PENGUMUMAN DARIPADA: JABATAN PENDAFTAR

SUBJEK: PENUNDAAN TARIKH SAMBUTAN HARI OSH SEDUNIA 2018

 
YBhg Datuk/Datin/Prof./Tuan/Puan,
 
Adalah dimaklumkan bahawa, program Sambutan Hari OSH Sedunia 2018 telahpun ditunda pada tarikh 14-15 Mei 2018 bagi memberi laluan kepada Hari Mengundi Untuk Pilihan Raya Umum Ke-14.
 
Sehubungan dengan itu, penyertaan masih dibuka dan YBhg Datuk/Datin/Prof./Tuan/Puan, adalah dijemput untuk menyertai program ini.
Sebarang maklumat lanjut boleh menghubungi kami di talian
 
Puan Armawaty Natasha Abdul Rahman
No. Tel.
: 088-320000 Samb. 1151
No. Bimbit
: 016-8105384
Emel
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
 
 
Puan Zurina Erny Taufik
No. Tel.
: 088-320000 Samb. 1856
No. Bimbit
: 016-8419814
Emel
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
 
Terbuka kepada yang berminat.

PENGUMUMAN DARIPADA: PUSAT PENGURUSAN ECO CAMPUS

SUBJEK:  EARTH DAY 2018 UMS

 
Adalah dimaklumkan Pusat Pengurusan EcoCampus dan Jawatankuasa Pengurusan Sisa (JK seliaan Pusat Pengurusan EcoCampus) dengan kerjasama Fakulti Kejuruteraan, Kelab Pelajar Kejuruteraan Awam dan Kelab Pelajar Kejuruteraan Kimia akan menganjurkan Earth Day 2018 peringkat Universiti Malaysia Sabah pada ketetapan berikut:
 
Tarikh             : 24 April 2018 (Selasa)
Masa               : 8.30 pagi – 1.00 tengah hari
Tempat           : Foyer, Fakulti Kejuruteraan 

Pengumuman Daripada: Kluster Kumpulan Inovatif & Kreatif (KIK) UMS
Subjek: Kempen Kumpulan Inovasi dan Kreatif (KIK) UMS: Pengenalan KIK
 
Apakah yang anda perlu tahu tentang KIK?
Kumpulan inovatif dan kreatif (KIK) adalah pembentukan sekumpulan pekerja yang duduk bersama untuk mengenalpasti, menganalisa, dan mencari jalan untuk menyelesaikan masalah mengenai kerja mereka menggunakan alat KIK dan proses penyelesaian masalah. Dari proses KIK, setiap pekerja dapat menyumbang idea dan pendapat kepada kumpulan mereka serta organisasi mereka. Mereka juga akan mendapat kepuasan dalam kerja harian dan faedah lain seperti meningkatkan produktiviti dan kualiti kerja.
 
KIK telah diamalkan di Malaysia selama lebih daripada dua dekad dan kini menjadi sebahagian daripada kecemerlangan budaya tempat kerja. Aktiviti KIK membantu perkembangan kemahiran, keupayaan, keyakinan dan kreativiti melalui proses kumulatif pendidikan, latihan, pengalaman kerja dan penyertaan yang akan mengekalkan motivasi dan komitmen terhadap kerja.
 
Kitaran PDCA (Plan, Do, Check, Action) digunakan dalam melaksanakan sebarang projek KIK yang akan memastikan projek itu dapat diselesaikan dengan jayanya.
 
Pengenalpastian masalah boleh dijelaskan dengan betul dengan menggunakan pendekatan 5W 1H (Apa, Bila, Kenapa, Siapa dan Di mana, Bagaimana).
 
Beberapa alat KIK akan digunakan semasa pelaksanaan projek KIK. Alat dan teknik QC 7 baru adalah antara alat KIK yang biasa digunakan oleh pasukan KIK.