Hospital Universiti Malaysia Sabah (HUMS) melalui Program KRIS (Kementerian Pengajian Tinggi Prihatin Madani) menganjurkan program kesihatan di Kampung Rundum, Tenom, baru-baru ini.
Ketua Pasukan Perubatan, Dr. Yung Chee Tien berkata program itu bertujuan memberi perkhidmatan klinik bergerak dan program jangkauan (outreach) kesihatan komuniti kepada masyarakat di Tenom buat kali pertama.
“Kampung Rundum merupakan destinasi yang terpilih untuk dilawati dan disantuni oleh pihak HUMS dengan kerjasama Kelab Sukarelawan Pacuan Empat Roda UMS (UMS 4WDVC).
“Terdapat 10 perkhidmatan kesihatan dan perubatan percuma yang disediakan oleh pasukan HUMS seperti saringan dan pemeriksaan asas kesihatan, konsultasi pakar kesihatan pegawai perubatan dan pemberian ubat-ubatan secara percuma,” katanya.
Tambah beliau, sambutan program itu disertai lebih 100 orang pelajar dan penduduk sekitar Kampung Rundum.
“Cabaran utama destinasi pada kali ini ialah kampung ini terletak di Banjaran Crocker dan perlu melalui laluan yang lasak.
“Kami mengambil masa selama 18 jam perjalanan secara on-road dan off-road untuk sampai ke destinasi,” ujarnya.
Pada program tersebut Yung turut mengucapkan tahniah kepada pasukan HUMS dan UMS 4WDVC yang telah bekerjasama untuk menjayakan program ini.
Seramai 40 kakitangan daripada HUMS menjadi sukarelawan yang terdiri daripada Pegawai Perubatan Pakar, Pegawai Perubatan, Pegawai Pergigian, Pegawai Farmasi, Pegawai Dietetik, Pegawai Pemulihan Fisioterapi dan Jururawat.
Turut serta mengikuti program ini, Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa UMS, Profesor Dr. Shahril Yusof yang juga presiden UMS 4WDVC.



Pusat Pengurusan Penyelidikan (PPP), Universiti Malaysia Sabah (UMS), mengadakan lawatan industri di National Institute for Occupational Safety and Health (NIOSH) Bangi dan Permodalan Nasional Berhad (PNB), di Kuala Lumpur baru-baru ini.
Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Perakaunan (FPEP) Universiti Malaysia Sabah (UMS) meluaskan kerjasama luar negara dengan menandatangani Surat Niat (LoI) bersama Fakultas Ekonomi (FE), Universitas Borneo Tarakan (UBT), baru-baru ini.
Pelajar Perhubungan Awam, Program Komunikasi Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSK), Universiti Malaysia Sabah (UMS) melaksanakan Projek Miracle on FSSK di sini, baru-baru ini.
Pusat Pengurusan Non Residen dan Fasiliti Perumahan Pelajar (PNRF) dengan kerjasama pihak SUKSIS UMS serta wakil dari JAKMAS NR, UMS telah mengambil inisiatif untuk mengadakan Program “Bah Jom Ronda” di sekitar kawasan Kingfisher, baru-baru ini.