PERKHIDMATAN VAN OKU
Perkhidmatan van OKU disediakan bagi memudahkan perjalanan pelajar Orang Kurang Upaya (OKU) untuk kegunaan di dalam dan luar kawasan kampus. Kemudahan ini membantu pelajar OKU bergerak dengan lebih selesa dan selamat ke fakulti, kolej kediaman, perpustakaan, serta destinasi lain yang diperlukan. Van ini turut dilengkapi dengan lif hidraulik, sistem khas untuk pengguna kerusi roda bagi memastikan perjalanan yang lebih mudah dan selesa. Tempahan perkhidmatan boleh dibuat melalui pautan berikut: