puan,
 
Sukacita dimaklumkan bahawa Universiti Malaysia Sabah dengan kerjasama CyberSecurity Malaysia akan mengadakan Ops Jelajah Cyber 2.0 Edisi Sabah pada ketetapan berikut:
Tarikh: 10-11 Ogos 2016 (Rabu - Khamis)
Tempat: Kompleks Dewan Kuliah Pusat Ke-2, UMS
Penyertaan: Terbuka kepada masyarakat Sabah
 
Antara pengisian yang menarik adalah seperti berikut;
1) Data Recovery Service (mendapatkan semula data yang hilang dalam thumb drive, memory card, hard disc) - PERCUMA
2) Data Sanitization (mencuci data dalam thumb drive, memory card, hard disc secara total tanpa dapat dikesan semula) - PERCUMA
3) Ceramah Kesedaran Keselamatan Siber - PERCUMA
4) Latihan Teknikal & Keusahawanan MYCSC - PERCUMA (TERHAD KEPADA 30 ORANG SAHAJA)

Untuk maklumat lebih lanjut atau sebarang keterangan serta pertanyaan mengenai perkara di atas, sila hubungi En. Arif Mandangan (Setiausaha JK Pelaksana) - Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. di talian 019-984 7385.

Segala perhatian dan kerjasama Y.Bhg. Prof. Datuk/ Datin/ Prof. Dr./ Dr./ Tuan/ Puan amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
 
Sekian.
 

Pengumuman Daripada
: Pusat Islam, UMS
Subjek
: Pelawaan Menyertai Ibadah Qurban 2016M/1437H Universiti Malaysia Sabah
 
Ruj. Kami          : UMS/PIUMS 1.1.3/100-16/3/7
Tarikh                : 9hb Ogos 2016M | 6 Zulkaedah 1437H
 
YBhg. Datuk/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan,
 
PELAWAAN MENYERTAI IBADAH QURBAN 2016M/1437H UNIVERSITI MALAYSIA SABAH
 
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
 
02.     Sukacita dimaklumkan bahawa sempena sambutan Aidiladha 1437H/2016M, Universiti Malaysia Sabah melalui Pusat Islam akan mengadakan Ibadah Qurban peringkat UMS seperti maklumat berikut:
 
Tarikh            : 13Hb September 2016M/11 Zulhijjah 1437H (Selasa)
Masa              : 7.30 Pagi
Tempat          : Perkarangan Masjid UMS
Bayaran        : RM550.00/Bahagian (Qurban/Aqiqah)
 
03.     Sehubungan dengan itu, YBhg. Datuk/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan adalah dipelawa untuk menyertai Ibadah Qurban ini. Bersama-sama dengan surat ini, disertakan borang penyertaan Ibadah Qurban seperti di lampiran untuk rujukan dan tindakan YBhg. Datuk/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan selanjutnya.
 
04.     Sebarang pertanyaan lanjut berhubung perkara ini bolehlah menghubungi Ustaz Jimmis Jumaat di talian 088-320 000 samb. 2747 @ H/P: 014-3781928. Tarikh tutup penyertaan dan bayaran adalah sebelum atau pada 2hb September 2016 (Jumaat).
 
Semoga usaha murni ini akan mendapat ganjaran pahala dan balasan yang baik daripada Allah S.W.T.
 
Sekian, terima kasih.
 

Pengumuman Daripada
: Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa
Subjek
: Promosi Kursus Bahasa Mandarin
 
Salam sejahtera. Satu kursus asas Bahasa Mandarin akan diadakan untuk semua kakitangan UMS, dan peserta kursus ini akan diberikan mata IDP. Maklumat kursus adalah seperti berikut:
 
Nama Kursus: Pengenalan Asas Bahasa Mandarin
Tarikh: 16 Ogos 2016 (Selasa)
Tempat: Bilik Bahasa 2, PPIB
Yuran: RM60 sahaja
 
Syarat Penyertaan:
1. Untuk staf UMS yang tidak mempunyai latar belakang Bahasa Mandarin
2. Untuk staf UMS bukan kaum Cina.
 
