DISKAUN YURAN PENGAJIAN
Universiti Malaysia Sabah (UMS) menawarkan pengurangan 50% yuran pengajian kepada pelajar Orang Kurang Upaya (OKU) sebagai sebahagian daripada inisiatif untuk menyokong akses pendidikan yang lebih inklusif. Inisiatif ini bertujuan meringankan beban kewangan pelajar OKU serta memastikan mereka dapat mengikuti pengajian dengan lebih selesa dan kondusif. Pelajar yang berdaftar sebagai OKU dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) layak untuk menikmati kemudahan ini, selaras dengan komitmen UMS dalam menyediakan peluang pendidikan yang adil dan saksama kepada semua.