- Jumlah paparan: 4252
Orang Asal Sabah sudah wujud di negeri ini sejak 70,000 tahun: Profesor Universiti Oxford
RABU, 16 JULAI - Orang Asal Sabah sudah wujud di negeri ini sejak 70,000 tahun lalu kata Profesor Sekolah Antropologi Universiti Oxford, Profesor Dr. Stephen Oppenheimer.
Menurut beliau Sabah yang pada ketika itu merupakan sebahagian daripada tanah besar Asia Tenggara menghubungkan Jawa dan Sumatera untuk membentuk benua Sunda yang besar.
“Ketika Zaman Ais melanda, paras air laut meningkat mengakibatkan terjadi migrasi besar-besaran dari benua Sunda ke Borneo, Filipina, Jawa dan Sumatra sekitar 14,000 hingga 8000 tahun lalu,” katanya.
Profesor Dr. Stephen berkata demikian ketika memberi ucap tama sempena Simposium mengenai asal-usul Orang Asal Sabah di Dewan Resital UMS, baru-baru ini.
Beliau yang juga pakar genetik dan pediatrik British berkata, nenek moyang Orang Asal Sabah yang berada di benua Sunda berpindah ke kawasan lebih tinggi khususnya ke negeri ini bagi menghindari paras air laut yang terus meningkat pada 14,000, 11,000 dan 8000 tahun dahulu.
“Namun, selepas itu terdapat juga penghijrahan ke utara dari Borneo menuju Taiwan iaitu pada sekitar 8000-6000 tahun dahulu.
“Kemudian pada 4000 tahun dahulu, barulah wujud penghijrahan dari Taiwan ke arah selatan membawa kebudayaan pertanian dan bahasa Austronesia,” jelasnya.
Ucap tama yang berlangsung di hadapan lebih 300 wakil persatuan etnik di Sabah turut dihadiri Pembantu Menteri Kepada Menteri Undang-Undang Dan Hal Ehwal Anak Negeri, Jannie Lasimbang, Pemegang kursi Kadazandusun UMS merangkap pengerusi penganjur, Prof. Madya Dr. Andreas Totu dan Dekan Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa UMS, Prof. Dr. Jualang Azlan Gansau.



KHAMIS, 10 OKTOBER - Kehadiran migrasi dari sesebuah negara ke negara yang lain mampu memberikan pelbagai impak ke atas penduduk tempatan.
SELASA, 15 OKTOBER - Unit Penyelidikan Psikologi dan Kesihatan Sosial (UPPsiKS) telah menganjurkan Bengkel Penulisan Artikel Konsep (Tanpa Data), Artikel daripada Tesis dan Artikel Indeks Scopus di Bilik Seminar 5, Fakulti Psikologi dan Pendidikan (FPP), Universiti Malaysia Sabah (UMS) baru-baru ini.
ISNIN, 14 OKTOBER - Akta Profesion Kerja Sosial yang akan dibentangkan di Dewan Rakyat pada Disember ini memberi pengiktirafan yang tinggi kepada bidang kerja sosial di Malaysia, khususnya apabila langkah tersebut dijangka menyaksikan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) akan memberikan fokus kepada skop tugas pekerja sosial.
KHAMIS, 10 OKTOBER - 1st Malaysia Runner’s Convention yang berlangsung di Fakulti Psikologi dan Pendidikan (FPP) Universiti Malaysia Sabah menghimpunkan pakar-pakar seperti doktor, pakar nutrisi, pakar fisiologi serta jurulatih sukan yang berpengalaman untuk berkongsi ilmu dalam dunia sukan larian.