JUMAAT, 7 APRIL – Seramai 31 pelajar antarabangsa bakal menyambung pengajian mereka di Universiti Malaysia Sabah (UMS) melalui sesi pendaftaran Program Persediaan Intensif Inggeris (IEPP) yang berlangsung kelmarin.
Daripada jumlah tersebut, 29 pelajar adalah dari China, manakala dua lagi pelajar masing-masing dari Korea Selatan dan Timor-Leste.
Kesemua pelajar yang baru tiba di negeri ini diraikan dalam satu Majlis Sambutan Pelajar Baharu Program IEPP Kohort Ke-30 di Galeri Majlis, UMS.
Dalam pada itu, Naib Canselor UMS, Prof. Datuk Dr. Mohd Harun Abdullah dalam ucapan pada majlis tersebut berkata, UMS menerima kehadiran pelajar antarabangsa ini dengan tangan terbuka, dan menganggap mereka adalah sebahagian daripada keluarga di sebuah institusi yang mementingkan kecemerlangan akademik dan perkhidmatan kepada masyarakat.
“Suasana pembelajaran di dalam kampus ini bakal memberikan rangsangan positif kepada para pelajar dengan persekitaran yang menggalakkan keharmonian budaya serta cintakan ilmu dan alam semula jadi.
“Di UMS, kami mempunyai populasi pelajar dengan latar belakang dan budaya yang pelbagai, selain sejumlah besar pelajar antarabangsa dari Jepun, China, Indonesia, Korea Selatan dan lain-lain,” katanya.
Teks ucapan beliau disampaikan oleh Ketua Bahagian Perkhidmatan Akademik UMS, Vina Zahriani Yusof.
Terdahulu, Ketua Pegawai Eksekutif UMS Investment Holdings Sdn. Bhd., Ramlan Awang Ali berkata, program ini diperkenalkan sejak tahun 2003 sebagai persediaan kepada pelajar antarabangsa yang tidak mempunyai asas bahasa Inggeris untuk menyambung pengajian di peringkat ijazah di UMS setelah lulus peperiksaan dalam IEPP.
Hadir sama pada majlis tersebut Ketua Pustakawan UMS, Dayang Rukiah Ag. Amit dan Pengarah Pusat Luar UMS, Prof. Dr. Hajah Arsiah Hj Bahron.



JUMAAT, 7 APRIL - Seramai 90 peserta menghadiri Persidangan Serantau mengenai Kelestarian Kampus kali ke-4 2017 (4RCCS2017) yang dianjurkan oleh Pusat Pengurusan EcoCampus Universiti Malaysia Sabah (UMS), hari ini.
RABU, 5 APRIL – Kontinjen Twin Tower sedia menggalas cabaran untuk mengungguli Kejohanan Sukan Staf Universiti Malaysia Sabah (UMS) Ke-16 yang akan berlangsung pada 7 dan 8 April ini.
SELASA, 4 MAC - Kira-kira 150 staf Universiti Malaysia Sabah (UMS) menghadiri program Sehari Bersama Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) anjuran Jabatan Bendahari dan Jabatan Pendaftar UMS.
ISNIN, 3 APRIL – Pusat Islam, Universiti Malaysia Sabah (PIUMS) berjaya menganjurkan bengkel Mualaf/Saudara Baru Siri 1/2017 bertempat di Masjid UMS baru-baru ini.