SELASA, 11 NOVEMBER - Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah (UMS), Prof. Datuk Dr. Mohd.Harun Abdullah akan bersiaran secara langsung di RTM 1, TV AlHijrah dan Astro Awani pada 12 dan 13 November ini.Membincangkan topik ‘UMS Pemacu Transformasi Pendidikan Tinggi Negara’, beliau akan ditemubual secara langsung dalam rancangan ‘Selamat Pagi 1Malaysia’ di RTM 1, pukul 7.30 pagi esok.
Datuk Harun akan membincangkan topik yang sama dalam rancangan ‘Assalamualaikum’ di TV AlHijrah, jam 9.30 pagi pada 13 November.
Pada hari sama, beliau akan turut ke udara sebagai tetamu undangan dalam rancangan ‘Analisis Awani’ yang dihoskan oleh Penerbit Eksekutif Astro Awani, Nazri Kahar pada jam 9.30 malam.
Kesemua temuramah secara langsung itu diadakan di studio stesen TV masing-masing di Kuala Lumpur. -MA-
Bahagian Media dan Citra
Jabatan Canselori





MONDAY, 10th NOVEMBER – Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP) contribute RM 7,500 to
FRIDAY, 07