Oleh Faezah Mohamad Dun

jpuumRABU, 19 OGOS - Universiti Malaysia Sabah (UMS) dipilih menjadi penganjur bersama Forum Awam Jawatankuasa Pembaharuan Undang-undang Malaysia (JPUUM) Siri 2 yang dikelolakan Bahagian Hal Ehwal Undang-undang Jabatan Perdana Menteri.

Forum awam tersebut diadakan berikutan kejayaan penganjuran program yang sama di Sarawak pada bulan Mei lalu untuk menggalakkan penglibatan golongan awam daripada pelbagai lapisan masyarakat dalam proses pembaharuan undang-undang.

Forum yang diadakan di Dewan Resital UMS kelmarin itu bertujuan mewujudkan ruang kepada masyarakat agar lebih aktif berbincang dan mengemukakan cadangan, idea atau maklum balas terhadap tajuk forum yang dibincangkan iaitu ‘20 Perkara : Kedudukannya di dalam Perlembagaan Persekutuan’.

Pada teks ucapan perasmiannya, Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Hj. Aman berkata isu-isu berkaitan Perkara 20 kini tersebar dengan mudah dan pantas menerusi laman media sosial termasuk perkara yang tidak benar dan berunsur fitnah untuk mengelirukan pemikiran rakyat.

“Perlu diakui bahawa masih ramai yang tidak mengetahui sejarah berkaitan Perkara 20 ini secara tepat dan mendalam, tetapi apabila isu-isu berkaitan perkara ini dibangkitkan, ramai pula tampil memberikan komen dan pandangan.”

“Ada kalanya tidak berlandaskan fakta sejarah malah ada yang sengaja memutarbelitkan fakta semata-mata untuk memenuhi kepentingan tertentu,” ujarnya.

Teks ucapannya dibacakan Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Raymond Tan Shu Kiah.

Datuk Seri Musa turut menyuarakan harapan agar jawatankuasa akan dapat mencadangkan penyelesaian yang terbaik bagi menyelesaikan isu-isu yang dibincangkan kelak.

Forum tersebut menampilkan Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia; Peguam Besar Negeri Sabah, Datuk Hajjah Mariati Robert dan Peguambela dan Peguamcara, Sukumaran Vanugopal sebagai panel manakala Penyelidik Undang-undang, Hisham Ampongou Abdullah sebagai moderator.

1MG1MC2SELASA, 18 OGOS  - Seramai 30 orang pelajar Universiti Malaysia Sabah (UMS) terlibat dalam Program 1Malaysia Green, 1Malaysia Clean (1MG,1MC) sempena Kota Kinabalu City International Folklore Parade baru-baru ini.

Sabah International Folklore Festival atau singkatan SIFF merupakan acara kebudayaan yang dianjurkan oleh Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah dan tahun ini adalah merupakan penganjuran SIFF ke-10.

Pada perarakan tersebut, para pelajar UMS diberi peluang untuk mengiringi kumpulan-kumpulan tarian luar negara disamping melakukan kerja amal dengan membersihkan kawasan laluan perarakan.

Perarakan yang bermula dari Wisma Budaya dan berakhir di Dewan Masyarakat Kota Kinabalu tersebut adalah berjaya memperkenalkan budaya negara luar kepada masyarakat tempatan.

Program tahunan itu turut dihadiri oleh Mayor Bandaraya Kota Kinabalu, Datuk Abidin Madingkir dan Pengerusi Lembaga Kebudayaan Sabah, Datuk Wences Anggang.

Sumber: Norhana Nordin, HEPA

Foto: Wenlley Ijoy, HEPA

Oleh Faezah Mohamad Dun

PHEA DIPLOMAT2ISNIN, 17 OGOS - Program Latihan Sangkutan Pelajar Diplomat Universiti Malaysia Sabah (UMS) ke Kementerian Luar Negeri  yang disertai oleh 14 orang pelajar berakhir baru-baru ini.

Program yang berlangsung selama tiga minggu itu telah memberi ruang kepada para pelajar untuk mendalami latihan hubungan diplomatik.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Pusat Hal Ehwal Antarabangsa (PHEA) UMS, selain berpeluang bertemu duta-duta negara luar, peserta program turut berkesempatan menghadiri kursus hubungan diplomatik yang dianjurkan oleh Institut Dilpomasi dan Hubungan Luar Negeri (IDFR).

Kenyataan itu turut menambah, para pelajar UMS tersebut turut diberikan pendedahan diplomatik apabila diberi kepercayaan untuk menjadi sekretariat Persidangan Menteri-menteri Luar Asean ke- 48.

Penutupan program tersebut telah sempurnakan Timbalan Menteri Luar Negeri Malaysia, Dato’ Seri Reezal Merican Naina Merican di Hotel Istana Kuala Lumpur.

Turut hadir pada program penutupan tersebut, Naib Canselor UMS, Profesor Datuk Dr. Mohd Harun Abdullah dan Pemangku Pengarah Pusat Hal Ehwal Antarabangsa, Molly Donna Datuk Awang Sham.

Sumber: PHEA

Oleh Salbinous Saribun

seminar ultra soundJUMAAT, 14 OGOS - Seramai 107 ahli perubatan menyertai Bengkel Ultrasound kali ke-3 anjuran Fakulti Perubatan dan Kesihatan (FPSK) Universiti Malaysia Sabah (UMS) bermula hari ini.

Bertempat di Auditorium FPSK, bengkel tersebut menampilkan lima pakar yang berpengalaman luas dalam bidang perubatan dan pengendalian Ultrasound bagi mengongsikan kepakaran kepada para peserta yang mengambil bahagian.

Mereka ialah Dr. Anna Liza Roslani, Dr. Rafaie Amin, Dr. Shari Nor, Dr. Vijayan Valayatham dan Dr. Vamsikrish Vigneswarasamy.

Majlis perasmiannya disempurnakan Pemangku Dekan FPSK, Prof. Dr. Zainal Arifin Mustapha.

Dalam ucapannya beliau memaklumkan, penganjuran bengkel antara lain bertujuan untuk memberi kefahaman secara praktikal kepada peserta tentang prinsip asas penggunaan ultrasound  khususnya dalam bidang sakit puan.

Di samping itu katanya, ia juga memberi tunjuk ajar kepada mereka yang baru dalam mengendalikan mesin berkenaan.

Bengkel yang dianjurkan dengan kerjasama Hospital Wanita dan Kanak-kanak Sabah itu berlangsung selama tiga hari sehingga Ahad ini.

Bahagian Media dan Citra 