Penyelaras Kursus: Cik Ruth Chua (Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya./ ext:5255)
Tarikh tutup: 11 Ogos 2016
 
Aturcara Kursus:
8:30 am
Pendaftaran dan Pengenalan
9:00 am
Pengenalan kepada “Hanyu Pinyin” (Sistem fonetik Bahasa Mandarin)
10.30 am
Minum pagi
11:00 am
Tema: Nombor
11:30 am
Tema: Ucapan Salam
12:30 am
Makan Tengahari
2:00 pm
Tema: Wang
3:30 pm
Pengenalan Budaya Cina
4:30 pm
Penutup
 
Tempat adalah terhad kepada 25 peserta. Siapa cepat dia dapat! Berminat? Hubungi Cik Ruth Chua pada email atau ext di atas.

PENGUMUMAN DARIPADA: PASUKAN WEBOMETRIK UMS
 
Mohon pelaksanaan pendaftaran Google ID oleh semua pensyarah dibuat selaras dengan keperluan pemantapan ranking webometrik Universiti. Manfaat selain peningkatan kedudukan universiti di dalam ranking ini adalah memberi impak kepada akademik dan keterlihatan dalam bidang penyelidikan yang diceburi. Aktiviti ini juga memudahkan rujukan oleh penyelidik lain terhadap hasil kajian. Bersama-sama ini dilampirkan tatacara pendaftaran Google ID untuk rujukan tuan/puan.
 
Untuk makluman, penilaian ranking webometrik selanjutnya akan dilaksanakan dalam bulan Januari 2017. Mohon kerjasama untuk perkara ini dilaksanakan sebelum atau pada 30 Ogos 2016. Pemantauan pelaksanaan oleh semua kakitangan akan dilakukan dari masa ke semasa.
 
Perhatian YBrs. Prof/P.Madya/Dr/Tuan/Puan amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
 
Pasukan Pelaksana Webometrik UMS
 

PENGUMUMAN DARIPADA: BAHAGIAN PERKHIDMATAN AKADEMIK

HEBAHAN

SEMAKAN KEPUTUSAN PERMOHONAN KEMASUKAN KE UA BAGI LEPASAN STPM/SETARAF SESI AKADEMIK 2016/2017

 

Dimaklumkan Semakan Keputusan Permohonan Kemasukan Ke IPTA Bagi Lepasan STPM/Setaraf Sesi Akademik 2016/2017 Bermula pada 08 Ogos 2016 Jam 12:00 Tengah Hari Melalui Laman Web http://upu.mohe.gov.my.

Pengesahan Setuju Terima Tawaran Bermula Pada 9 Sehingga 12 Ogos 2016 Di Laman Web bpa.ums.edu.my/semakanums.

Pendaftaran Universiti Secara Online (E-daftar ) Bermula pada 09 Ogos 2016 Jam 12 Tengah Hari  Sehingga 26 Ogos Jam 11.59 Malam Melalui Laman Web edaftar.ums.edu.my.

Cetakan Surat Tawaran Melalui Laman Web bpa.ums.edu.my/semakanums  Bermula 09 Ogos 2016 Jam 12 Tengah Hari  Sehingga 26 Ogos Jam 11.59 Malam.

Bagi calon yang tidak berjaya mendapat tawaran di mana-mana UA bolehlah membuat permohonan rayuan bermula pada 08 sehingga 12 Ogos 2016 (Jam 11.59 malam) melalui laman web http://upu.mohe.gov.my. Hanya pemohon yang GAGAL mendapat tawaran sahaja dibenarkan untuk membuat permohonan rayuan.

Sekian dan Harap Maklum.

 

Seksyen Pengambilan dan Kemasukan Pelajar

Bahagian Perkhidmatan Akademik

IKUTI KAMI @

CAPAIAN PANTAS

  •  Direktori Kakitangan
  • Direktori Kepakaran
  • Portal Kakitangan
  •  Portal Pelajar
  •  SmartUMS
  •  E-Respon
  •  VirtualTour@UMS
  •  UMS Institutional Repository
  •  Tempahan Ruang

PAUTAN LAIN

  •  Peta UMS
  • Data Terbuka
  • Portal Kerajaan Negeri Sabah
  • Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
  • MAMPU
  • Portal Kerajaan Malaysia (MyGov)
  • UMS Investment Holdings Sdn. Bhd.