
Mesej pengarah
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.
Selamat datang ke laman web rasmi Pusat Pengurusan OKU (PPOKU), Universiti Malaysia Sabah.
Pusat ini diwujudkan bagi memastikan kesejahteraan serta kebajikan pelajar OKU terjaga, selain menyediakan sokongan yang bersesuaian agar mereka dapat menempuh perjalanan akademik dengan lebih yakin dan berdaya saing.
Sebagai pengarah Pusat Pengurusan OKU, saya berbesar hati mengalu-alukan kerjasama daripada semua pihak, termasuk pensyarah, staf pentadbiran, pelajar, serta masyarakat luar bagi memperkukuhkan lagi usaha dalam menjadikan UMS sebagai sebuah universiti yang benar-benar inklusif. Bersama-sama, kita dapat membentuk sebuah ekosistem yang lebih prihatin, menyokong, dan menghargai kepelbagaian.
Akhir sekali, saya menjemput anda untuk meneroka laman web rasmi ini bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai perkhidmatan, kemudahan, serta inisiatif yang ditawarkan oleh Pusat Pengurusan OKU UMS. Semoga laman ini dapat menjadi sumber rujukan yang berguna kepada semua.
Sekian, terima kasih.
Dr. Zaiton Hj Mohamad K.B,P.A
Pengarah
Pengarah
Pusat Pengurusan OKU
Universiti Malaysia Sabah