KEMUDAHAN KOLEJ KEDIAMAN

Kemudahan penginapan khas untuk pelajar Orang Kurang Upaya (OKU) di Kolej Kediaman Tun Fuad (KKTF) telah disediakan bagi memberi keselesaan kepada pelajar OKU di universiti ini. Blok G diperuntukkan untuk pelajar lelaki, manakala blok M untuk pelajar perempuan.

Bagi memastikan keselesaan dan aksesibiliti, blok ini telah dilengkapi dengan pelbagai kemudahan mesra OKU seperti tandas OKU, ramp untuk kemudahan pergerakan pengguna kerusi roda, automatic sliding door di pintu hadapan blok G dan M, tactile bagi membantu pelajar OKU penglihatan, handrail untuk sokongan tambahan, tempat letak kenderaan OKU serta beberapa kemudahan di bilik OKU yang boleh memberi keselesaan yang mesra OKU.

Dengan kemudahan ini, Universiti Malaysia Sabah komited dalam menyediakan persekitaran yang lebih inklusif dan kondusif bagi pelajar OKU untuk menjalani kehidupan kampus dengan lebih selesa dan selamat.