SELASA, 24 SEPTEMBER – Penyelidik Universiti Malaysia Sabah (UMS) cemerlang dalam penyertaan Persidangan dan Ekspo Ciptaan Institusi Pengajian Tinggi Antarabangsa (PECIPTA) 2019 di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Johor apabila reka cipta mereka berjaya merangkul lima emas, lima perak dan dua gangsa.
Menurut kenyataan dari Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi (PPPI) UMS, lima reka cipta yang merangkul emas tersebut adalah rekacipta bertajuk “RTFaceDeep: A Real Time Multiple Faces Recognition for Video Surveillance Using a Deep Learning Architecture” oleh Prof. Madya Dr. Rayner Alfred dari Fakulti Komputeran dan Informatik (FKI), “DeColourAR: An Augmented Reality Colouring Book for UMS Aquarium and Marine Museum” oleh Prof. Madya Dr. Ng Giap Weng juga dari FKI, dan“UMS Eco-Solar Dryer oleh Prof. Madya Dr. Jidon Adrian Janaun dari Fakulti Kejuruteraan (FKJ).
Dua lagi pingat emas diraih melalui dua penyelidik dari Institut Penyelidikan Bioteknologi (IPB) UMS iaitu Prof. Madya Dr. Md. Shafiquzzaman Siddiquee dengan penyelidikan bertajuk “Trichogreen™: Valorizing Wastes” dan Dr. Nur Athirah Yusof - “Strategies for Soluble Protein Production in E. Coli Using a Psychrophilic Co-Chaperone Expression System”.
“Ini satu pencapaian yang cemerlang kerana UMS yang diwakili delegasi seramai 10 penyelidik yang diketuai Timbalan Pengarah (Inovasi), PPPI Prof. Madya Dr. Homathevi Rahman, membawa sebanyak 12 reka cipta untuk dipertandingkan pada persidangan tersebut dan semuanya telah meraih pingat,” demikian menurut kenyataan tersebut.
PECIPTA 2019 anjuran Jabatan Pendidikan Tinggi dengan kerjasama UTHM yang berlangsung selama dua hari merupakan program dwitahunan Kementerian Pendidikan Malaysia yang bertujuan untuk mempromosikan produk-produk inovasi institusi pendidikan tinggi dan mencipta peluang kolaborasi bersama industri.
Tamat
PENERANGAN GAMBAR:
Gambar 1: Penyelidik-penyelidik UMS yang berjaya merangkul medal di PECIPTA 2019
Gambar 2: Delegasi UMS ke PECIPTA 2019
Gambar 3: Penyelidik UMS bersama reka cipta mereka di ruang pameran penyelidikan.



SELASA, 24 SEPTEMBER - Anggota Keselamatan Universiti Malaysia Sabah (UMS) yang bertugas di kawasan luar bangunan sekitar kampus UMS dibekalkan Topeng N95 khusus bagi pencegahan jerebu sebagai langkah keselamatan bagi menghadapi cuaca berjerebu tidak sihat yang melanda udara di kawasan Kota Kinabalu pada ketika ini.
KHAMIS 19 SEPTEMBER: Seramai 71 pelajar mobiliti dari negara China berjaya menamatkan pengajian di selama satu semester Universiti Malaysia Sabah (UMS) bermula Jun – September 2019.
RABU, 18 SEPT - Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Apdal berkata Malaysia perlu mengamalkan pembangunan lestari dalam usaha menjadikan negara ini sebagai negara berpendapatan tinggi menjelang abad ke-21.
SELASA, 17 SEPTEMBER - Universiti Malaysia Sabah terus mengukuhkan jalinan kerjasama dengan pihak industri dalam memantapkan keupayaannya sebagai sebuah institusi pendidikan yang berinovatif dan relevan.