RABU, 28 OGOS - Fakulti Sains dan Sumber Alam (FSSA), Universiti Malaysia Sabah telah menerima seramai 15 orang pelajar pascasiswazah baharu yang mendaftar bagi Semester 1 Sesi 2019/2020 pada 17 Ogos lalu.
Kumpulan pelajar baharu tersebut telah diraikan dalam Majlis Suai Mesra Bersama Fakulti yang dijalankan di Bilik Mesyuarat Al-Khindi, Kompleks Sains dan Teknologi baru-baru ini.
Dekan FSSA, Prof Dr. Baba Musta ketika berucap pada majlis tersebut berkata, pihak FSSA amat mengalu-alukan kehadiran pelajar baharu pascasiswazah FSSA serta melahirkan penghargaan kepada semua pelajar kerana telah memilih FSSA sebagai destinasi ilmu untuk melanjutkan pengajian dalam bidang-bidang kepakaran yang ditawarkan di fakulti.
Beliau juga turut menzahirkan hasrat agar para pelajar dapat menggunakan peluang yang ada sebaik-baiknya untuk memastikan pelajar dapat bergraduat dalam tempoh masa yang ditetapkan.
Pada akhir majlis itu, satu sesi taklimat berkaitan tatacara dan prosedur pengajian pascasiswazah peringkat fakulti telah disampaikan Penyelaras Pascasiswazah FSSA, Dr. Newati Wid kepada semua lima pelajar Doktor Falsafah dan 10 pelajar Sarjana baharu bagi menerangkan secara ringkas prosedur dan tatacara permohonan pelajar, pembentangan dan laporan kemajuan pelajar, menghadiri seminar atau bengkel dan penulisan tesis penyelidikan yang diguna pakai di peringkat fakulti.
Sumber : Kenny Uwai, FSSA



RABU, 28 OGOS – Fakulti Kemanusiaan, Seni dan Warisan (FKSW) Universiti Malaysia Sabah (UMS) telah melibatkan pihak industri bagi mendapatkan pandangan berkaitan kehendak pasaran masa kini dalam Bengkel Semakan Kurikulum Siri 3/2019 yang dianjurkan baru-baru ini.
JUMAAT, 23 OGOS – Pusat Penyelidikan Pelancongan Borneo di bawah Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Perakaunan (FPEP) Universiti Malaysia Sabah (UMS) telah menandatangani surat hasrat dengan Fakulti Perniagaan dan Pengurusan, Quest International University Perak (QIUP) dalam mengukuhkan kerjasama, penyelarasan dan mobiliti dalam bidang pelancongan dan kelestarian antara kedua-dua universiti.
JUMAAT, 23 OGOS – Aktiviti fizikal mampu membantu untuk mengubah dan memperbaiki tingkah laku kanak-kanak yang tergolong dalam golongan Orang Kelainan Upaya Intelektual (OKUi)
KHAMIS, 22 OGOS - Yang Dipertua Kelab Suri Rumah dan Staf Wanita Universiti Malaysia Sabah (KESUMBA), Dr. Amalina Abdullah memuji komitmen yang diberikan oleh ahli KESUMBA dalam menyemarakkan aktiviti yang dapat mengeratkan ukhuwah sesama ahli serta masyarakat.