Pengenalan
Pusat Pengurusan Orang Kurang Upaya, Universiti Malaysia Sabah telah ditubuhkan di bawah seliaan Jabatan Hal Ehwal Pelajar pada Februari 2020 dan mula berdiri sendiri pada tahun 2021. Penubuhan PPOKU di UMS merupakan satu inisiatif dalam menyahut saranan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) untuk memperkasa Dasar Inklusif Orang Kurang Upaya di Institusi Pendidikan Tinggi yang telah diperkenalkan pada November 2018.
Tanggungjawab terhadap golongan OKU merupakan tanggungjawab semua pihak dan bukan hanya tergalas di bahu pihak tertentu semata-mata. Setiap daripada kita yang terlibat dalam sesebuah organisasi, termasuk pengurusan tertinggi, pentadbir, tenaga pengajar, pelajar dan kakitangan sokongan di setiap peringkat seharusnya berkolaborasi untuk memastikan hak-hak OKU sentiasa terpelihara.
Bermula tahun 2019, Kementerian Pengajian Tinggi telah melaksanakan Dasar Sifar Penolakan (Zero-reject Policy) secara menyeluruh bagi Murid Berkeperluan Khas (MBK) di peringkat sekolah rendah dan sekolah menengah. Ini bagi memastikan tiada murid dalam kalangan OKU yang dinafikan hak mereka untuk memasuki alam persekolahan. Sebagai kesinambungan, Dasar Inklusif OKU juga akan dilaksanakan dan diberi keutamaan di semua Institusi Pengajian Tinggi bagi memastikan kemudahan dan sistem sokongan pendidikan yang berterusan dapat diberikan kepada pelajar-pelajar OKU yang berjaya mendapat tempat di Universiti Awam dan Swasta.

Fungsi
Antara fungsi utama PPOKU UMS adalah menilai keperluan golongan OKU di UMS dari segala aspek, seterusnya membuat permohonan penambahbaikan dari segi pengajaran & pembelajaran (pdp), infrastruktur, persekitaran dan tadbir urus. Empat (4) domain utama tersebut perlu ditambah baik agar mesra OKU. Selain daripada itu, operasi pejabat PPOKU UMS juga berperanan memperkasa kebajikan pelajar OKU di dalam UMS dari segi:
i. Kemudahan pengangkutan khas.
ii. Kemudahan kuota kolej kediaman.
iii. Membantu urus permohonan bantuan kewangan pelajar OKU.
Pelajar yang memiliki Kad OKU melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat layak dan perlu mendaftar dengan PPOKU bagi memastikan pelajar mendapat manfaat yang ditawarkan oleh universiti ini.